Pengalaman membuat pemeriksaan kenderaan di Puspakom Bangi

Buat pemeriksaan kenderaan di Puspakom Bangi. Alhamdulillah, proses untuk mengubah cinta hati saya yang nombor 2 sudah hampir selesai.

Semalam hampir separuh hari beratur menunggu giliran untuk buat pemeriksaan kereta Proton Wira saya.

Sebabnya….

Cukai jalan tamat tempoh lebih dari setahun

Jadi….

Saya kena bawa Proton Wira saya mara mengadap ke Puspakom Bangi.

Kalau ikutkan perancangan, nak tempah Puspakom Mobile Team datang ke rumah je.

Memandangkan kekosongan temujanji hanya pada 28hb Jun 2016, maka terpaksa bawa juga ke cawangan Puspakom berdekatan

Ini adalah pengalaman pertama saya buat inspection di Puspakom Bangi.

Jadi macam orang hulu terkial-kial bertanya proses inspection.

Sebelum ini, saya banyak rujuk dengan bengkel kereta tentang proses inspection tersebut. Di samping itu, buat sedikit pembacaan di internet.

Bukan apa, sebab nak tau berapa jumlah yang perlu dibayar setelah pemeriksaan selesai.

puspakom bangi

Berurusan dengan Puspakom ni sebenarnya mudah.

Cuma yang penatnya, anda kena menunggu lama untuk dapatkan kelulusan dari mereka.

Sebelum masuk ke tempat pemeriksaan, anda kena pastikan bahawa kenderaan anda memang dalam keadaan baik. Maksud kenderaan dalam keadaan baik adalah:

  1. Kenderaan anda bukan kenderaan curi
  2. Tidak melakukan pengubahsuaian melampau
  3. Filem penapis haba mematuhi piawaian dari pihak JPJ
  4. Kenderaan anda bukan kenderaan potong. Orang kedah panggil kereta piang

Kalau keempat-empat kategori diatas anda rasakan mampu, anda dijamin selamat.

Saya terpaksa beratur untuk kali kedua gara-gara filem penapis haba (tinted) untuk cermin besar di hadapan adalah melebihi 70% walhal piawaian dari JPJ meluluskan cuma 45%.

Solusinya adalah,

saya terpaksa koyak tinted kereta yang dihadapan dan beratur semula untuk pemeriksaan kali kedua. Baru lulus dengan cemerlang. Dapat gred A+ gitu. Kahkah

Sambil saya update entri ini untuk tatapan ramai, saya kongsikan juga tips agar kenderaan anda lulus pemeriksaan dari PUSPAKOM

Jangan pandang remeh. Takut nanti anda rugi sebab terpaksa beratur berkali-kali untuk lulus pemeriksaan.

Tips mudah lulus pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM:

  • Sediakan dokumen lengkap seperti geran kereta asal dan salinan kad pengenalan pemilik. Jika pemilik tidak boleh hadir atas sebab tertentu, boleh wakilkan suami, isteri, anak, kawan atau sebagainya. PUSPAKOM akan berikan saru borang khas untuk diisi oleh wakil pemilik.
  • Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik serta sempurna. Lampu hadapan, lampu brek, lampu isyarat, sistem brek, nombor chasis. Pemeriksa akan lihat dan bandingkan no chasis yang terdapat pada kenderaan anda dan juga yang tercatat pada geran kereta.
  • Pastikan filem penapis haba untuk keempat-empat pintu tidak melebihi 50%. Cermin besar hadapan mesti kurang dari 45%. Ini salah satu sebab kenapa saya terpaksa beratur menunggu buat kali kedua untuk pemeriksaan disebabkan gagal pada kali pertama.

Jika anda tidak berani menangung risiko untuk bawa kenderaan di PUSPAKOM berdekatan, jangan risau.

Anda boleh hubungi talian bebas tol PUSPAKOM di 1800-222-210 untuk tempah mobile team datang ke rumah buat inspection. Perkhidmatan ini bukan percuma.

Dikenakan bayaran.

Cuma mahal sedikit berbanding anda walk-in.

puspakom inspection

Saya cuba untuk tempah perkhidmatan mobile team ni.

Memandangkan temujanji tersebut dah penuh, saya tawakkal sahaja bawa kereta ke PUSPAKOM Bangi. hehehe. Hati kering sikit bulan puasa ni.

Kena doa yang baik-baik supaya tidak kena tahan dengan JPJ atau Pak Polisi.

Sekarang ni, saya punya marka sudah boleh bebas berjalan ke mana-mana. hehehe.

Tanpa rasa malu. Banyak duit modal untuk repair habis.

Biasa la.

Kereta dah 11 tahun pakai. Sekali meragam, macam ni lah.

6 Comments

  1. Unknown 11/01/2017
  2. Mohamad Fathi 10/01/2017
  3. nurulaidil 16/11/2016
  4. has hasmi 30/09/2016
  5. As 04/09/2016
  6. pendekar berapi 03/08/2016

Add Comment

CommentLuv badge

Minisite Builder dan Affiliate Platform tanpa yuran bulanan. Dapatkan SEKARANG!!!Di SINI