Danz Eco Resort
Siapa yang tak teringin untuk melihat serta menikmati keindahan flora dan fauna di Taman Negara sana kan?
Alhamdulillah.
Termakbul juga hajat untuk sampai ke hutan simpan terbesar di bumi Pahang ini.
Umur dah masuk 40 tahun, baru dapat jejakkan kaki ke Taman Negara negeri Pahang ini.
Asalnya cik puan saya kena hadir kursus serta meeting. Kebanyakan ahli yang hadir adalah lelaki.
Dia rasa segan. Jadi kirimkan sekali saya sebagai kawan dia.
Kena drive sendiri dan jarak perjalanan jauh juga.
Dia pelawa saya untuk jadi driver part time dia. Saya ni pantang dipelawa. Up jadi terus.
Kahkahkah.
Saya ambil cuti siap-siap. Buat persiapan awal. Sebab saya tak pernah sampai ke tempat menarik di Taman Negara ini.
Buat dulu sesi runding serta beli jiwa si Sara. Alhamdulillah, dia taknak ikut sebab dia nak fokus dengan kelas tuisyen dia.
Survey dulu tempat dan tanya ke cik puan lokasi penginapan. Dia bagitau yang urusetia mesyuarat dah booking siap-siap Danz Eco Resort.
Buat sedikit pembacaan di Google dan selidik review tentang resort ini, kebanyakan feedback yang dapat memang galakkan untuk cuba menginap disini.
Jadi dah alang-alang dapat jawatan baru jadi driver part time ni, kita layan dan buat sedikit review tentang resort ini.
Harapnya kalian yang tersampai, terklik, terskrol sampai bawah dan semua yang ter ter, agar bertenang.
Sebabnya artikel ini sedikit panjang. Sebabnya 4 hari 3 malam kami duduk di resort ini.
Lagi.
Kalau kalian rasa artikel ini sangat membantu orang lain untuk tau dan nak cari maklumat tentang resort di Taman Negara, sudi-sudikan klik butang share yang saya sediakan di akhir post ini ya.
Kalau taknak terlepas segala info dari blog ini, saya pelawa kalian untuk subscribe blog saya ni. Borangnya ada dibawah ini.
Nanti segala info serta artikel terbaru akan terus sampai ke peti email kalian.
Ok.
Apa yang menarik tentang Danz Eco Resort?
Pertamanya.
Lokasi resort ini.
Ianya terletak betul-betul berhadapan dengan tangga untuk naik ke Canopy Walk Taman Negara.
Ada 2 cara untuk sampai ke resort ini.
- Menaiki bot: Naik bot yang disediakan. Biasanya pihak resort dah booking siap-siap bot ini. Turun di jeti Kuala Tahan. Ambil masa 10 ke 15 minit untuk sampai.
- Menaiki 4×4: Pihak Danz Resort ada juga sediakan kenderaan 4×4. Tengok keadaan. Kalau saya, better ambil option 1. Sebab nak dapat feel bercuti dan dapat naik bot.
Kalau datang ke sini dalam group yang besar, pihak resort akan sediakan perkhidmatan angkut luggage dan beg dengan menggunakan 4×4.
Kalian cuma bawa beg dan peralatan penting sahaja naik bot. Juga sebagai langkah keselamatan. Kapasiti bot di Sungai Tahan ni kurus belaka. Tak mampu tampung beg besar.
Dengan berat penumpangnya lagi.

Bot akan landing tepi pasir. Turun dan bawaklah barang-barang yang kau ada.
Nama pun jadi bodyguard hakak. Jadi kena la bawak segala barang-barang dia. Folllow ajer la Bos manja saya ni.

Turun dari bot, berjalan kaki lebih kurang 100 meter untuk sampai ke pintu masuk resort. Sempat la dulu bergambar tepi sungai sedas dua.

Benda pertama yang saya terpegun bila sampai ke resort ini adalah, kalian boleh nampak poko Tualang tinggi melangit tersergam indah.
Ini kira macam mercu tanda jugak la. Kiranya jadikan ia sebagai objek untuk bergambar kenangan.

Pihak resort sediakan minum petang. Minum, berborak dan ambil gambar. Terus check-in.
Part checkin ni memang ditunggu-tunggu. Sebab nak tengok kondisi bilik seperti yang saya baca di laman web Danz Eco Resort.
Ada banyak jenis chalet. Azalea House, Family Capsule, Capsule, Glamping dan khemah biasa
Saya booking Azalea House. Cantik. Ada aircond. Muat untuk 4 orang.
Ada 8 pintu chalet jenis Azalea ni.
Kalau kalian nak cuba duduk dalam Capsule pun boleh juga. Ada Family Capsule dan Capsule.
Capsule cuma muat untuk 2 orang. Ada aircond. Cuma tandas diluar dan perlu berkongsi dengan pengunjung resort yang lain.
Dibawah ini pula Family Capsule. Boleh muat 4 orang. Ada aircond dan ada tandas di dalamnya.
Selain itu ada juga tapak untuk kalian nak berkhemah. Glamping camp ada. Khemah biasa pun ada. Tandas macam biasa. Kena kongsi dengan pengunjung lain.
Turut disediakan surau untuk pengunjung Muslim. Ada 2 surau untuk memudahkan pengunjung beragama Islam menunaikan solat.
Bab review tentang makanan, saya sangat puas hati. Kena dengan tekak. Sebab pihak resort sediakan makanan tempat.
Terutama semasa kami buat program lawatan ke santuari kelah. Tak sangka pulak yang pihak Danz Resort sediakan set buffet di atas bot untuk kami rasa nikmat makan di tepi sungai.
Ini antara senarai aktiviti yang Danz Resort sediakan dalam pakej percutian di Taman Negara ini.
Canopy Walk Taman Negara
Canopy Walk ini adalah aktiviti wajib yang kalian mesti cuba bila sampai ke Taman Negara. Sudah tersedia ada dalam pakej jika berkunjung ke sini.
Canopy Walk ini, kalian akan melalui jambatan gantung yang menghubungkan dari satu pokok ke pokok yang lain.
Memang gayat namun kalian akan terpegun apabila melihat kebesaran ciptaan Tuhan dari pandangan atas pokok ini.
Inilah sebenarnya tujuan serta keistimewaan apabila melakukan aktiviti Canopy Walk
Melawat perkampungan orang asal suku kaum BATEK.
Dengar, lihat dan faham akan cara kehidupan orang asal dari suku kaum Batek hidup secara primitif di dalam hutan.
Cara pemakanan mereka, cara mereka berburu, senjata berburu, perkahwinan, bentuk badan dan banyak lagi.
Video Rapid Shooting Sungai Tembeling
Rapid Shooting ni seronok. Kalian akan duduk dalam bot masing-masing. Bot akan melalui sepanjang sungai dan berlumba sesama sendiri.
Kompom basah. 100% basah. Redha ajer la kena simbah dari bot yang lainnya.
Nama pun Rapid Shooting kan. hahaha
Aktiviti Kayak.
Kalian boleh juga berkayak di kawasan sungai berhadapan Danz Resort. Sambil menikmati keindahan alam serta bunyi unggas.
Menikmati pemandangan Lata Berkoh
Lata Berkoh terletak dikawasan hulu Sungai Tahan. Selepas melawat Santuari Ikan Kelah, kami dibawa menikmati pemandangan Lata Berkoh, juram yang sangat deras.
Lata Berkoh ini hanya boleh bergambar sahaja. Tak sesuai untuk mandi manda dikawasan ini. Airnya deras.
Alhamdulillah.
Banyak juga kenangan yang dapat dibawa balik dari bumi Jerantut ini. Serius saya katakan. Memang tidak menyesal pilih Danz Eco Resort sebagai destinasi percutian kami di Taman Negara.
Jika kalian mahukan pamplet terkini berkenaan pakej percutian Taman Negarayang ditawarkan oleh Danz Eco Resort, boleh muat turun pamplet tersebut melalui link dibawah ini.
Insyaallah, next trip akan bersama dengan Aniq dan Sara pula untuk sampai kesini.
Insyallah.
nice la tempatnya!