Tips menjadi Photographer perkahwinan

Photographer kahwin

Menjadi seorang Photographer majlis kahwin bukan mudah.

Photographer adalah orang no 3 paling sibuk setelah tuan rumah dan juruhebah majlis perkahwinan.

Mereka ini kena sentiasa peka dengan aktiviti majlis. 

Jadi, dibawah ini saya sediakan beberapa tips untuk photographer kahwin supaya pekerjaan anda ini akan jadi lebih lancar tanpa gangguan dari orang lain.

Saya bukan seorang photographer, tetapi atas pengalaman menguruskan perkahwinan ipar duai, saya sudah masak dengan kerenah majlis perkahwinan.

Jom saya kongsikan dalam entri ini.

Juga sebagai panduan untuk anda yang bergelar tuan rumah yang mahu mengadakan majlis kenduri kahwin nanti.

Tips 1: Anda wajib kenal keluarga pengantin.

Macam biasa, bila nak ambil gambar ni terutama gambar pengantin perempuan, kena minta izin dari pihak keluarga terlebih dahulu (sebelum ijab kabul la).

Jumpa ayah atau ibu dan perkenalkan diri yang anda adalah seorang photographer kahwin yang diberi tugas untuk sesi fotoshoot anak mereka. 

Kadang-kadang sesetengah ibubapa akan rasa kurang senang jika photographer tidak bersua muka dengan keluarga mempelai.

Tambahan pulak orang melayu.

Paling pantang kalau masuk dalam rumah tidak beri salam.

Serupa juga dengan keadaan ini. Jumpa dan perkenalkan diri.

Sembang 2 ke 3 kerat ayat berseloroh dengan ayah dan ibu pengantin, insyaallah mereka selesa dengan anda nanti.

Kemungkinan, mereka juga nanti yang akan bagi posing mengalahkan DIVA bila sesi bergambar bersama keluarga selepas majlis bersanding.

Hehehe

Tips 2: Ketahui Aturcara Majlis.

Sebaiknya, minta contoh kad kahwin dari pengantin dan fokus kepada aturcara majlis yang tertera.

Kemudian buat sesi temuramah dengan mempelai akan sesi fotoshoot yang mereka inginkan.

Buat catitan serta nota untuk anda. Jadi anda sebagai photographer boleh merancang perjalanan, peralatan yang akan anda guna serta bajet kerja anda.

Nak lagi lebih mendalam, sebelum sesi photoshoot, anda buat sedikit kajian tentang mempelai, keluarga serta suadara mara.

Contohnya: Ayah mempelai garang, abang mempelai seorang yang cerewet, adik mempelai ni nakal dan suka mengusik.

Ini adalah sebagai reference anda nanti. Bila anda dah buat perkara ini, anda dah boleh tackle mereka masalah ini.

Kualiti gambar anda pun nanti akan memuaskan hati semua pihak.

Tidak ada complaint remeh yang buatkan anda rimas dan bosan.

Tips 3: Buat persediaan peralatan fotografi anda.

Ini paling penting.

Tanpa lensa dan juga kamera, sesi fotografi perkahwinan akan jadi pincang.

Sebolehnya, buat persediaan awal.

Kemas dan bersihkan kamera serta lensa yang bakal anda gunakan nanti.

Tengok semula aturcara majlis serta sesi fotoshoot yang diinginkan oleh pengantin.

Jika ada sesi fotoshoot outdoor, sediakan awal-awal. Jika anda sebagai photographer perseorangan, anda kena buat checklist.

Senang untuk anda nanti. Takut nanti, ada barang anda yang tertinggal selepas selesai fotoshoot.

Tips 4: Jaga kesihatan

Menjadi seorang photographer ini terikat dengan jadual kerja yang ketat.

Habis satu event kena sambung event lain pulak.

Kadang mungkin sampai anda tiada masa dengan diri anda sendiri.

Kalau dah berkeluarga, kurang masa bersama isteri dan anak-anak. Juga kurang masa dengan tahap kesihatan badan anda.

Manakan tidak, makan pun tak sempat.

Sebab terikat dengan jadual orang. Kadang-kadang waktu makan anda orang tak peduli. 

Janji gambar kena ambil. Kadang-kadang, anda tengah sedap makan, tiba-tiba pengantin panggil pula nak ambil gambar dalam bilik.

Mungkin perkara-perkara macam ni buat anda akan rasa pening.

Tenaga kurang sebab makan tidak teratur.

Akibatnya, badan tak sihat. Jadi jaga kesihatan.

Banyakkan minum air masak jika buat sesi fotoshoot di bawah terik matahari.

Elakkan dari mengambil gambar di waktu Maghrib. Ini pantang orang tua-tua.

Tips 5: Berikan servis terbaik kepada mempelai sebagai seorang photographer kahwin yang profesional

Rahsia menjadi seorang jurugambar adalah sentiasa faham akan kehendak pelanggan (pengantin).

Harga pakej fotografi kahwin yang anda tawarkan mesti nampak berbaloi di mata mereka.

Gambar itu pulak, menggunakan sentuhan yang lain dari yang lain. Bukan sekadar ambil gambar asal boleh sahaja.

Editing gambar dan proses Touch Up itu penting.

Ikut kreativiti anda sebagai seorang photograper yang profesional walaupun sebenarnya baru berkecimpung dalam industri ini baru sebulan.

Harapnya tips ini membantu meningkatkan lagi kualiti kerja sebagai seorang yang bergelar photographer kahwin yang berjaya.

Boleh buat pembacaan lanjut untuk lihat cara menetapkan pakej fotografi perkahwinan yang ditawarkan. Link seperti dibawah.

Pakej fotografi perkahwinan yang sesuai untuk bajet pengantin

Jika anda yang sudah berkecimpung dengan dunia fotografi ini dan mahu menambah ilmu dalam bidang bisnes fotografi, saya sarankan anda untuk dapatkan maklumat lengkap tentang bisnes fotografi melalui link dibawah.

Buat bisnes dengan fotografi

Selamat mencuba

One Response

  1. olaoli 21/05/2018

Add Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.