Kerja tangan

Projek DIY memasang Wallpaper

Salam sejahtera,

Baru setahun duduk di kawasan perumahan baru, dah mula nampak dinding merekah. Bila sekali pandang, mata aku ni kira ok lagi la. Tapi bila dua kali pandang, sakit pula mata dan hati ni melihat garisan rekahan tu. Jadi menteri kewangan aku ambil keputusan untuk tampal dinding yang merekah dengan wallpaper. Aku dah terbayang yang kontraktor memasang wallpaper itu adalah aku sendiri. hehehe

Tentu korang tertanya-tanya, “orang banyak duit je yang pakai wallpaper ni”. Sebenarnya tak. Sebab sekarang ni, nak beli wallpaper mudah je. Memang murah. Cuma pilih je nak gred ape. Aku beli dan dapatkan wallpaper ni di GM Klang. Kebetulan tengah promosi. 3 roll RM100. Itu gred B. Kalau nak gred A pun boleh.

Nak jalankan projek DIY memasang wallpaper ni tak senang dan tak mudah. Sebab nak tampal sama paras dengan dinding. Kalau tidak nanti, akan nampak senget kekiri atau kekanan bila pandang dari jauh. Jadi aku guna cara alternatif dan tradisional je. Ukur dengan menggunakan alat penimbang air.

Disebabkan corak wallpaper yang aku pasang dan tampal di dinsing bercorak batu , senang nak ukur menggunakan alat penimbang air. Kena ada sifat kesabaran sikit bila menampal. Takut nanti tidak sebaris dengan dinding. Hati kena kental sikit. hahaha

Golongan marhaen seperti aku yang duit tak berapa nak ada ni, buat sendiri je projek DIY memasang wallpaper ni. Semua tanggung sendiri. Itupun aku curi masa bercuti sakit ni. Dah siap pasang, menteri kewangan bagi komen, ” Oklah bang. Ayang puas hati”. hahhhhh!!!!! Nampak tu… Dia beli jiwa beb. Kompom aku bagi upah

hah hah hah…

Ok. Sambung memesin rumput plak dekat luar.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge