• Skip to main content

Sobri Mansor

Blog dan Lifestyle Cara Aku

  • Home
  • Siapa Sobri Mansor
  • Servis Content SEO
  • Contact Me
Home » Tips dan Panduan » Tips menulis artikel SEO blog dan website tahun 2020
Tips menulis artikel SEO blog dan website tahun 2020

Tips menulis artikel SEO blog dan website tahun 2020

31/08/2020 By Sobri Mansor Leave a Comment

Tips menulis artikel SEO.

Cara menulis artikel di blog dan website sudah sangat berbeza dan ada perubahannya.

Google sudah menaiktaraf enjin cariannya agar lebih mesra, lebih dipercayai dan lebih mudah memaparkan result yang dikehendaki oleh pencari.

Cara Google meletakkan sebuah website agar duduk di page pertama enjin carian sangat-sangat lain.

Kena ada cara dan teknik ikut trend semasa dan terkini.

Disini saya akan cuba terangkan serba sedikit.

Cara dan tips menulis artikel SEO agar mesra enjin carian samada di Google, Yahoo dan juga Bing.

Sebelum itu.

Kalian layan dulu video Youtube ini.

Nyanyian dari Wali Band dan juga Fitri Carlina. Sambil-sambil kau layan irama dan tempo lagu ini.

Sambil kau baca tips yang saya kongsikan disini ya.

Tajuk lagi, Sakit Tak berdarah.

Ok. Layan dulu sambil kau skrol skrin telefon sampai habis ya.

Apa itu SEO?

SEO  ini merupakan satu proses.

Proses untuk menetapkan kedudukan sesebuah blog atau website agar berada di enjin carian.

Tak kisah nombor berapa kedudukan website itu berada. Tidak kisah di page nombor berapa artikel di blog itu berada.

Selagi artikel di website atau blog itu boleh dicapai dan dibaca oleh pelawat, bermakna pemilik website itu sudah berada dalam circle SEO.

Dalam bermain dengan SEO, perlu ada ilmu.

Ilmu untuk menggunakan peralatan, teknik serta ilmu tentang SEO itu sendiri.

Bila memiliki website atau laman blog. Sangat rugi kalau tidak dipraktikkan teknik SEO ini.

Kalian mesti praktikkan.

Apabila sudah praktik, website anda akan meriah dengan kehadiran pengunjung yang dahagakan maklumat dan info.

Jadi mau atau tidak, kalian yang memiliki blog atau website wajib tahu peranan SEO dalam menaikkan trafik website anda.

Ini penerangan ringkas dan mudah tentang SEO.

Saya akan ceritakan pula sub tajuk lain di bawah. Sambil kau layan lagu di atas.

Jom.

Bagaimana SEO berfungsi?

SEO berfungsi berteraskan kepada nilai artikel yang dimuatnaik di posting.

SEO mesti memiliki ciri-ciri ini:

  1. Long Tail Keyword – Kata kunci panas.
  2. Tools untuk SEO – Plugin, Analytics, Page speed, sitemap.
  3. On Page SEO
  4. Off Page SEO
  5. Artikel atau Content SEO

Ini adalah 5 ciri wajib kena buat agar artikel di blog diintai dan ditangkap oleh robot enjin pencari.

Saya takkan terangkan kesemuanya. Saya akan tekankan kepada point nombor 2 iaitu tools untuk SEO.

Sebabnya. Peralatan ini yang akan menjadikan punca kepada artikel dan website kita berada dalam enjin pencari.

Semestinya enjin carian Google. Tersenarai di enjin carian Yahoo dan Bing itu adalah satu bonus sahaja.

Tools untuk SEO

Apabila mahu memasak nasi, mesti kena ada beras, periuk nasi dan juga air.

Baru beras bertukar menjadi nasi.

Serupa juga dengan SEO.

Nak jadikan blog atau laman web duduk dienjin pencari, mesti kena ada alatnya. Baru lengkap ramuan.

Kita sudah ada satu benda iaitu laman web dan juga blog. Tinggal kita nak masukkan saja tools yang lain.

Jika kau memiliki website atau blog yang menggunakan platform WordPress, sangat sesuai untuk kau cuba dan praktikkan penerangan saya ni.

Ada 5 plugin yang wajib kena pasang untuk mendapat tempat di enjin carian Google.

Saya cerita dan terangkan satu persatu.

1. Yoast SEO Premium atau All In One SEO Pack

Plugin ini ada 2 versi. PERCUMA dan juga berbayar.

Perkara pertama yang kalian kena buat terhadap laman web dan juga blog adalah, pasang dulu plugin ini.

Hanya pasang salah satu.

Masukkan maklumat penting tentang website. Tentukan kata kunci yang sesuai.

Ikut sahaja step by step yang diminta. Kalau kurang arif, tonton sahaja video di Youtube.

Cara pasang plugin Yeost SEO atau cara pasang plugin All In One SEO.

Tak susah mana pun. Teknikalnya sikit saja.

Susahnya cuma sekali, namun resultnya nanti sangat berbaloi nanti.

2. Google Site Kit.

Google Site Kit Plugin for WordPress

Plugin ini adalah PERCUMA. Google mahu memudahkan pemilik laman web untuk terus engage dengan produk mereka.

Lalu diciptakan plugin ini. Pasang di WordPress. Pautkan akaun google kalian ke semua produk dalam Google Site Kit.

Ada 4 produk utama Google dalam Kit ini.

Google Dashboard, Google Search Console, Google Adsense dan Google Analytics.

Pasang saja plugin ini. Tak perlu susah-susah dah macam dulu. Google memudahkan cara pemilik laman web.

Selesai saja buat pautan ke produk Google, kalian boleh monitor prestasi website kalian. 

Apa keyword yang hot pada website kalian tu?

Berapa jumlah pageview untuk mingguan, bulanan dan tahunan?

Kalian boleh check melalui plugin ini.

Sangat mudah kan?

3. Penggunaan Themes

Genesis academy pro themes

Template sangat memainkan peranan.

Sebab dari template laman web, trafik akan masuk mencurah-curah.

Template pula mesti memenuhi kehendak dan citarasa Google.

Kena cari themes yang ringan, responsive dan AMP (Acceletared Mobile Pages).

Paparan website di desktop sangat berkurang di tahun 2020 ini. Kebanyakan pengguna lebih suka skrol dan baca content website di smartphone.

Jadi. Kena utamakan ciri-ciri template yang mesra mobile.

Untuk laman blog ini, saya gunakan Genesis Pro dan Child theme Academy Pro Genesis.

Kena keluar modal sikit untuk dapatkan theme ini.

Berbaloi dan menepati citarasa saya. Google Page speed dah bagi lampu hijau.

Alhamdulillah, lepas pasang theme ini, load laman blog saya ini berubah mendadak. Lebih cepat dari sebelumnya.

Bila page load pantas, pengunjung tak perlu menunggu lama untuk dapatkan info dari content yang saya berikan.

Ini juga sangat membantu untuk jadikan website dihormati oleh Google.

4. Sitemaps

Sitemaps sangat penting.

Bila buat perubahan besar kepada laman web dan mahu laman web diindex oleh Google.

Kita kena bagitau robot Google tentang perubahan tersebut.

Lalu kita kena submit sitemaps ini agar robot Google datang dan selidik satu persatu content website kita.

Jadi setiap kali pemilik sebuah website buat perubahan kepada struktur dan isi kandungan, mesti hantar signal ke Google melalui sitemaps ni.

Tidak perlu terlalu kerap sangat hantar signal sitemaps ni. Kalau buat perubahan saja seperti tukar template, tukar domain dan hosting, tukar isi kandungan content.

Baru hantar signal.

Faham kan?

5. Artikel SEO.

Ini paling penting. Tools SEO semuanya dah lengkap pasang. Artikel tak memenuhi spesifikasi yang Google kehendaki, tak berguna juga.

Kena sama imbang, sama perlu memerlukan.

Bab nak menulis panjang ni, memang jadi satu bebanan sikit kan?

Saya faham. Saya pun sama juga.

Kadang-kadang rasa malas nak menulis panjang. Tulis sikit, macam-macam dugaan yang datang.

Menulis artikel di website untuk SEO perlu panjang dan sarat dengan info.

Kalau ikut spesifikasi dari Yeost, jumlah perkataan mesti sekurang-kurangnya 700 patah perkataan.

Kena ada kata kunci. 

Kena ada internal link ke post yang lain.

Kena ada external link ke post website lain.

Kena ada H2 tag.

Bila dah ada semua ini, insyaallah kebarangkalian artikel tersenarai di enjin carian amat  cerah.

Ramuan serba lengkap.

Ada nasi, ada lauk dan ada sayurnya.

Maka, makin berselera untuk Google datang menjamah lauk yang ada.

Bila Google gembira dengan content yang ada, pengunjung juga semakin suka dan akan senang dengan isi kandungan website kita.

Pesan sifu SEO Malaysia.

“Proses SEO ambil masa. Ibarat menanam pokok. Hari ini menanam benih. Hasilnya datang kemudian hari. Jadi usah tunggu. Mulakan dari sekarang.”

Faham dan dapat sesuatu tentang Tips menulis artikel SEO ini?

Selamat berSEO semua. Salam kemerdekaan Malaysia yang ke 63 tahun.

Subscriber

Alang-alang kalian dah sampai sini. Apa kata jadi je terus SUBSCRIBER blog ini.

Masukkan NAMA dan EMAIL dalam borang disebelah. Nanti kalian akan dapat update terkini setiap kali saya update artikel blog terkini

Semak INBOX email anda SEKARANG

Filed Under: Artikel SEO, Tips dan Panduan Tagged With: Artikel SEO, belajar seo, cara kerja seo

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Blog by Sobri Mansor © 2021