Resepi sambal tumis telur
Hai semua. Bertemu lagi dalam post kali ini.
Dah masuk bulan Ogos 2020 dah kita. Bakal meraikan tarikh Kemerdekaan hujung bulan ni.
Kejap saja rasanya kan.
Pejam celik-pejam celik, udah makin toben dah kita ni ha. Bak kata orang Perak.
Oklah.
Memandangkan kita dah kembali menjalani rutin harian yang sibuk selepas tempoh PKP ni.
Saya nak kongsi 1 menu masakan yang sangat ringkas.
Menu mudah untuk kau masak setelah penat seharian sibuk bekerja.
Resepi sambal tumis telur mata. Simple dan sangat mudah nak sediakan.
Tak memeningkan kepala kau nak cari bahan-bahan.
Cuma perlukan beberapa bahan utama sahaja.
Resepi ini memang menjadi masakan kegemaran saya sekeluarga. Warisan dari arwah mak.
Cuma saya ubah sedikit dengan tambah sedikit bahan lain. Ikut selera tekak kami 4 beranak.
Ok. Jom

Resepi Sambal Tumis Telur Mata
Ini bahan-bahannya:
- 5 biji telur
- 1 1/2 biji Bawang Merah
- 1/2 biji Bawang Besar
- 1 ulas Bawang Putih
- 7 sudu besar Cili Boh
- 1 Asam Keping / 1 sudu kecil air Asam Jawa
- 1/2 kiub Ayam
- 2 sudu besar Sos Tiram
- Sedikit Belacan
- Garam secukup rasa
Cara memasak untuk Resepi Sambal Tumis Telur Mata ini saya tunjukkan dibawah ini secara Step by step.
Kau rujuk saja aturan gambar dibawah ini ya.
Resepi lain: Resepi Kuah Laksa untuk keluarga tersayang
Kalau kau merasakan yang artikel ini memberi manfaat untuk kau dan orang lain, mohon klik pada butang SHARE yang saya sediakan di akhir posting ini.
Jom kita mula masak Sambal Tumis Telur Mata.
- Goreng telur
Pertama, kau goreng telur cara telur mata. Kalau kau jenis yang suka makan kuning telur meleleh tu, kau goreng sekejap jer.
Saya suka goreng sampai garing. Nak handle telur masa bercampur dengan sambal nanti pun senang.
. - Tumis Cili beserta bawang 2 beradik
Tak tau la 2 beradik sebapak lain ibu ker, 2 bradik tiri ker atau apa. Tapi tiap kali memasak, bawang merah dan bawang putih ni memang tak boleh pisah.
Kahkah.
Kau tumis dulu bawang sampai naik bau semerbak satu dapur kau.
. - Tumis Cili Boh
Kau tumis cili sampai pecah minyak.
Bukan pecah kaca, pecah gelas, lepas baca, harap balas ya.
Kahkahkah.
. - Masukkan Kiub Ayam
Cili Boh dah nampak macam hampir masak dan dah pecah minyak, kau masukkan sedikit kiub ayam. Dalam separuh kiub gitu. Ini pilihan. Nak letak boleh, tak letak pun boleh.
Bukan wajib. Sebagai penambah perisa saja.
. - Masukkan sedikit belacan
Belacan ni fungsinya nak bagi aroma kuah sambal kau tu ada rasa masin. Saya gunakan secubit saja.
Ini pun pilihan. Nak boh ka tak nak boh ka, ikut suka.
Kalau kau nak sedap, kau campak ler sikit dalam kuah sambal kau tu.
. - Asam keping jangan dilupakan
Asam Keping ni sebagai pelengkap rasa. Sejenis sambal yang dikategorikan sedap mesti ada pedas, masam, manis dan masinnya.
Betul kan?
. - Tambahkan Sos Tiram
Saya jarang gunakan gula bila memasak sambal. Jadi saya tukarkan manis gula kepada manis sos Tiram ni.
Janji cili boh yang kau gunakan tu bukan cili jenis pedas sampai berdesing telinga kau. Cili jenis tu, kau kena letak banyak gula. Nak neutralkan rasa pedasnya.
. - Masukkan telur yang digoreng tadi
Sebelum masukkan telur ni, kau dah rasa siap-siap kuah sambalnya tu. Biar rasa seimbang dan lengkap manis, masin dan pedasnya.
Kau puas hati, baru masukkan telur ni haa.
Alahh. Kau campak je. Apa susah. Kot merecik kuah sambal atas dapur kau tu nanti, kau suruh la mem besar kau bersihkan. Haha.
. - Masukkan Bawang Holland.
Agak-agak telur dah sebati dengan sambal, terus kau masukkan bawang. Potong bulat ke, mengiring ke, serong ke, potong tang kona ke.
Ikut kau. Janji sambal telur kau nanti sedap ler.
. - Hidang dan makan bersama
Bawang dah layu, kuah sambal dah betul-betul sebati dengan telur mata kau tu. Bolehlah kau tutup api.
Sendukkan ke dalam mangkuk. Cedok nasi panas-panas, kau makan bersama famili kecil kau. Resepi mengikat kemesraan kau anak beranak.
.
Sekali sekala makan menu mudah dan ringkas ini bersama, cukup buat hubungan kekeluargaan kau semakin kuat.
Sambil makan, sambil berbual tentang aktiviti harian, kesibukan kerja, hal sekolah anak dan hal-hal lain.
Artikel lain: Rahsia masak sambal tumis ikan bilis yang sedap
Itulah satu keajaiban air tangan dalam masakan ni.
Buat anak kau berselera, buat orang rumah kau jadi makin sayang dan buat paling ajaibnya lagi?
Orang rumah kau makin sihat walafiat.
Hihihi.
Selamat mencuba resepi ringkas ini ya. Jangan lupa SHARE dengna picit butang dibawah ini.
Agar kawan-kawan kau boleh cuba try test nanti.

Ahmad Sobri Mansor
“Minum kopi tak letak gula,
Lepas baca share-sharekan la.”
Seorang suami dan bapa penyayang. HENSEM dan minat filem TAMIL
wow..nampak sedap sungguh!
Nampak je sedap litah oii. Rasanya belum tentu sedap. Hihihi
Boleh baca entri terkini Sobri Mansor…Tempat penginapan menarik di Sekinchan
macam senang jer masak telur mata ni..
boleh sangat dicuba nanti..
Boleh baca entri terkini mrhanafi…4 punca keluarga tidak bahagia
Macam potong kuku je bang. Hahaha