Baca ini untuk anda tahu kelebihan bekerja di Singapura

Mencari peluang kerja di luar negara ini bukan mudah. Ada syarat.  Terutama peluang kerja di Singapura. Tidak hanya mengahrap dari agensi semata.

Kira luar negara jugalah walaupun di Singapura. Cuma dipisahkan dengan Tambah Johor sahaja. Masih hampir dengan Malaysia. Semakin mendapat permintaan sektor pekerjaan di negara ini. Walaupun hanya bekerja sebagai kerja kilang di singapura.

Mungkin disebabkan sosioekonomi Singapura yang semakin stabil dan mentaliti rakyat yang sentiasa mementingkan kebersihan.

Sewaktu entri ini ditulis, saya cuba untuk lihat perbandingan kadar tukaran matawang antara matawang Singapura (SGD) berbanding Ringgit Malaysia (RM) dan ini yang saya dapat dari hasil carian Google seperti gambar dibawah.

peluang kerja di singapura

Jika dilihat daripada graf di dalam gambar yang saya ambil dari google ini, kita boleh nampak yang matawang singapura (SGD) semakin menguat mengukuh dari tahun ke tahun.

Dan,

Ini menjadikan negara Singapura semakin kukuh dari segi kekuatan ekonomi. Jadi tidak hairan pada waktu ini ramai rakyat Malaysia telah menukar angin memilih Singapura sebagai tempat untuk mencari sumber pendapatan.

Syarat kerja di Singapura. Apa yang anda perlukan hanyalah ikut sahaja prosedur yang diberikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan Imigresen Singapura. Insyaallah selamat.

Pada mereka, biar nilai gaji di Singapura cuma SGD1500 sebulan. Tetapi bila ditukar kepada Ringgit Malaysia sudah mencecah hampir RM4500.

Jadi kali ini, saya cuba huraikan dalam entri ini 5 kelebihan apabila anda cari kerja di Singapura.

Sebagai pendorong bagi anda yang sedang mencari peluang pekerjaan. Saya kongsikan di bawah ini.

  1. Gaji yang tinggi tetapi kos sara hidup rendah – Kalau di Johor Bahru, ramai kalangan rakyat Singapura yang menetap dengan menyewa rumah apartment di sana. Tetapi mereka masih bekerja di Singapura. Sanggup berulang alik dari Johor bahru ke Singapura. Ini adalah disebabkan pada pandangan mereka taraf hidup rakyat di bandar Johor Bahru masih rendah dan mereka masih boleh menampung kos sara hidup. Tarket mereka, perbelanjaan bulanan biar rendah asalkan boleh berulang alik jauh sedikit untuk pergi kerja di Singapura. Jadi, rakyat Malaysia yang memang dari semenanjung ada peluang cerah untuk dapat gaji yang tinggi dengan kos sara hidup yang rendah. Dengan syarat masih menetap di semenanjung (Johor Bahru) dan berulang alik ke Singapura.
  2. Pendapatan meningkat mengikut kadar tukaran matawang Singapura – Seperti yang saya tunjukkan pada gambar di awal entri ini, pendapatan anda bekerja di Singapura adalah 3 kali ganda lebih tinggi berbanding anda bekerja di Malaysia. Gaji seorang tukang cuci di Singapura adalah SGD1000. Bila ditukar kepada RM menjadi RM3000. Itu baru gaji tukang cuci. Jika di bidang perhotelan, mungkin SGD1500. Itu adalah nilai tukaran semasa. Mungkin akan datang, nilai matawang Singapura semakin mengukuh menjadikan nilai gaji anda lebih tinggi berbanding sekarang.
  3. Mudah untuk berulang alik dari Malaysia ke Singapura – Adik ipar saya dahulu memang ada pengalaman bekerja di Singapura dalam bidang perhotelan. Setiap hari berulang alik dari Johor Bahru ke Singapura setiap hari. Waktu kerja pula ikut Shif. Jadi tidak menjadi masalah. Cuma ambil masa sedikit sewaktu pergi kerja dan balik kerana perlu melepasi pemeriksaan imigresen. Tidak menjadi masalah kerana itu adalah rutin harian. Janji gaji masyukkk. Dia sanggup berulang dari Johor Bahru. Alasannya hidup di Singapura membosankan. hehe
  4. Sah dan kurang risiko – Bekerja di Singapura perlu melalui saluran yang sah. Anda dapat peluang kerja di Singapura dengan kelulusan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry Of Manpower (Singapura). Anda Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan. Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja. Jika anda membuat laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana, dari sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak bekerja.

Rasanya bagi anda yang baru sahaja menamatkan pengajian dari universiti tempatan, mahir berbahasa Inggeris dan memiliki kemahiran, boleh cuba mencari peluang kerja di Singapura.

Memandangkan kos sara hidup di Malaysia yang semakin meningkat, anda boleh berubah angin dengan mencari peluang bekerja di luar negara.

Buat yang sudah memiliki kerjaya di Malaysia, mungkin boleh mencari pendapatan sampingan bekerja part time yang sesuai.

Mana nak dapatkan tips paling berharga cara untuk mencari peluang kerja di Singapura? 

Anda boleh pergi ke link yang saya berikan di bawah untuk dapatkan info lanjut.

Mungkin akan membantu anda buka peluang untuk dapatkan peluang yang lumayan bekerja di seberang tambak Johor.

Dibawah ini saya berikan pautan.

Maklumat penuh peluang kerja di Singapura

7 Comments

  1. Khairul Zamri 13/08/2017
  2. Belang Tarung 01/08/2017
  3. Syakilla 23/07/2017
  4. raihanah 20/07/2017
    • Sobri Mansor 21/07/2017
  5. mrhanafi 15/07/2017
  6. Hadi 15/07/2017

Add Comment

CommentLuv badge

Minisite Builder dan Affiliate Platform tanpa yuran bulanan. Dapatkan SEKARANG!!!Di SINI