Blogging

Senarai Kaki Terjah Blog bulan Februari 2016


Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Dah bulan Mac 2016 sekarang….
Pejam celik, pejam celik cepat benar masa meningglkan kita. Umur pun makin bertambah. hehehe
Maaf kerana tidak update sebarang entri pada minggu lepas. Cuma entri kategori tips dan panduan cara untuk tambah sumber pendapatan dalam akaun KWSP sahaja yang sempat aku kongsikan minggu lepas.
Boleh baca selanjutnya disini. Harap entri ini memberi manfaat kepada semua yang bergelar pencarum KWSP ye.
Senarai Kaki Terjah Blog Bulan Februari 2016 dah keluar. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi meninggalkan komen di blog ini. Nampaknya, kali ini dah ada pengunjung baru yang berada di top chart ruangan Top Commentator. Selamat berkenalan kepada +anilwanina kerana jadi juara bulanan kaki terjah blog ini.
Tanpa anda semua, blog ini mungkin tidak ada serinya. Tidak lupa juga kepada pengikut setia blog ini yang menjadi silent reader. Harap setiap entri yang aku kongsikan memberi sedikit teladan dan pengajaran kepada anda dan rakan-rakan cyber yang lain. Aku bukanlah blogger ternama yang mampu berdiri sendiri. Perlu sokongan dan dorongan dari rakan-rakan yang lain untuk terus berjaya dalam blogging ni.
Anda boleh buat sesi terjah blog diorang melalui link dibawah. Secara tak langsung, aku dah hadiahkan backlink ke blog korang sebagai balasan dan tanda penghargaan. hehehe
Blog Senarai Kaki Terjah Blog Bulan Februari 2016:
  1. Blog Anil Wanina – The Other Side Of Me
  2. Blog Raihanah Ahmad – Vitamin Cerdik
  3. Blog Mama Vougue – Indipendent Distributor from Shaklee
  4. Blog Uncle Zuan – Uncle yang Muda
  5. Bro Framestone – Blogger Retis satu malaya
Untuk pengetahuan, nak tersenarai sebagai kaki terjah blog ini tidak susah. Tinggalkan sahaja sebarang komen pada setiap entri di blog ini. Tapi pastikan komen yang ditinggalkan tidak mengandungi unsur-unsur negatif yang boleh menjurus kepada rasa tidak puashati pembaca lain blog ini. Cara dan pengiraan setiap komen yang ditinggalkan untuk menjadi top commentator adalah dihimpun mengikut bulan semasa. Aku menggunakan widget Top Commentator for Blogger Blogspot. Boleh cuba pasang widget ini melalui link ini
Plan untuk berkongsi hadiah kepada top chart senarai kaki terjah blog setiap bulan masih dalam perancangan. Aku memang lemah sikit kalau bab memikir nak beri hadiah ni. hehehe. Takpe, jangan risau. PA tersayang aku ada dan bersedia memberi bantuan dan cadangan bernas. Tunggu sahaja pengumuman pada entri bulan Mac nanti untuk Senarai kaki Terjah Blog bulan Mac pulak. 
Mana tahu ada rezeki anda sebagai Top commentator blog ini bulan Mac ni.
Ok. Arios…. Amigos…

19 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge