Bila berbicara tentang majlis perkahwinan, perkara pertama yang terbayang di kepala adalah untuk memilih pakej fotografi perkahwinan.
Atau,
Mencari photographer murah yang sesuai dengan bajet anda.
Sebabnya,
Foto perkahwinan adalah bait-bait kenangan yang akan dikenang buat raja sehari apabila bersama hingga keakhir hayat nanti.
Merakam memori-memori indah melalui foto perkahwinan, mestilah diambil dari photographer perkahwinan yang profesional.
Terlalu ramai jurufoto yang menawarkan pakej fotografi murah sesuai dengan peralatan serta lensa yang mereka gunakan.
Takkan anda yang menjadi bakal raja sehari mahu abadikan memori majlis persandingan dengan kualiti gambar yang biasa-biasa sahaja. Sudah tentu anda tak mahu kan.
Jadi, dalam entri ini saya akan kongsikan 3 tips mudah untuk anda membuat keputusan memilih pakej fotografi perkahwinan untuk majlis raja sehari anda nanti.
Tips ini adalah sebagai pelengkap dan cadangan agar majlis persandingan anda nanti tidak menghadapi sebarang masalah.
Juga untuk memudahkan anda agar tidak kecewa dengan hasil fotografi perkahwinan anda nanti.
1) Tentukan sesi majlis yang anda mahu photographer hadir
Orang kita ini tidak lari dengan 2 jenis majlis perkahwinan ini iaitu Majlis Utama dan Majlis Sampingan.
A) Majlis Utama.
Majlis Akad Nikah
Majlis Bersanding bagi pihak perempuan
Majlis Bertandang bagi pihak lelaki
B) Majlis Sampingan
Majlis Khatam Al-Quran
Majlis berinai.
Jika anda mahu Mr. Photographer anda hadir untuk kesemua majlis, pasti harga pakej fotografi perkahwinan anda melambung beribu ringgit.
Jadi, anda beserta pasangan perlu memilih sesi fotografi perkahwinan yang penting sahaja. Ini juga memudahkan photographer untuk membuat perancangan serta jadual kerja mereka nanti.
Anda kena ingat.
Photographer majlis kahwin ini sentiasa bermain dengan kamera dan juga lensa.
Juga kreativiti.
Anda perlu terangkan sebaik mungkin sesi majlis yang anda inginkan. Takut nanti mereka tersalah masuk majlis pula nanti.
2) Memilih bajet sesuai untuk pakej fotografi perkahwinan anda
Ini bahagian paling penting.
Anda dah buat perancangan untuk ambil sesi fotografi perkahwinan untuk majlis bersanding dan majlis bertandang.
Anda cuba buat carian samada di internet, media sosial, kenalan rapat, event wedding dan sebagainya.
Cari sebanyak mungkin info tentang pakej fotografi perkahwinan yang sesuai dengan bajet.
Zaman sekarang ini, upah photographer kahwin untuk sebuah majlis persandingan tidak lari dari RM1000 ke atas.
Jika anda inginkan foto perkahwinan yang memuaskan hati, cadangan saya, cari syarikat atau vendor fotografi perkahwinan yang berpengalaman luas.
Baca testimoni dari pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka.
Bila sudah capai keputusan untuk pilih jurufoto yang sesuai dengan bajet anda, buat rundingan serta berbincang sebaik mungkin.
Macam biasa, dalam urusniaga sudah pasti ada proses tawar menawar. Jangan minta lebih dari apa yang jurufoto tawarkan.
Tidak nanti mereka pula meluat dengan anda nanti. Hehehe.
3) Cari Testimoni tentang servis photographer perkahwinan yang anda inginkan
Ini juga penting.
Mutu dan kualiti kerja photographer ini diukur dari tahap servis yang diterima dari pasangan pengantin.
Hasil kerja mereka adalah dari foto perkahwinan yang diambil.
Jika terdapat unsur kreatif serta konsep kelainan dalam gambar yang diambil, maka inilah jurugambar perkahwinan yang anda cari.
Anda kena tahu, sewaktu anda mengenakan baju pengantin dibadan, anda tidak mampu untuk fikirkan kedudukan serta tempat sesuai untuk sesi fotografi perkahwinan anda nanti.
Jadi peranan ini diambil oleh jurugambar perkahwinan.
Minta anda duduk, berlagak seorang lelaki perkasa, minta anda buat itu ini.
Anda ikut sahaja.
Jangan banyak bunyi orang kata.
Sekali seumur hidup sahaja. Biar photographer buat kerja mereka.
Janji gambar yang dihasilkan nanti buat anda rasa nak buat sesi fotografi perkahwinan sekali lagi.
Kena ingat, dapatkan testimoni yang benar-benar wujud dari semua sumber.
Jangan mudah tertipu.
Jika anda mahu mencari mereka yang dikategorikan pakar dalam fotografi perkahwinan, saya cadangkan agar anda cuba servis dari Team The Orange Photographer.
Ada 3 sebab kenapa saya cadangkan mereka ini
1) Mereka ini dikategorikan sebagai photographer perkahwinan profesional
Di Orange Photography, anda tidak perlu risau dengan kualiti kerja photographer mereka.
Mereka ini sudah berpengalaman bertahun dalam menjadi jurufoto perkahwinan.
Setiap hasil kerja mereka dijamin puas hati oleh bakal pelanggan. Ibarat kata, mereka ini berkarya dengan menghasilkan gambar yang menjadi kenangan indah buat bakal pengantin dan juga untuk diri mereka sendiri.
Lihat sahaja foto perkahwinan dibawah ini.
Allahu…. Cantiknya.
Anda pula?
Cantik tak gambar dari photographer kahwin ini?
2) Harga pakej photographer murah dan fleksibel
Di Orange Photographer, terdapat 3 pakej yang ditawarkan bermula dari pakej RM1200 hingga RM2799.
Anda boleh buat pilihan samada untuk ambil sesi fotografi atau sesi rakaman video.
Untuk pengetahuan anda juga, mereka juga turut menawarkan pakej video perkahwinan.
Cuma anda kena buat rundingan dengan pakej yang anda bakal pilih. Insyaallah, mereka cuba untuk penuhi permintaan anda itu.
Pada saya, harga pakej fotografi perkahwinan yang diawarkan ini adalah paling berbaloi dengan servis yang ditawarkan.
Kualiti gambar pun puas hati.
Lihat sahaja gambar dibawah ini. Jika saya yang berada dalam setiap gambar ini, sudah pasti saya dikatakan Remy Ishak.
Nampak MACHO menggoda tetapi realitinya…. Allahu… kahkah
Kos photographer perkahwinan yang ditawarkan memang berbaloi dengan hasil kerja.
Manakan tidak, harga pakej fotografi bermula dari RM1200 hingga RM2799. Harga pakej fotografi yang paling popular dia Orange Photography adalah RM1799 yang mana pakej ini menawarkan pakej fotografi untuk 2 sesi majlis iaitu majlis resepsi dan majlis bersanding.
Ada lagi harga pakej fotografi yang ditawarkan oleh Team Orange ini.
Anda boleh buat carian lanjut di website mereka. Kalau saya cerita semua di entri ini, pasti trafik ke website mereka sendu mendu nanti. kahkah
3) Testimoni pakej fotografi perkahwinan yang diambil oleh kenalan
Menjadi kebiasaan, nak meyakinkan seseorang dengan servis yang ditawarkan, pasti kita perlukan testimoni.
Anda lihat, baca dan simpan testimoni dari pelanggan yang telah menggunakan servis photographer perkahwinan dari Team Orange Photographer.
Nak lihat banyak lagi testimoni, boleh terus ke laman web mereka.
Saya ada letakkan link di awal entri ini.
Dibawah ini adalah testimoni dari aplikasi Whatsapp yang mereka berikan.
Macam mana?
Anda sudah terbuka hijab untuk pilih pakej fotografi perkahwinan yang sesuai untuk majlis anda nanti.?
Kalau tak jumpa yang sesuai dihati anda dan pasangan, adalah lebih bagus untuk anda memohon kepada Allah dengan buat sembahyang instiqoroh.
Agar terbuka hati serta mudah untuk membuat pilihan bagi pakej fotografi perkahwinan yang sesuai nanti.
Jika anda lihat dari gambar yang saya upload disini, bukan dari air tangan saya.
Gambar-gambar fotografi perkahwinan ini saya dapat keizinan. Anda lihat dan nilai sendiri kualiti kerja mereka.
Seperti yang saya beritahu sebelum ini, jurufoto perkahwinan di Orange Photography seolah-olah berkarya dengan fotoshoot.
Mereka kreatif.
Pada pandangan saya, jika nak puas hati dengan sesi fotografi perkahwinan anda, anda wajib untuk dapatkan khidmat photographer dari Orange Photographer ini.
Lihat sahaja staf-staf dibelakang tabir yang menjadikan foto kelihatan cantik dan sesuai dengan tema yang anda mahukan.
Jika saya diberi peluang untuk menjadi model di dalam sesi fotografi ini, ditambah pula dari photographer perkahwinan dari Team Orange Photographer, sudah pasti terserlah hensem dan kemachoan saya. Macam Remy Ishak. Kahkah
Jika anda nak kelihatan seperti aktor Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Mr. Grey ataupun macam Aida Jebat, Elfira Loy atau yang seumpama dengannya, boleh berhubung dengan Team The Orange Photographer melalui salah satu saluran dibawah ini:
Tel : 017-296 2141 / 017-211 6634
Email : photography_orange@yahoo.com
Website : https://theorangephotography.com
Alamat : T3-1D, Tingkat 1, Kompleks Amaniah, 68100 Batu Caves, Selangor
Ini adalah entri untuk contest cabaran SEO Pakej Fotografi Perkahwinan anjuran Blogger Tuan Anuar Marsib.
Contest Cabaran SEO ini juga turut disertai oleh blog:
- Blogger Ajumohit.
- Blogger Sobri Mansor
- Blogger Tuan Hanafi
- Blogger Modern Mum
- Blogger Nurzarini Ismail
- Blogger Diana Rashid
- Blogger Onlajer
- Blogger PokUcu
- Blogger iuzira
- Blogger Mommyfiqa
- Blogger Ohduit
- Blogger Adna
- Blogger Sensasi2020
- Blogger Nozi
- Blogger Lullabyssz
- Blogger TopSEOFriendly
- Blogger CikTom
betullah… theme dr tempat yang sama hahaha.. nasib warna tak sama..
Boleh baca entri terkini azni…Buffet Ramadhan Dorsett Kuala Lumpur, Istimewa Masakan Bonda
hehehe. Disana guna warna biru muda. Disini guna warna biru tua. kahkah
terbaik la tuan..
semoga berjaya dalam kontest SEO Pakej Fotografi Perkahwinan ..
aamiin
Boleh baca entri terkini mrhanafi…Pengalaman Beli Baju Bundle Berjenama Yang Sukar Untuk Dilupakan
Terima kasih tuan
Terima kasih kerana sudi menyertai contest SEO ini.. Good Luck.. Semoga berjaya menjadi salah seorang pemenang…
Boleh baca entri terkini Anuar…Contest SEO : Pakej Fotografi Perkahwinan. Hadiah berjumlah RM30870 untuk dimenangi!
Semoga dipermudahkan tuan