Tips dan Panduan

Tips deposit wang ke dalam mesin Cash Deposit Machine CDM

Salam sejahtera,
Hati aku kadang-kadang terdetik juga nak bertanya kepada pelanggan yang sedar beratur depan mesin CDM. Sibuk nak masukkan wang berkepok-kepok dalam mesin. Sudah dimasukkan berkeping-keping duit kertas, tetapi ada juga duit yang dipulangkan oleh mesin. Bila dipulangkan banyak kali, kita pun sibuk lihat dan perhatikan duit tu kalau-kalau dapat duit palsu. Masih juga tidak berjaya.
Jadi aku nak kongsikan sedikit tips deposit wang ke dalam mesin Cash Deposit Machine CDM. Tips ini aku pernah ceritakan kepada pelanggan yang berdiri lama di depan mesin tapi urusniaga deposit wang masih belum selesai dek kerana wang kertas yang tidak diterima oleh mesin. Tips ini juga bukan 100% dijamin wang anda akan diterima oleh mesin CDM. Ianya bergantung juga kepada kondisi mesin CDM yang anda sedang berurusan.

Sebenarnya, mesin CDM mempunyai satu peranti dipanggil “scanner” yang berfungsi untuk mengenalpasti kedudukan hotspot yang terdapat pada wang kertas tersebut. Terdapat sensor yang berfungsi untuk mengenalpasti kedudukan wang kertas samada ianya serong kekiri atau kekanan dan ini berkemungkinan wang kertas tersebut dipulangkan semula.
Gunakan tips ini apabila anda berada di hadapan mesin CDM. Boleh lihat kedudukan wang kertas pada gambar yang aku sertakan. Jangan curi duit tu sudah la. Berdosa tau… hahaha
LANGKAH PERTAMA:
Kedudukan wajah DYMM SPB YDP berada di sebelah kanan

LANGKAH KEDUA:

Alihkan wajah DYMM SPB YDP kesebelah kira

 

LANGKAH KETIGA:

Terbalikkan wang kertas dan agar wajah DYMM SPB YDP berada disebeah kanan bawah

LANGKAH KEEMPAT:
Alihkan wang kertas agar wajah DYMM SPB YDP berada pada sebelah kiri bawah
Jadi, dalam urusan anda untuk deposit wang di mesin CDM, terdapat posisi kedudukan wang tersebut untuk mudah diterima oleh mesin. Anda tidak perlu renyuk-renyukkan wang kertas tersebut. Tidak membantu pun untuk wang anda diterima mesin. Jika masih gagal untuk wang anda diterima, boleh abaikan transaksi anda dan cuba cari mesin CDM lain yang berhampiran.
Begitulah perkongsian aku untuk tips deposit wang ke dalam mesin Cash Deposit Machine CDM. Harapan saya agar perkongsian ini dapat memberi banyak manfaat untuk kepentingan bersama. Jangan lupa, kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain.
Sekian

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge