2 Langkah mudah untuk tukar tempat mengundi lepas buat semakan SPR

tukar tempat mengundi

 

Tempat mengundi. Saya dah lama buat perancangan sebenarnya.

Kebetulan minggu lepas, saya terima SMS dari pihak SPR untuk kemaskini butiran untuk mengundi nanti.

Tanpa buang masa, terus buat semakan di laman web SPR. Nama masih lagi di kampung halaman tercinta, Felda Sungai Klah, Sungkai.

Dibawah parlimen Tanjung Malim. Bila difikirkan balik, agak susah juga saya nak mengundi nanti. Isteri pula nama masih lagi di Johor. Jadi, kena balik kampung berasingan.

Masa PRU13, saya terpkasa korban satu undi sebab hantar isteri dan anak-anak ke kampung di Johor. Isteri sahaja yang membuang undi. Saya hanya duduk di rumah menunggu umpama zombie.

Rasa jealous juga bila tengok ramai orang beratur menunggu giliran. Tahun sebelum-sebelumnya, isteri saya yang tidak buang undi. Kami bergilir-gilir setiap kali tiba musim mengundi.

Disebabkan kali ini taknak perkara yang sama berulang, undi rugi terbuang, saya dan isteri ishtihar tukar tempat mengundi. Saya rujuk dengan Jabatan Pendaftaran Negara JPN Putrajaya untuk proses tukar alamat.

 

Ada 2 langkah mudah untuk anda yang senasib dengan saya untuk tukar tempat mengundi. 

 

1. Tukar alamat terkini di Jabatan Pendaftaran Negara

Rupanya, baru saya tahu yang kita tidak perlu tukar alamat yang tertera di atas MyKad ke alamat baru. Cuma perlu tukar alamat dalam cip MyKad sahaja.

Contoh macam saya, alamat tertera di atas MyKad di Perak. Saya tidak perlu tukar alamat tersebut di atas MyKad. Hanya buat permohonan untuk tukar alamat pada cip MyKad sahaja.

Bawa Kad Pengenalan anda ke mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara yang berdekatan.

Buat permohonan. Siap tidak sampai 5 minit. Cuma caj RM2.00. Jika buat permohonan untuk tukar alamat di atas MyKad, perlu tunggu sehari paling awal.

Itu di Putrajaya.

Kalau di Jabatan Pendaftaran Negara di cawangan negeri, saya kurang pasti tempoh masa yang diambil.

 

2. Bawa resit tukar tempat mengundi ke Pejabat SPR berdekatan

Proses tukar tempat mengundi di pihak SPR pula perlukan resit rasmi bukti tukar alamat dan perlu dibawa bersama ke kaunter SPR untuk tujuan kemaskini alamat.

Alhamdulillah selesai tidak perlu ambil masa lama. Semakan tukar alamat dan tempat mengundi baru cuma ambil masa 2 bulan. Seperti yang diberitahu oleh kerani yang bertugas.

Selepas 2 bulan seperti yang dijanjikan, saya buat semakan di laman web SPR. Alhamdulillah berjaya. Sekarang sudah diistiharkan sebagai pengundi Putrajaya.

Cuma sebagai pengundi sahaja. Saya tidak terlibat dengan mana-mana parti politik yang bertanding. Hanya sebagai rakyat biasa yang sentiasa menjunjung kasih titah perintah Yang dipertuan Agong serta pemimpin yang jujur dan amanah.

Jadi,

Pilihanraya Umum kali ini, saya dan isteri akan membuang undi dalam parlimen dan DUN yang sama. kahkah. Tidak ada lagi undi rosak dah. Kahkah. Boleh menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara dengan hati yang tenang.

hahaha.

4 Comments

  1. sabree hussin 16/10/2017
  2. titan 15/09/2017
  3. mrhanafi 08/09/2017

Add Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.