Panduan Servis kereta untuk kaum wanita bekerjaya

Aku tahu….
Orang perempuan memang tak suka pening kepala dalam bab-bab penjagaan kereta. Kalau boleh, diorang ni tau memandu je. Hal-hal servis, tukar tayar, tukar minyak hitam, servis hawa dingin, tak mau ambil tahu. Biar teman lelaki, husband atau kekasih gelap yang uruskan. 
Aku tahu,
Orang lelaki ni pun kadang-kadang mengalahkan perempuan jugak. Lebih teruk dari itu pun aku pernah jumpa. Pakai kemas mengalahkan Zul Ariffin tapi nak pam tayar kereta pun terkial-kial. Nasib baik takde awek cun yang datang menolong. Kalau tidak, jatuh martabat kehenseman. 
Nak jaga kereta kesayangan ni tak semudah yang kita jangka. Janji ada duit yang cukup untuk tampung kos selenggara. 
Alah…
Macam awek atau kekasih gelap atau isteri kesayangan korang tu la. Kalau nak cantik kena beli lipstik, bedak nyonya, minyak wangi, kasut tumit tinggi, lagi dan lagi dan lagi. Banyak kan….
Serupa juga dengan kereta kesayangan. Mana nak jaga minyak hitam, minyak power stereng, penghawa dingin, minyak brek, tayar. Itu semua kena ambil tahu. Terutama orang perempuan. Sebab orang perempuan memang menggelabah kalau kereta rosak dekat tepi jalan. Tangan terketar-ketar cuba dail nombor telefon orang tersayang. Kena pulak kereta rosak dekat Air keroh Melaka, suami atau pakwe melepak bersilang kaki depan tv dekat rumah di Shah Alam. 
Menggelupur Abang sado tu capai kunci moto Honda EX-5 bawak laju-laju ala-ala superman pergi nak beri pertolongan cemas. Sampai dekat tepi kereta, sama-sama garu kepala. Cuit sana cuit sini, kereta tak hidup jugak. Abang sado jugak yang tolong telefon kereta towing. Adik manis duduk dalam kereta sambil main COC Town Hall Level 10.
Bukan senang sebenarnya nak jaga kereta ni. 
dan, 
Tak susah kalau kita ada ilmu dan info serba sedikit pasal penjagaan kereta. Apa yang pasti ilmu itu kena cari.
Nak tanya dengan mekanik kereta? 
Memang dia takkan cerita panjang lebar la jawabnya. Takut nanti gulung tikar.
Nak belajar selok belok penjagaan kereta dengan cara mudah?
Boleh cuba baca apa yang saudara Nigel Ong ni kongsikan disini
Panduan Servis kereta untuk kaum wanita bekerjaya
Dia bocorkan 50 rahsia penjagaan kereta yang semua mekanik kereta tak nak kita tahu. 
Aku dah baca. Memang banyak rahsia yang mamat ni bocorkan dan aku baru dapat ilham lepas khatam semua tips yang beliau kongsikan. Pada aku, bukan takat orang perempuan cantik ayu, intan payung buah hati je yang patut baca, abang-abang hensem, abang sado, lelaki kacak, bapak mithali macam aku pun patut dapatkan tips ini dari mamat poyo ni.
Poyo tak poyo sangat la kan. Dia dah kongsikan ilmu pada kita, kena ucapkan terima kasih la banyak-banyak pada mamat ni. Bukan senang nak bagi info yang mampu selamatkan duit poket kita bila tengah sesak kereta rosak kan….
Intan payung pengarang jantung aku pun dah khatam baca. Dia pun baru sedar. Tadi petang, baru pertama kali aku tengok dia bukak bonet kereta dan periksa minyak hitam dan air radiator. Siap lapor pada aku balik….
Nampak kan keberkesanan ilmu yang aku dapat ni.
So, nak jadi macam biniku gengster….
hahaha…
Pergi terjah web mamat nama Nigel Ong tu. Pasti berbaloi. 
Ok… 

Bapak pesan: Zaman sekarang semua kena bajet. hangphone takde depan mata sekarang ni, boleh jammed kepala otak dibuatnya. Tapi kalau kereta takde atau rosak, macam mana nak keluar cari rezeki untuk anak-anak dan isteri. 

20 Comments

  1. Hanafi Abdullah 12/04/2016
  2. Jueliza Jamani 02/03/2016
  3. Anil Wanina 11/02/2016
  4. Sobri Mansor 29/01/2016
  5. Sobri Mansor 29/01/2016
  6. Sobri Mansor 29/01/2016
  7. Sobri Mansor 29/01/2016
  8. Sobri Mansor 29/01/2016
  9. Hero Borneo 29/01/2016
  10. Sobri Mansor 28/01/2016
  11. zik 28/01/2016
  12. anah 28/01/2016
  13. Raihanah Ahmad 28/01/2016
  14. aRz MoHa 28/01/2016
  15. Sobri Mansor 27/01/2016
  16. Hisham Mohamad 26/01/2016
  17. Sobri Mansor 25/01/2016
  18. Hanafi Abdullah 25/01/2016

Add Comment

CommentLuv badge

Minisite Builder dan Affiliate Platform tanpa yuran bulanan. Dapatkan SEKARANG!!!Di SINI