Tips dan Panduan

Tips tambah sumber pendapatan akaun KWSP

Salam sejahtera…
Sebagai seorang yang masih membanting tulang makan gaji dengan majikan, kita sepatutnya kena ambil tahu dengan akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kita ada. Sebelum aku bercerita panjang lagi, soalan cepu emas aku nak tanya…
Sudahkah anda memohon untuk mengekalkan caruman 11 peratus syer pekerja? 
Kalau belum boleh isi borang cepat-cepat. boleh muatturun borang secara online melalui link dibawah ini

Oklah, mungkin ramai yang masih belum sedar bahawa sebagai pekerja dan mencarum dalam KWSP, diberikan alternatif serta kemudahan untuk mengembangkan wang caruman didalam akaun KWSP. Secara mudahnya, kita boleh membuat pengeluaran akaun KWSP untuk skim pelaburan yang diluluskan oleh KWSP sahaja. Pengeluaran tersebut perlu mengikut prosedur yang ditetapkan dan hanya tujuan untuk Unit Amanah yang diluluskan sahaja dan hanya melibatkan simpanan didalam akaun 1 sahaja.
Sebagai rujukan, terdapat 15 jenis pengeluran yang dibenarkan oleh KWSP bagi tujuan memudahkan pencarum KWSP. Aku senaraikan seperti di bawah:
  1. Pengeluaran Umur 50 tahun. 
  2. Pengeluaran Umur 55 tahun. 
  3. Pengeluaran Mengurangkan/Menyelesaikan baki pinjaman perumahan. 
  4. Pengeluaran Hilang Upaya. 
  5. Pengeluaran Meninggalkan Negara. 
  6. Pengeluaran Pendidikan. 
  7. Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pengeluaran Bersara Pilihan
  8. Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli
  9. Pengeluaran Membina/Membeli Rumah
  10. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta 
  11. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
  12. Pengeluaran Kematian
  13. Pengeluaran Perumahan Fleksibel
  14. Pengeluaran Kesihatan
  15. Pengeluaran Haji 
Aku taknak cerita semua. Aku cuma nak kongsikan Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli sahaja dalam entri ini. Sebenarnya pencarum boleh keluarkan cuma 20% dari jumlah simpanan asas dalam akaun 1. Simpanan Asa tersebut adalah mengikut umur seperti yang tertera di dalam jadual yang disarankan oleh pihak KWSP. Boleh rujuk gambarajah dibawah sebagai rujukan:
Formula pengiraan amaun yang layak untuk dilaburkan adalah seperti dibawah:
(Jumlah simpanan Akaun 1 – Simpanan Asas) x 20%
Sebagai contoh:
Ali berumur 36 tahun. Jumlah caruman di dalam akaun 1 KWSP Ali berjumlah RM58,000.00. Formula pengiraan kelayakan Ali untuk membuat Pelaburan Simpanan Ahli adalah:
(RM58,000.00 – RM50,000.00) x 20% = RM1,600.00

Ali cuma melaburkan sejumlah RM1,600.00 jumlah simpanan akaun 1 untuk pelaburan ahli. Ali perlu mengisi borang permohonan pengeluaran yang boleh didapati di kaunter KWSP atau boleh muaturun borang secara online di laman web KWSP.
Mungkin ada diantara kita yang masih kurang jelas dengan skim unit amanah atau Unit Trust. Sebenarnya Unit Amanah ini sama seperti dana Unit Amanah ASB cuma perbezaannya adalah ASB diuruskan oleh kerajaan manakala Unit Amanah ini diuruskan oleh Bank tempatan. Sebagai contoh seperti Public Mutual, CIMB Wealth Advisor (CWA) dan sebagainya. Aku cuma kenal dua pengendali Unit Amanah ni. Jika nak melabur dengan unit amanah lain, anda boleh cari melalui rakan-rakan anda atau pergi ke cawangan bank berdekatan untuk keterangan lanjut.
Nak melabur dalam Unit Amanah, kena tahu selok belok untuk buat keuntungan. Banyak benda yang kita kena kaji sebelum melabur dalam Unit Amanah ini. Saranan aku, anda perlu mencari agen unit amanah yang dilantik yang berkebolehan untuk menguruskan akaun unit amanah anda. Seboleh-bolehnya, anda cari mana-mana agen unit amanah full time dan berpengalaman. Sebabnya, mereka ini akan fokus untuk uruskan dana unit amanah anda dengan lebih berhemah.
Bagaimana 20% wang caruman dilaburkan dalam Unit Amanah?

Setelah anda isi borang permohonan pengeluaran pelaburan ahli di laman web KWSP, anda boleh hubungi mana-mana agen unit amanah yang dilantik untuk laburkan wang tersebut ke dalam dana yang boleh memberi keuntungan kepada anda. Dalam contoh Ali tadi, sebanyak Rm1,600.00akan dilaburkan dalam Unit Amanah. Perlu diingat, dana unit amanah tidak boleh menjamin mampu memberi pulangan besar dalam tempoh yang singkat. Mungkin makan masa selama 2 tahun atau lebih. Unit amanah adalah pelaburan jangka masa panjang dengan risiko yang rendah. Anda perlu faham konsep unit amanah sebelum mula melabur. Pencarum boleh membuat tambahan amaun pelaburan setiap 3 bulan. Jika anda tidak mahu melibatkan diri dengan mana-mana agen unit amanah yang berkelayakan, anda juga boleh uruskan sendiri dana unit amanah sendiri. Boleh buat bacaan tambahan disini untuk info lebih lanjut.
Sentiasa berhubung dengan agen unit amanah yang dilantik untuk mengetahui perkembangan dana yang dilaburkan. Anda perlu tahu peratus keuntungan serta dividen yang diperolehi. Setelah anda berpuas hati dengan pulangan yang anda peroleh, anda boleh mohon untuk keluar dari dana tersebut. Tugas agen unit amanah adalah berurusan dengan pihak KWSP untuk memindahkan amaun dari dana unit amanah ke akaun KWSP pencarum. 
Jangan salah sangka tau, anda tidak memiliki keuntungan unit amanah secara tunai. Modal anda beserta keuntungan pelaburan unit amanah akan dipulangkan semula ke dalam akaun 1 KWSP anda. Melainkan anda melabur secara tunai. Faham kan…
Pada aku, kalau ada peluang untuk kembangkan wang akaun KWSP kita, baik kita ambil kisah. Zaman sekarang bukan senang untuk buat simpanan. Nak menyimpan bukan main susah, tapi nak keluarkan cukup mudah. Tak sempat tengok duit depan mata, sedar-sedar je duit dah lesap dari pandangan. Mungkin ada dikalangan rakan-rakan blogger yang masih bekerja makan gaji, boleh mula ambil kisah dengan akaun KWSP anda. Mana tahu bila bersara nanti, jumlah simpanan KWSP nanti ada 2.6 billion. 
“Tuah ayam nampak dikaki, tuah pencarum KWSP siapa yang tahu”

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua.
Sekian.

Untung sebenarnya melabur di unit amanah dari akaun KWSP anda. Dividen dari KWSP dapat, dividen dari unit amanah pun dapat. Tapi kena tahu selok belok melabur unit amanah dulu.





3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge