Segmen Blogger

Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016

Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016
Aku berharap dengan segmen ini dapat menghidupkan semula blog aku yang dalam kategori “Hidup Segan, Mati tak Mau” ni. hehehe. Segmen pertama yang aku ikut dalam tahun 2016 ini. Kebetulan aku berjalan-jalan meninjau blogger otai Hasrul Hassan. Terpandang segmen ini. Jadi tak mahu buang masa, aku cuba ikut apa yang diminta oleh tuan tanah.
Siapa Sobri Mansor?
Aku bukanlah anak kepada Sultan Melaka yang dalam Facebook Pages tu, dan juga bukan juga adik kepada isteri Perdana Menteri kita Datin Sri Rosmah Mansor. Tidak ada sangkut paut langsung dengan mereka ini. hehehe. Sobri Mansor cuma insan biasa yang telah beberapa kali cuba untuk menempatkan diri dalam kalangan blogger tanahair Malaysia ini. Dari blog menggunakan platform Blogspot, bertukar kepada WordPress self hosted dan kini kembali semula kepada platform blogspot. Mungkin kedaifan ilmu serta skill aku yang kurang dalam cuba menguruskan hosting sendiri membuatkan aku kecundang beberapa kali di tengah jalan. 
Target 2016 dengan blog?

Pertama sekali, aku kena tingkatkan trafik masuk ke blog aku ni. Perancangan sedang dibuat. Waktu aku sedang taip entri ini untuk Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016 ini, aku sedang daftar blog ini dengan Google Analytics. Selepas itu, diikuti pula dengan yahoo dan juga Bing. Insyaallah, semoga target aku tercapai tahun ini untuk permulaan menempekkan diri dalam Search Engine.
Kedua, kalau sudah alang-alang ada blog, nak buat sumber pendapatan kedua seperti yang disarankan oleh seorang menteri tu. Nama dirahsiakan. faham-faham sudah. Aku tak mulakan lagi plan sumber pendapatan kedua ini menerusi blog. Tapi kalau anda perasan, ada nampak iklan Google Adsense menari-nari dekat depan kan. Aku tengah buat percubaan pertama tu ye.
Semoga dengan aku ikut Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016 dapat merapatkan silaturrahim sesama kita rakan blogger. Orang tua-tua kata “Berkawan biar satu, Berkasih biar seribu”. Ehhh… Silap!!!!
“Berkawan biar Seribu, Berkasih biar Satu”.

Terima kasih kepada Otai Blogger Hasrul hassan kerana buat satu segmen untuk blogger baru macam aku. Semoga Tuan Tanah terus maju jaya di masa hadapan

28 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge