Tips dan Panduan

Tiada resit transaksi deposit wang di mesin CDM apa perlu buat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Lama tidak menulis kembali. Pasti ramai yang rindu dekat aku kan… hehehe
Minggu lepas, ada seorang kawan lama tiba-tiba Whatsapp secara personal bertanya masalah. Kawan aku buat transaksi deposit wang di mesin CDM Petronas Presint 16 Putrajaya. Transaksi deposit wang telah berjaya tetapi resit bukti transaksi tidak diterima. Menggelabah jugak kawan aku tak tau nak buat apa. Kebetulan memang nombor telefon aku dia simpan, terus dia PM Whatsapp ceritakan masalah dia pada aku.
Sebagai informasi bersama, sebenarnya anda jangan cepat rasa menggelabah apabila peristiwa ini menimpa diri anda. Disini, aku cuba kongsikan cara-cara agar anda dan pihak bank dapat kesan semula transaksi anda. Sila teliti langkah-langkah dibawah:
  • Setiap SST (Self Service Terminal) mempunyai ID tertentu. Anda boleh rujuk gambar dibawah sebagai contoh. Sekiranya anda berada dihadapan mesin tidak kira ATM atau CDM, anda boleh tahu akan ID mesin tersebut.

  • Tulis ID SST sebagai rujukan. Kemudian hubungi talian Khidmat Pelanggan bagi bank yang berkaitan. Setiap bank mempunyai talian khidmat pelanggan yang berlainan. Terus bercakap dengan pegawai perunding khidmat pelanggan yang bertugas.
  • Beri maklumat lengkap kepada pegawai tersebut seperti jumlah wang yang didepositkan, tarikh dan masa melakukan transaksi serta nama dan nombor akaun penerima. Anda berikan maklumat ID mesin CDM supaya mereka boleh periksa transaksi tersebut.
Setelah semua maklumat yang anda berikan sudah lengkap dan membantu untuk pencarian transaksi anda, pihak bank akan mengambil masa selama 1 atau 2 hari untuk carian maklumat transaksi tesebut. Dalam masa yang sama, minta pihak penerima untuk periksa akaun mereka sekiranya urusan deposit sudah dikreditkan ke dalam akaun penerima.
Kadang-kadang dalam keadaan kita berurusan dengan wang memang boleh menguji kesabaran. Mungkin bila kita berbual dengan pegawai khidmat pelanggan yang bertugas membuat aduan tentang masalah sebegini membuatkan kita hilang sabar dan meninggi suara apabila berbual. Jadi, boleh cuba sejukkan keadaan dulu. Insyaallah wang deposit anda pasti selamat.
Begitulah sedikit perkongsian aku kali ini tiada resit transaksi deposit wang di mesin CDM apa perlu buat? Semoga dapat membantu anda yang sedang dalam keadaan gabra depan mesin ATM atau CDM. hehehe
Sekian….

8 Comments

  1. Tengok keadaan bro. Kalau cawangan bank yang handle mesin, boleh terus berhubung dengan pegawai bertanggungjawab. Tapi kalau mesin dibawah kendalian syarikat sekuriti, kena ambil masa sikit. Itu yang kena tunggu dalam sehari dua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge