Penulisan patuh Syariah dalam blogging dan media sosial

Assalam….

Penulisan patuh syariah dalam blogging dan media sosial

Sempat menulis pagi ni. Tak pagi sangat pun. Matahari dah nak hampir tepacak kat atas kepala dah. Macam biasa la, sebelum pukul 12.00pm, masih lagi dikategorikan pagi lagi ye dak…

Banyak cerita pagi ni yang saya baca di media sosial untuk hari ni je sehingga jam 11.00 pagi. Maknyah, Pindaan Akta 355, video pelajar sekolah bergaduh. Huhhhh…. macam-macam lagi. Boleh kata, pagi ini sahaja, benda-benda yang negatif dah masuk dalam minda otak saya. Nauzubillah hi min zaalik.

Sekarang ni, zaman serba serbi smart. Smartphone, smartblog, smartweb semua kena ambil tahu dan ambil kisah. Sebab semua maklumat bo dapat hanya dihujung hari. So, semua kena smart.

Tapi,

Kalau hati dan batin kita kena lebih 5x ganda supersmart sebab nak tampung dan elak dari benda-benda negatif dari rapat dan dekat dengan diri kita. Saya faham, media sosial sekarang ni adalah medan untuk sesuatu maklumat itu tersebar luas lebih cepat dari kelajuan Bas Mini Batu 3 Shah Alam suatu ketika dulu.

Nak menyampaikan maklumat biarlah tepat dan sahih. Tujuan untuk menjadi pedoman dan panduan bersama. Kita tak mahu maklumat yang sampi tu nanti berubah menjadi fitnah. Dosa kering je dapat pada si penyebar utama. Sebab itu istilah patuh syariah ni bukan sahaja perlu diguna pakai untuk urusan pelaburan dan jual beli serta perniagaan sahaja. Turut perlu diterapkan dalam aktiviti sosial media.

Patuh Syariah dalam blogging dan media sosial dari segi penceritaan sesuatu maklumat tu mungkin akan mengurangkan gejala fitnah di media sosial secara berleluasa. Pada saya istilah Patuh Syariah dalam blogging dan media sosial ni amat perlu pendekatannya dalam media sosial. Mungkin mampu membendung gejala penyebaran maklumat palsu dari terus merebak seperti virus yang tidak mampu dikawal. Sedar-sedar je, orang dah tau cerita buruk dahulu sedangkan perkara sebaliknya yang berlaku.

Saya seboleh-bolehnya cuba untuk terapkan konsep patuh syariah ni dalam medium blog ni. Penulisan secara online yang boleh ranking di enjin carian ni amat tinggi impak. Mana tahu, penulisan yang buruk-buruk boleh duduk di enjin carian google atau bing bertahan bertahun-tahun dan mampu buat seseorang itu terjejas maruah, huhh dosa saya bertimpa-timpa macam melabur saham ASB. Minta dijauhkan la ya Allah….

Semoga penulisan saya dalam entri ini memberi bimbingan dan kesedaran agar kita lebih berhati-hati dalam bersosial di alam maya.

Kita sendiri yang tulis, update dan publish di media sosial. Memang orang lain tak nampak. Kita boleh kata akaun media sosial kita kena hack dan sebagainya. Tapi ingat, Malaikat yang memerhatikan kita di kiri kanan tubuh kita catat setiap amalan yang kita buat. Allah SWT tahu dari hati kita sampai la ke batang tubuh kita.

 

One Response

  1. Mahamahu 20/09/2016

Add Comment

CommentLuv badge

Minisite Builder dan Affiliate Platform tanpa yuran bulanan. Dapatkan SEKARANG!!!Di SINI