Komisen Pertama Daftar Pemandu UBER

Assalamualaikum dan salam sejahtera….
Syukur tak terhingga. Rezeki saya di awal tahun 2017 ini. Walaupun tidak sehebat rakan-rakan partner Uber Malaysia yang lain sering mengambil peluang mencari pendapatan sampingan sambil memandu, saya dapat cedok sedikit ilmu dari mereka. Ini adalah yang pertama untuk tahun ini. Tahun yang lepas saya lebih fokus kepada ambil tambang dari penumpang sahaja. Orang kata, SERAMPANG DUA MATA. Sambil memandu UBER, sambil cari rakan untuk sama-sama jadi pemandu UBER di Malaysia jugak.

Saya masih ingat, permulaan UBER nak tarik lebih ramai pemandu, mereka tawarkan jumlah trip yang kecil untuk dapatkan REWARD berupa komisyen. Seingat saya dalam RM300 untuk 15 trip yang dapat diselesaikan oleh pemandu UBER baru. Waktu itu, senyum lebar semua pemandu UBER. Sambil memandu dan mengambil penumpang, sembang-sembang repo tanya khabar, tiba-tiba penumpang berminat untuk jadi pemandu jugak. Terus masuk jarum daftar dibawah referral pemandu tersebut.
Bakal pemandu UBER buat pendaftaran. Isi borang online dan muatnaik segala borang yang perlu. Kad pengenalan, Covernote Insuran dan Lesen memandu semua sudah muatnaik. Esok hari UBER balas email mengatakan akaun driver sudah aktif. Boleh memandu sekarang.
bersusah payah newbie UBER driver baru contact semula driver yang bawa masuk sebelum ini. Telefon tidak diangkat. Bunyi seperti krik…. krik…. krik….. Macam menyesal pulak sebab daftar bawah referral dia. Tiada sebarang tunjuk ajar. Penyudahnya, pemandu UBER newbie baru pun kelaut. Tak tahu macam mana nak mula. Ambil tambang pun hentam kromo. Tak prepare duit tukar siap-siap.
Ini yang memburukkan lagi imej pemandu UBER. Sebenarnya bukan mudah untuk latih dan tunjuk ajar pemandu baru. Tambah pulak secara jarak jauh. Ini yang saya cuba buat untuk beliau tahu cara-cara yang betul sewaktu memandu UBER. Kebanyakan tips yang saya kongsikan adalah melalui Whatsapp. Saya cerita dari A sampai Z ilmu yang saya ada. Tiada selindung-selindung.
Alhamdulillah, setakat hari ini, mereka yang telah mendaftar sebagai pemandu UBER di bawah referral saya, saya bantu sampai mereka yakin untuk memandu. Segala pertanyaan dari mereka semua saya jawab melalui Whatsapp walaupun saya lambat balas semula pertanyaan mereka. Saya pesan awal-awal. pada mereka.
Anda nak buat duit dengan memandu sebagai pemandu UBER?
Boleh register melalui URL di bawah. Insyaallah, saya akan bantu anda sampai pandai.

Saya Nak Jadi PEMANDU UBER 

10 Comments

  1. Sobri Mansor 12/02/2017
  2. Sobri Mansor 12/02/2017
  3. reezluv 12/02/2017
  4. dedauncomel.com 25/01/2017
  5. Sobri Mansor 22/01/2017
  6. Norizam Kadir 22/01/2017
  7. Sobri Mansor 20/01/2017
  8. Cik Itah 20/01/2017
  9. Sobri Mansor 19/01/2017
  10. Noriza Abdul Rahman 19/01/2017

Leave a Reply to reezluv Cancel reply

CommentLuv badge

Minisite Builder dan Affiliate Platform tanpa yuran bulanan. Dapatkan SEKARANG!!!Di SINI