Penunggu Malam Pohon Kekabu

Aku seperti biasa…

Apabila pulang dari mengaji Al-Quran di masjid bersama Nuar, kawan karibku, kami mesti pulang berjalan kaki pulang ke rumah. Memang menjadi rutin harian. Selepas Solat Maghrib, kami mengaji Muqaddam di masjid. Arwah bapaku yang menjadi guru mengaji.

Selepas habis giliran mengaji, kami disuruh pulang berjalan kaki. Sebab ayahku mahu menunaikan solat Isyak berjemaah. Kami disuruh pulang awal bersolat dirumah. Sebab nak ulangkaji pelajaran dan siapkan kerja sekolah.

Entah kenapa, waktu kami berjalan dan bersembang berdua pulang ke rumah, hati aku rasa semacam. Tak berapa tenteram. Bulu roma kejap seram sejuk. Aku cuba bertanya dengan Nuar adakah dia mengalami perkara yang sama. Sikit pun Nuar tidak merasai apa yang aku rasa. Aku cuba tenteramkan hati dengan membaca ayat Kursi. Moga boleh kurangkan gemuruh di hati. Tapi makin aku baca, makin kerap rasa seram sejuk.

Jalan pulang kerumah aku dan Nuar memang wajib melalui sebatang pokok kekabu besar berhampiran dengan kuil Hindu. Aku dan Nuar memang biasa melalui pokok tersebut. Kadan-kadang kami sempat berseloroh apabila melalui pokok kekabu tersebut kononnya ada langsuir bertenggek didahan pokok.

Entah kenapa, malam tu, hati aku memamg tak tenteram. Nuar pulak memang tidak bercakap sepatah pun apabila kami semakin hampir dengan pokok kekabu. Aku cuba cuit tangan Nuar tapi tidak ada respon. Aku rasa pelik. Nuar seperti tidak peduli dengan tindakan aku. Berkali-kali aku cuit Nuar tapi senyap.

Langahku dan Nuar tiba-tiba terhenti. Seolah-olah seperti disekat oleh sesuatu. Kami nak bersuara pun tak mampu. Aku cuba suluh Nuar menggunakan lampu suluh ditangan. Nuar seperti terpaku. Kedua-dua mata Nuar memandanga keatas seolah-olah tidak sedar. Aku tak mampu nak melangkah seperti dibelenggu dengan tali yang amat kuat.

Dalam pada aku berusaha untuk cuba melepaskan diri, tiba-tiba entah dari mana datang angin kuat menerpa ke arah muka aku. Disusuli dengan bau seperti bau bangkai. Teramat busuk. Bau tersebut seolah-oleh hampir dengan aku dan Nuar. Aku cuba sekali lagi suluh lampu ke arah Nuar. Nak lihat keadaannya.

Alangkah terkejutnya aku. Pertama kali aku melihat dengan mata aku sendiri. Jelmaan yang aku tak dapat nak gambarkan. Bertubuh besar, badan berbulu dengan mata merah menyala sedang berdiri dibelakang Nuar sedang pegang leher Nuar.Aku tak boleh nak bersuara seolah disekat. Nuar seperti tidak sedarkan diri. Aku cuba berselawat dan membaca ayat Kursi berulang kali moga-moga aku dan Nuar tidak diapa-apakan oleh jelmaan tersebut.

Aku tidak pasti berapa lama aku dalam keadaan sebegitu. Nuar sudah tidak sedarkan diri. Jelmaan tersebut makin lama makin membelenggu Nuar. Tidak lama lepas itu, terdengar suara garau menjerit dan terus hilang. Dalam pada itu, aku dan Nuar tiba-tiba boleh bersuara kembali. Nuar nampak tidak bermaya. Aku terpaksa usaha menjerit meminta tolong dari dalam semak. Rupanya, kami berdua cuba disorokkan oleh jelmaan tersebut. Nasib baik jeritan aku didengari oleh sami kuil berhampiran. Sami tersebut bersusah payah menolong untuk papah Nuar keluar dari semak.

Sami kuil itu cuba untuk sedarkan Nuar dengan caranya sendiri. Alhamdulillah, Nuar sedar kembali tapi seperti terpinga-pinga. Tak tau apa yang berlaku. Muka Nuar pucat lesi. Sami kuil tu cuba panggil abang Nuar dirumah. Tak sampai 10 minit, abang Nuar sampai dengan penuh risau. Aku cuba ceritakan perkara yang berlaku.

Sami kuil itu nampak seperti faham dengan cerita aku. Abang Nuar seolah-olah faham dengan apa yang aku sampaikan. Dia cuba papah Nuar untuk dibawa pulang kerumah. Dalam masa yang sama aku diminta untuk mengikuti dari belakang. Dalam waktu aku berjalan dibelakang Nuar, abang Nuar ada berpesan agar selepas ini jangan sesekali melalui dihadapan pokok kekabu pada waktu Maghrib. Kalau boleh, biar berjalan bertiga atau selepas selesai solat Isyak.

Aku tak sempat nak fikirkan apa yang abang Nuar sembangkan. Badan aku tiba-tiba lemah bila sampai depan pintu rumah. Aku terus masuk kedalam bilik. Capai tuala, basuh muka dan mengambil air sembahyang. Selesai solat Isyak, aku terus tidur. Keesokan hari, aku terus demam. Tak pergi sekolah. Aku cuba ceritakan kepada arwah bapaku. Bapaku diam sahaja. Mungkin dia pun pernah mengalami perkara yang saya.

VOLKSWAGEN KUNING



Suatu ketika dulu, cerita kereta Volkwagen berhantu pernah menjadi buah mulut dikalangan pengguna lebuhraya Karak. Bermacam-macam bersi cerita yang disampaikan. Sampai ada versi cerita, suami mati depan isteri yang sarat mengandung disebabkan rakusnya penunggu kereta berhantu tersebut yang gilakan darah. Sampaikan cerita itu menjadi igauan pemandu lori yang tidak sanggup untuk meneruskan perjalanan diwaktu malam. Sanggup berhenti rehat di R&R sehingga subuh.
Cerita Volkwagen Kuning yang menjadi viral dari mulut ke mulut suatu ketika dulu telah diadaptasikan dalam sebuah filem. Bakal ditayangkan nanti.
Berbeza dengan cerita Penunggu Pohon Kekabu yang aku alami sendiri dengan Nuar. Adakah aku pernah melanggar pantang larang atau kebetulan penunggu tersebut memang sedang marah akibat dikacau oleh sesuatu, aku dan Nuar yang menjadi mangsa keadaan.

Kisah Volkswagen Kuning ni boleh kita tonton pada 22 September 2016 di seluruh pawagam seluruh Malaysia. Kalau nak uji tahap ketakutan anda, apakata hadir sendiri ke pawagam nanti dan alamilah rasa takut paling mencanak di atas kerusi empuk pawagam. Dari anda duduk tegak berdiri sambil mengunyah pop corn, akan berubah kedudukan kepada duduk di bawah kerusi dengan kotak popcorn dikoyakkan untuk menutup mata anda.

MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan
untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa
mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula
berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!
Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah,
datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari
kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya. 
Mungkin disebabkan Fuad cuba memotong Volkswagen Kuning tersebut yang semakin bergerak perlahan membuatkan mereka diikuti sesuatu sehingga mengganggu kehidupan mereka
Ini baru Muqaddimah sahaja. Kena tengok live depan skrin besar. Baru orang kata hati kering.
Nah, saya payung pulak trailer Volkswagen Kuning ni pulak….

Tahniah kepada pengarah berbakat Shadam Kassim dan MIG Pictures Sdn. Bhd kerana cuba mengetengahkan elemen seram untuk filem ini.

Saya kalau tengok cerita seram macam ni, jangan kata duduk bawah kerusi dengan kotak popcorn dikoyakkan untuk tutup mata, masuk dalam panggung pun belum tentu lagi. hahaha

Contest ini merupakan anjuran Bro Framestone dengan kerjasama pihak MIG Pictures Sdn. Bhd.
Selaku penerbit Filem Volkswagen Kuning.

Boleh rujuk ke pautan dibawah untuk turut serta:

http://www.broframestone.com/2016/09/bloggers-contest- filem-volkswagen- kuning/

Add Comment

CommentLuv badge

Minisite Builder dan Affiliate Platform tanpa yuran bulanan. Dapatkan SEKARANG!!!Di SINI