• Skip to main content

Sobri Mansor

Blog dan Lifestyle Cara Aku

  • Home
  • Siapa Sobri Mansor
  • Servis Content SEO
  • Contact Me
Home » Peluang kerja » Interview kerja kerajaan suatu ketika dulu
Interview kerja kerajaan suatu ketika dulu

Interview kerja kerajaan suatu ketika dulu

15/07/2020 By Sobri Mansor Leave a Comment

Interview Kerja Kerajaan

Dulu saya pernah berkhidmat sebagai salah seorang penjawat awam disalah sebuah kementerian.

Mula berkhidmat dari tahun 2008 hingga penghujung tahun 2012.

Kalau diingat semula dalam tempoh ini, Malaysia sedang mengalami tempoh kegawatan serta kemelesetan ekonomi.

Waktu itu, ramai pekerja yang diberhentikan serta ditawarkan VSS gara-gara majikan tidak mampu membayar gaji serta tidak mampu meneruskan operasi.

Keadaan ini terjadi di sektor swasta.

Namun saya bersyukur sebab waktu itu, saya baru sahaja diterima masuk sebagai staf kontrak lantikan kementerian.

Bila bercerita tentang kerjaya sebagai staf kerajaan ni, mesti kalian nak tau keadaan dan suasana semasa interview kerja kerajaan kan?

Ya.

Pengalaman temuduga kerajaan memang saya tak boleh lupa sampai hari ini.

Ianya tak sama dengan cara syarikat swasta mengadakan sesi temuduga.

Banyak perkara yang saya kena sediakan. Serba serbi. Pengetahuan am, cara berkomunikasi, adab semasa temuduga kerajaan serta penampilan diri.

Ini semua sebenarnya akan dikira dalam sistem pemarkahan temuduga dari pihak SPA.

Bermula dari langkah pertama. Hanya isi borang SPA8i online. Isi maklumat diri serta tahap pendidikan.

Part paling dinanti adalah jawatan kerja kerajaan yang hendak dipohon.

Seingat saya, kena isi 8 ke 10 jenis jawatan.

Pilihan pertama sudah tentunya Pegawai Teknologi Maklumat(F41). Ada juga saya selitkan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD).

Waktu tahun 2008, jawatan PTD memang tengah hot macam goreng pisang panas.

Nama saya terpilih untuk hadir ujian bertulis. Lokasi ujian di Sekolah Kebangsaan Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.

Pulun jawab soalan bertulis. Ada 3 sesi ujian. Pengetahuan Am, ujian psikometrik serta ujian Bahasa Inggeris.

Sebelum ujian, tak tidur malam buat ulangkaji topik yang tengah hot.

Alhamdulillah, boleh jawab semua.

Sebulan selepas itu, memang tak disangka. Saya dapat panggilan untuk hadir assessment.

Kena ikut program selama seminggu di Institut Tadbiran Awam Negara(INTAN) Kluang.

Kena angkut semua kelengkapan seperti yang tertera di dalam surat panggilan assesment.

Saya buat checklist siap-siap. Risau kalau ada barang yang tertinggal. Jenuh nak mencari.

Masa sesi ini, semua aspek diuji. Lari 2.5km bawah 12 minit.

Aspek ujian kecergasan semua kena buat. Part paling leceh dan paling saya tak suka adalah sesi pengucapan awam.

Kena speaking Bahasa Inggeris dalam tempoh 1/2 jam.

Berucap di hadapan rakan-rakan lain yang sama-sama ikut sesi ini. Ahli panel semua duduk di kerusi hadapan dalam auditorium.

Waktu itu, takwakal saja kepada Tuhan. Minta dipermudahkan segalanya.

Selesai cerita kenangan dan pengalaman temuduga kerajaan. Saya tak mengharap sangat selepas sesi assesment ini.

Memandangkan waktu sesi pengucapan awam, saya dapat kritikan yang sangat pedas dari ahli panel.

Saya terima seadanya.

Bulan 10 tahun 2017. Dapat surat panggilan temuduga SPA peringkat terkahir untuk jawatan PTD.

Ingatkan saya gagal. Rupanya rezeki Allah bagi. Saya pulun study dan tanya senior-senior masa kolej tentang tatacara semasa temuduga PTD ni.

Bermacam jenis buku saya baca.

Terutama hal pengetahuan am. Bab ekonomi, bab politik. Saya study bagai nak ambil exam final year.

2 minggu pihak SPA bagi tempoh untuk buat persediaan.

Tiba hari kejadian, pakaian interview lelaki kena lengkap semua.

Baju kemeja putih, seluar slack putih, kasut bertali warna hitam, memakai blazer serta nametag.

Rambut potong kemas. Fail semua lengkap dengan sijil-sijil akademik, resume yang sudah update terkini.

Lokasi temuduga di bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Parcel C.

Saya masuk sesi pagi. Rasa menggelabah itu memang ada.

Mana taknya.

Interview terakhir kot. Gagal interview kali ini, memang menyesal tak sudah.

Cara mohon kerja kerajaan

Semasa temuduga kerja kerajaan sebagai bakal PTD ini, banyak perkara yang saya terlepas pandang.

Bila ahli panel sebut sahaja “Sila perkenalkan diri anda”, saya tidak ada masalah untuk bercerita tentang diri, kelebihan dan kelemahan dihadapan panel penemuduga.

Bila masuk saja soalan yang berkaitan dengan pengetahuan am dan politik, saya mendapat kritikan yang amat pedas dari salah seorang ahli panel.

Rasa geram, nak menangis semua ada. Tapi ditahankan dulu. Itu mungkin taktik ahli panel nak tengok keadaan kita kawal keadaan.

Habis sahaja sesi temuduga, rasa lapang sungguh dada. Azab dah habis.

Saya tawakal dengan usaha saya untuk dapatkan jawatan penting dalam sektor kerajaan ini.

Bulan 12 tahun 2017, keputusan temuduga keluar di laman web SPA.

Saya tak lulus temuduga SPA untuk jawatan PTD ini. Rileks saja. Saya ambil sebagai pengajaran.

Nanti boleh isi dan mohon lagi. Mungkin takde rezeki waktu itu.

Tup-tup, pada Februari 2018, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telefon minta hadir temuduga untuk jawatan Pegawai Tadbir N41 kontrak.

Saya hadir temuduga tersebut. 

Rupa-rupanya, nama calon yang gagal pada temuduga akhir PTD sebelum itu telah dipanjangkan ke pihak kementerian untuk tindakan pihak kementerian berkenaan membuat lantikan secara kontrak.

Memandangkan waktu itu bidang kerja saya sedang galas tak tentu masa, saya terima jawatan pegawai kontrak ini.

Terus hantar surat berhenti kepada majikan lama.

Begitulah serba sedikit pengalaman diawal susah payah nak berdikari selepas tamat pengajian.

Pengalaman interview kerja kerajaan

Ini sedikit tips buat kalian yang bakal hadir temuduga sektor kerajaan pada masa sekarang. Cabaran untuk dapatkan tempat dalam sektor kerajaan sangat hebat. Cara dan gaya pihak SPA menguruskan sesi temuduga dan pemilihan calon makin ketat.

Boleh cuba beberapa tips dibawah ini:

  • Banyakkan membaca terutama yang melibatkan hal ekonomi dunia. isu semasa serta geopolitik terkini. Ini salah satu bonus sekiranya kalian mampu menjawab soalan topik ini dari ahli panel penemuduga.
  • Kuasai cara berucap di khalayak ramai. Lebih tepat lagi, kuasai ilmu pengucapan awam. Ini sangat penting untuk tunjukkan keterampilan diri serta kemahiran kita untuk berkomunikasi.
  • Jaga stamina dan jaga kesihatan.
  • Sentiasa update dengan berita dan info terkini dari pihak SPA.

Begitulah serba sedikit perkongsian kisah saya dulu. Rezeki dapat kerja kerajaan dalam tempoh masa yang singkat. Lebih kurang 4 tahun. Banyak pengalaman yang saya saya belajar sebagai penjawat awam.

Ini adalah pengalaman berharga saya masa interview kerja kerajaan dulu. Saya jadikan pengalaman ini sebagai bekalan kemana-mana. 

Baca ebook ini sebagai persediaan temuduga kerja kerajaan

Picit butang dibawah

Klik sini
Subscriber

Alang-alang kalian dah sampai sini. Apa kata jadi je terus SUBSCRIBER blog ini.

Masukkan NAMA dan EMAIL dalam borang disebelah. Nanti kalian akan dapat update terkini setiap kali saya update artikel blog terkini

Semak INBOX email anda SEKARANG

Filed Under: Artikel SEO, Peluang kerja, Temuduga kerja kerajaan Tagged With: pengalaman dapat kerja kerajaan, pengalaman interview kerja, pengalaman temuduga kerajaan

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Blog by Sobri Mansor © 2021