Topik sembang kedai mamak

Assalamualaikum dan salam sejahtera….
Topik sembang kedai mamak 

Seperti biasa, selepas selesai menghantar anak-anak ke sekolah, aku bersarapan di kedai mamak Darussalam Presint 16. Duduk semeja dengan kawan-kawan pejabat tempat isteri bekerja. Sambil tunggu pesanan roti bakar dengan nescafe o suam, layan sekejap radio SINAR FM. Pandai mamak ni tarik perhatian pelanggan dalam diam kan.
Bila dengar lagu-lagu lama ni, teringat masa dulu-dulu. Sewaktu zaman pakai tape sekitar tahun 90’an. Mesti tertunggu slot Pilihan Bersama saluran Radio Muzik. Slot bermula dari pukul 9 malam sampai 12 malam. Boleh dengar lagu paling best diputarkan oleh DJ bertugas. Sebelum slot Pilihan Bersama bermula, dalam akhbar sudah keluar tajuk lagu pilihan yang akan diputarkan pada malam tu. Jadi, buat persiapan awal beli tape recorder durasi paling lama 90 minit sebab nak rakam lagu best…
Orang kampung aku kat Jerman panggil kaset tau….. 
hehehe
Kalau geng bujang waktu tu, setiap malam dari pukul 9 sampai pukul 12 adalah waktu yang sesiapa pun tidak boleh kacau siaran radio. Sebab, nak tunggu giliran lagu untuk dirakam. Habis sahaja DJ bercakap, tangan dengan pantas kilat tekan butang “RECORD”. Kena tunggu lagu habis, tekan pulak butang “PAUSE”. Tunggu lagi lagu seterusnya untuk rakam lagi. Sampai habis durasi 60 minit kaset yang dibeli. hahaha
Tapi aku tak boleh lupa….
Kawan aku pernah rembat kaset THE OFFSPRING ORIGINAL yang aku beli, dia boleh guna nak rakam lagu PILIHAN BERSAMA. Meroyan aku sehari. Sampai sekarang tak ganti… hehehe
Lepas layan PILIHAN BERSAMA, tiba masa pulak untuk Head Banging di tengah malam. ISMA HALIL HAMZAH di radio THR punya penangan. Intro lagu Bahalol dari XPDC. DJ paling mengarut dekat Malaysia. Kelakar pun dia, Gila-gila pun dia, Haru biru pun dia, ape lagi…. korang sambung sendiri…
Ingat lagi tak dengan peribahasa ni:
“Carik-carik bulu ayam, biar sampai jadi shuttle kok”
Ingat tak…. ingat tak…
Banyak lagi peribahasa yang di bikin dan ubah sendiri. Tengah-tengah malam gelak tak ingat dunia. Pernah aku kena cubit dengan arwah bapak aku sebab gelak tengah malam sampai dia terkejut. hehehe
Itu semua dah jadi kenangan. Jadi topik sembang kedai mamak dah sekarang ni. kaset pun dah takde. Slot Pilihan Bersama pun dah jadi arwah lama dah. ISMA HALIL HAMZAH dah tak tau jadi DJ radio lagi ke atau dah jadi siak masjid sekarang ni. Trend sudah bertukar. Ikut arus peredaran zaman. Sekarang DJ radio putarkan lagu tak perlu sebut tajuk lagu dah sekarang ni. Berbeza dulu, peminat kenal tajuk lagu dulu baru kenal artis. Sekarang sudah lain. Peminat kenal artis dulu, baru tahu tajuk lagu yang artis nyanyi.
Percaya atau tak?
Jap aku nak test…
“Awk kat mana….. awak…. awak…. kat mana”
Cuba teka sapa yang nyanyi lagu ni.
kikiki
Selamat mencuba….

8 Comments

  1. chuppa 16/04/2017
  2. vinz prasetyo 12/04/2016
  3. Sobri Mansor 15/03/2016
  4. Sobri Mansor 15/03/2016
  5. mrhanafi 15/03/2016
  6. Raihanah Ahmad 15/03/2016

Add Comment

CommentLuv badge

Minisite Builder dan Affiliate Platform tanpa yuran bulanan. Dapatkan SEKARANG!!!Di SINI