Kerja Singapura Terkini

Buat pengetahuan, minggu lepas ada dapat email dari paltform affiliate KlikJer beritahu yang saya ada dapat jualan dari satu ebook.

Tentang Kerja Singapura Terkini.

Saya tidak fokus kepada affiliate jualan ebook lain. Hanya fokus kepada ebook Kerja Singapura di sini sahaja.

Entri tersebut saya buat sebagai bahan eksperimen untuk lihat sejauh mana teknik SEO yang saya gunakan. Bila sudah dapat jualan tu kira berjaya jugak la kan.

Jadi perancangan lepas ini adalah untuk mantapkan lagi kata kunci Kerja Singapura. Biar anda semua rasa geram bercampur bengang. Asyik nampak blog ini sahaja duduk di laman utama carian google.

Perancangan sahaja. Buat belum tentu kan. haha

Berbalik kepada tajuk post Kerja Singapura Terkini ini, sebenarnya banyak laman web yang memberi tawaran kerja kosong di Singapura.

Jika anda buat carian di google, terlalu banyak laman web yang menawarkan kerja kosong singapura

Cuma samada relevan atau tidak website tersebut dengan katakunci yang digunakan. Kadang-kadang Tajuk sahaja gah. Bila pergi kepada konten, mengarut dengan bermacam iklan.

Ada yang letakkan tajuk yang nampak hype dikaburi dengan nilai gaji ribu-ribu. Kerja cleaner dengan gaji RM4000 sebulan. Tidak masuk akal.

Tapi belum tentu lagi. Mereka hanya meletakkan tajuk untuk tarik trafik ke laman web tersebut.

Berbeza dengan entri yang saya buat tentang peluang kerja di Singapura. Saya banyak berkisar tentang masalah orang Malaysia yang memang disekat agar tidak boleh bekerja di singapura.

Boleh lihat entri disini

Tajuk entri pun tidak terlalu hype dan saya ceritakan secara detail dan ikut rialiti.

Jadi anda yang sedang fokus untuk cari kerja di laman web begini perlu lebih berhati-hati.

Mencari kerja di internet tidak sama seperti mencari kerja di laman akhbar suatu ketika dulu.

Dulu, kalau nak cari kerja kosong buka sahaja akhbar tempatan. Cari sahaja kerja kosong bersesuaian dan terus hubungi nombor telefon yang tertera.

Terus atur temujanji.

Zaman sekarang ni, cari kerja di internet, anda perlu masukkan segala detail tentang diri anda. Jika laman web tersebut benar-benar wujud, data peribadi anda selamat.

Jika anda memasukkan data peribadi di laman web palsu, nasib tak baik saya katakan. Kebarangkalian butir-butir peribadi anda digunakan oleh orang lain amat tinggi.

Kerja tak dapat, malang pula yang datang.

Cari kerja Singapura bukan mudah. Anda perlu buat banyak kajian tentang peluang kerja di sana serta kajian mendalam tentang diri anda. Bersesuaian atau tidak.

Anda perlu banyak info tentang syarat kerja di Singapura sebagai panduan. Tidak nanti anda akan jadi kelam kabut. Asalnya mahu ikut kawan bekerja di sana. Kawan anda dapat tawaran kerja di syarikat lain. Anda pula di syarikat lain.

Kan sudah jadi satu masalah.

Ada juga agen kerja di Singapura yang ditugaskan untuk mencari pekerja-pekerja yang bersesuaian dengan kehendak majikan di Singapura.

Sekarang ini, mereka sering membuat tawaran di dalam akhbar tempatan. Cari sahaja akhbar Sinar Harian, Berita Harian, Utusan, Metro dan sebagainya.

Pasti anda akan jumpa iklan cari kerja di singapura nanti.

Dan lagi,

Jika anda benar-benar dan sudah bertekad untuk mencari rezeki di bumi Singapura dalam apa jua bidang, anda boleh ringankan jari anda untuk picit link dibawah ini.

Cari Kerja Singapura

Laman web ini akan bogelkan kepada anda tentang pekerjaan yang sesuai dengan diri anda serta mengikut permintaan republik Singapura.

Banyak lagi yang laman web tersebut terangkan.

Nak bekerja di Singapura tetapi tinggal di Johor pun boleh. Semuanya ada diterangkan.

Nak cerita dalam entri ini, jadi terlalu panjang nanti. Anda pun nanti jadi benci dengan saya. Apa yang pasti segala apa yang dikongsikan dalam laman web tersebut adalah menepati syarat kerja Singapura

hehe.

kan.

Saya doakan kepada anda yang membaca entri ini dan sedang bersungguh mencari peluang pekerjaan samada di Malaysia, di Singapura atau di mana sekalipun, agar dikurniakan rezeki berlipat ganda, dipermudahkan urusan untuk mendapatkan pekerjaan serta bersungguh-sungguh memberi komitmen kerja apabila berjaya suatu hari nanti.

Add Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.