Tukar alamat lepas buat semakan daftar pemilih spr

Semakan daftar pemilih SPR. Sebagai seorang rakyat Malaysia dan ada perasaan cintakan negara, adalah menjadi tanggungjawab untuk kita turun mengundi dalam pilihanraya umum nanti.

Kebetulan minggu lepas, saya terima SMS dari pihak SPR untuk kemaskini butiran untuk mengundi nanti.

Tanpa buang masa, saya terus buat semakan di laman web SPR. Nama saya masih lagi di kampung halaman tercinta, Felda Sungai Klah, Sungkai.

Dibawah parlimen Tanjung Malim. Bila difikirkan balik sewaktu mengundi nanti, agak sukar untuk saya menunaikan tanggungjawab. Isteri pula nama masih lagi di pusat mengundi Johor. Jadi, kena balik kampung berasingan.

Masa sesi PRU lepas, saya tidak turun buang undi sebab hantar isteri dan anak-anak ke kampung di Johor. Isteri sahaja yang menunaikan tanggungjawab. Saya hanya duduk di rumah menunggu jaga dua cahayamata yang sewaktu itu masih kecil.

Rasa jealous juga bila tengok ramai orang beratur menunggu giliran. Tahun sebelum-sebelumnya, isteri saya yang tidak buang undi. Kami bergilir-gilir setiap kali tiba musim mengundi.

Disebabkan kali ini taknak perkara yang sama berulang, undi rugi terbuang, saya dan isteri ishtihar tukar alamat mengundi. Saya rujuk dengan Jabatan Pendaftaran Negara JPN Putrajaya untuk proses tukar alamat.

Rupanya, baru saya tahu yang kita tidak perlu tukar alamat yang tertera di atas MyKad ke alamat baru. Cuma perlu tukar alamat dalam cip MyKad sahaja.

Contoh macam saya, alamat tertera di atas MyKad di Felda Sungai Klah. Saya tidak perlu tukar alamat tersebut di atas MyKad. Hanya buat permohonan untuk tukar alamat pada cip MyKad sahaja.

Terus saya buat permohonan waktu tu juga. Siap tidak sampai 5 minit. Cuma caj RM2.00. Jika buat permohonan untuk tukar alamat di atas MyKad, perlu tunggu sehari paling awal.

Itu di Putrajaya.

Kalau di Jabatan Pendaftaran Negara di cawangan negeri, saya kurang pasti tempoh masa yang diambil.

Proses tukar alamat mengundi di pihak SPR pula perlukan resit rasmi bukti tukar alamat dan perlu dibawa bersama ke kaunter SPR untuk tujuan kemaskini alamat.

Alhamdulillah selesai tidak perlu ambil masa lama. Semakan tkar alamat pusat mengundi baru cuma ambil masa 2 bulan. Sepperti yang diberitahu oleh kerani yang bertugas.

Jadi,

Pilihanraya Umum kali ini, saya dan isteri akan membuang undi dalam parlimen dan DUN yang sama. kahkah. Tidak ada lagi undi rosak dah. Kahkah. Boleh menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara dengan hati yang tenang.

hahaha.

4 Comments

  1. sabree hussin 16/10/2017
  2. titan 15/09/2017
  3. mrhanafi 08/09/2017

Add Comment

CommentLuv badge

Minisite Builder dan Affiliate Platform tanpa yuran bulanan. Dapatkan SEKARANG!!!Di SINI