Famili time

Masak Kuah laksa cara Sobri Mansor

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..
Hari ini atas permintaan anak-anak dan permintaan tekak aku sendiri, aku berjaya masak kuah laksa cara Sobri Mansor. Sebenarnya tak susah nak sediakan kuah laksa yang sedap lagi menyelerakan.Aku cuma ikut petua dari arwah emak aku dicampur dengan petua kakak aku yang lain. Jadi sebagai permulaan, aku cuba kongsikan bahan-bahan yang aku gunakan untuk masak kuah laksa cara blogger picisan. Moga memberi manfaat kepada semua.
Bahan-bahan:
1. 1kg ikan kembung (ikut pada korang suka jenis ikan)
2. Segenggam ikan bilis
3. 3 kuntum bunga kantan
4. 5 sudu cili boh
5. Seulas bawang besar
6. Daun kesom dibuang tangkai
7. Asam keping
8. Belacan (secubit)
9. Garam secukup rasa
10. Laksa kering atau basah
Bahan untuk hidangan (dihiris)
1. Daun salad
2. Timun
3. limau nipis
4. Bawang
5. cili
Cara penyediaan:
1. Rebus ikan bersama asam keping. tidak perlu campur garam. Setelah direbus, asingkan iisi ikan dari tulangnya. Tulang ikan jangan dibuang. Blender tulang ikan tersebut dan perah dalam periuk rebusan ikan tadi. Perlu blender tulang ikan berkali-kali sehingga tinggal tulang ikan sahaja apabila diperah. Kemudian, blender isi ikan, jangan terlalu hancur. Masukkan dallam air rebusan ikan.
2. Masukkan cili boh. Dalam masa yang sama, blender seulas bawang besar bersama ikan bilis. Tujuan adalah untuk tambah rasa manis ikan. ( Ini petua arwah emk aku) Tak buat takpe. hehehe. Dah blender, masukkan dalam air rebusan ikan
3. Masukkan daun kesum, bunga kantan (dibelah 3 atau 4) serta belacan. Kemudian panaskan sehingga mendidih. Tambahkan asam leping jika kurang rasa masam. Setelah mendidih, masukkan garam secukup rasa.
4. Daun salad, timun, bawang, cili merah dipotong kecil sebagai bahan iringan.
5 Masukkan laksa serta bahan iringan kedalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa. Jamah sampai licin. hihihi
Begitulah cara masak kuah laksa cara Sobri Mansor. Ilmu memasak kuah laksa ini memang aku dapat dari warisan turun temurun. Made from Bagan Datoh, Perak. Semoga bermanfaat untuk korang yang dikategorikan sebagai hantu laksa macam aku….
hehehe
ok. Selamat mencuba

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge