Kerja Singapura
Mencari peluang kerja di luar negara ini bukan mudah.
Ada syarat.
Terutama yang nak cari kerja Singapura. Tidak hanya mengharap dari agensi semata.
Kira luar negara jugalah walaupun di Singapura kan?
Cuma dipisahkan dengan Tambak Johor saja. Masih hampir dengan Malaysia. Semakin mendapat permintaan sektor pekerjaan di negara ini.
Walaupun hanya bekerja sebagai pekerja kilang di singapura.
Mungkin disebabkan sosioekonomi Singapura yang semakin stabil dan mentaliti rakyat yang sentiasa mementingkan kebersihan.
Sewaktu entri ini ditulis, saya cuba untuk lihat perbandingan kadar tukaran matawang antara matawang Singapura (SGD) berbanding Ringgit Malaysia (RM) dan ini yang saya dapat dari hasil carian Google seperti gambar dibawah.

Jika dilihat daripada graf di dalam gambar yang saya ambil dari google ini, kita boleh nampak yang matawang singapura (SGD) semakin menguat mengukuh dari tahun ke tahun.
Dan,
Ini menjadikan negara Singapura semakin kukuh dari segi kekuatan ekonomi.
Jadinya.
Tidak hairan pada waktu ini ramai rakyat Malaysia yang telah menukar angin memilih Singapura sebagai tempat untuk mencari sumber pendapatan.

Syarat kerja di Singapura. Apa yang kau perlukan hanyalah ikut sahaja prosedur yang diberikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan Imigresen Singapura. Insyaallah selamat.
Pada mereka, biar nilai gaji di Singapura cuma SGD1500 sebulan. Tetapi bila ditukar kepada Ringgit Malaysia sudah mencecah hampir RM4500.
Jadi kali ini, saya cuba huraikan dalam entri ini 5 kelebihan apabila kau cari kerja di Singapura.
Sebagai pendorong buat kau yang sedang mencari peluang pekerjaan. Saya kongsikan di bawah ini.
- Gaji yang tinggi tetapi kos sara hidup rendah
Kalau di Johor Bahru, ramai kalangan rakyat Singapura yang menetap dengan menyewa rumah apartment di sana.
Tetapi mereka masih bekerja di Singapura.
Sanggup berulang alik dari Johor bahru ke Singapura.
Ini adalah disebabkan pada pandangan mereka taraf hidup rakyat di bandar Johor Bahru masih rendah dan mereka masih boleh menampung kos sara hidup.
Target mereka, perbelanjaan bulanan biar rendah asalkan boleh berulang alik jauh sedikit untuk pergi kerja di Singapura.
Jadi, rakyat Malaysia yang memang dari semenanjung ada peluang cerah untuk dapat gaji yang tinggi dengan kos sara hidup yang rendah.
Dengan syarat masih menetap di semenanjung (Johor Bahru) dan berulang alik ke Singapura. - Pendapatan meningkat mengikut kadar tukaran matawang Singapura
Seperti yang saya tunjukkan pada gambar di awal entri ini, pendapatan bekerja di Singapura adalah 3 kali ganda lebih tinggi berbanding bekerja di Malaysia.
Gaji seorang tukang cuci di Singapura adalah SGD1000. Bila ditukar kepada RM menjadi RM3000. Itu baru gaji tukang cuci.
Jika di bidang perhotelan, mungkin SGD1500. Itu adalah nilai tukaran semasa.
Mungkin akan datang, nilai matawang Singapura semakin mengukuh menjadikan nilai gaji anda lebih tinggi berbanding sekarang. - Mudah untuk berulang alik dari Malaysia ke Singapura
Adik ipar saya dulu memang ada pengalaman bekerja di Singapura dalam bidang perhotelan.
Setiap hari berulang alik dari Johor Bahru ke Singapura.
Waktu kerja pula ikut Shif. Tak jadi masalah. Cuma ambil masa sedikit sewaktu pergi dan balik kerana perlu melepasi pemeriksaan imigresen.
Tidak menjadi masalah kerana itu adalah rutin harian. Janji gaji masyukkk.
Dia sanggup berulang dari Johor Bahru. Alasannya hidup di Singapura membosankan.
hehe - Sah dan kurang risiko
Bekerja di Singapura perlu melalui saluran yang sah.
Kau dapat peluang kerja di Singapura dengan kelulusan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry Of Manpower (Singapura). Kau kenal majikan kau dan ada dokumen perjanjian.
Pekerja akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan.
Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, kau masuk dan bekerja secara haram.
Apabila kau bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, kau tak akan mampu buat apa-apa sebab kau takde permit kerja.
Jika kau buat laporan polis sekalipun, mereka takkan endahkan kau.
Dari sudut perundangan, kau tiada permit kerja dan kau tidak bekerja.
Rasanya untuk kau yang baru sahaja menamatkan pengajian dari universiti tempatan, mahir berbahasa Inggeris dan memiliki kemahiran, boleh cuba mencari peluang kerja di Singapura.
Memandangkan kos sara hidup di Malaysia yang semakin meningkat, kau boleh berubah angin dengan mencari peluang bekerja di luar negara.
Buat yang sudah memiliki kerjaya di Malaysia, mungkin boleh mencari pendapatan sampingan bekerja part time yang sesuai.
Mana nak dapatkan tips paling berharga cara untuk mencari peluang kerja di Singapura?
Kau boleh pergi ke link yang saya berikan di bawah untuk dapatkan info lanjut.
Mungkin akan membantu kau untuk dapatkan peluang yang lumayan bekerja di seberang tambak Johor sana.
Dibawah ini saya berikan pautan.
Maklumat penuh peluang kerja di Singapura
Sekian.
Featured Image yang kau nampak di permulaan artikel ini aku ambil di portal berita harian. Saya ubah sedikit gambar ini sesuai dengan artikel disini.
Pautan gambar tersebut ada dibawah ini.
Terima kasih tuan. Saya baru saja grad, tengah fikir-fikir nak kerja di singapura ni. Gaji naik seiring dengan currency tu yg best dengar. hihi
Boleh baca entri terkini Naziman Azlye…3 Kesalahan Blogger Baru Selalu Buat Masa Buat Duit Melalui Blog
Ramai yang bekerja di Singapura ni tinggal di Johor Bharu untuk jimatkan kos sara hidup, gaji dalam USD berbelanja dalam RM. Terbaik!
Boleh baca entri terkini Khairul Zamri…8 Cara Untuk Positif Di Tempat Kerja
gunakan peluang nilai wang kita lebih rendah..mcm pendatang yg dtg kerja sini la..
Boleh baca entri terkini Belang Tarung…Peraturan FIFA Offside (Ofsaid) Bola Sepak. Bagaimana dan Bila Berlaku Offside
Menarik! Time time ekonomi merudum ni memang banyak tengok orang cari peluang kerja kat singapore, cuma tu la kental dgn tak kental je la nak pergi kerja gelap balik kerja pun gelap huhu
Boleh baca entri terkini Syakilla…Mengapa Orang Obesiti Tidak Berasa Kenyang dan Sentiasa Lapar
bagus utk org muda. cubalah banyak pengalaman di sana kan
Boleh baca entri terkini raihanah…Minum Susu Menyumbang Kepada Osteoporosis
Tengah muda, boleh timba pengalaman. Tau perit jerih bekerja di perantauan. Walaupun di perantauan itu cuma negara singapura je.
cukup menarik kupasan tuan..kefahaman saya pula semakin bertambah tentang informasi di Singapura
Memang bagus kalau dapat bekerja di Singapore lebih-lebih lagi anak muda di Malaysia yang sukar mendapatkan pekerjaan. Bekerja di Singapore rasanya lebih mudah fokus dan dapat berjimat simpan duit dengan lebih bagus.
Boleh baca entri terkini Hadi…Pakej Korea Tiga Musim: 5 Hari 4 Malam (SIC)