Alhamdulillah,
Selesai sudah pertandingan cabaran SEO Pakej Fotografi Perkahwinan anjuran blogger Anuar pada 31 Mei yang lepas.
Saya tidak menjangkakan akan termasuk dalam list pemenang bagi cabaran ini. Hanya join sekadar untuk mencuba skill bermain SEO sahaja.
Dan ini adalah pertama kali saya turut serta dalam cabaran SEO ini.
Walaupun hanya duduk di kedudukan ke-8, itu sudah memadai bagi saya.
Jika dilihat pada keputusan yang dimuat naik di blog Tuan Anuar, artikel saya tentang Pakej Fotografi Perkahwinan berada di page ke-3 carian Google.
Boleh lihat entri Pakej Fotografi Perkahwinan melalui link ini
Sebenarnya,
dalam cabaran SEO kali ini, saya cuba gunakan apa yang diterangkan dalam blog tuan Wan Yusof.
Melalui pembacaan serta hasil mengikuti kursus berbayar di blog Tuan WanYusof, saya serba sedikit faham tentang cara untuk bermain dengan seni kata kunci.
Permulaan, memang rasa kekok, paling mencabar adalah bagaimana untuk kita menyediakan konten yang menjadi perhatian serta rujukan pengguna.
Dengan kata lain, kita perlu pandai menggunakan kata kunci yang bersesuaian. Maksudnya, perlu buat kajian katakunci yang “High Demand”.
Dalam cabaran ini, saya terapkan penggunaan Latent Semantic Index, Search related, tagging serta kategori artikel bagi mendapatkan kepercayaan google.
Gambar di atas adalah hasil carian kata kunci Pakej Fotografi Perkahwinan yang telah dibuat..
Saya kumpul dan simpan sebagai rujukan. Hanya fokus kepada katakunci yang mempunyai kandungan ALLINTITLE antara 100 ke 1000 sahaja.
Kalau diikutkan, ada banyak lagi katakunci yang sesuai untuk cabaran kali ini, tapi disebabkan kekangan masa, saya hanya ambil perkara asas sahaja untuk penyediaan isi kandungan.
Allintitle ini bermaksud berapa banyak katakunci ini terkandung dalam sesebuah website. Jadi saingan untuk kata kunci ini masih tidak terlalu kuat dan saya cuba gunakan konsep “Long Tail Keyword” untuk memudahkan pengguna membuat carian.
Untuk menaikkan kepercayaan Google terhadap sesebuah isi kandungan blog memerlukan banyak aspek.
Antaranya, penggunaan katakunci yang relevan dengan isi kandungan, page autorithy, jumlah backlink, Bounce rate serta aspek lain.
Ini adalah aspek penting yang digunakan untuk Google agar website atau kandungan artikel anda muncul di page pertama carian google.
Teknik lama seperti keyword spoofing sudah tidak boleh digunapakai dan enjin google akan ishtihar perang terhadap website anda nanti. Ini agak seram juga.
Tahniah kepada semua pemenang
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pemenang Contest cabaran SEO Pakej Fotografi Perkahwinan kali ini.
Tidak sangka rakan-rakan pemenang semuanya memiliki skill yang tinggi dalam bermain seni SEO. Juga memiliki page autorithy yang kuat dan padu.
Terutama buat blogger Onlajer. Seingat saya, beliau sedikit lewat join contest ini tetapi akhirnya dapat menduduki tempat pertama cabaran.
Nampak rilek saja, tetapi hasilnya yang berbaloi.
Tahniah.
Buat semua pemenang lain, ini tidak bererti ilmu SEO kita hanya terhenti disini.
Insyaallah,
Jika ada rezeki dan peluang lagi, kita sama-sama buktikan kemampuan kita untuk cabaran SEO akan datang.
Dengar kata Tuan Anuar akan umumkan satu lagi cabaran SEO.
Harapnya saya akan cuba untuk turut serta.
Dibawah adalah senarai pemenang Contest Cabaran SEO Pakej Fotografi Perkawinan yang baru sahaja tamat.
Keputusan terkini Cabaran SEO Pakej Fotografi Perkahwinan
- http://onlajer.com
- http://modernmumthingy.com
- http://www.iuzira.com
- http://ohduit.com
- http://www.mommyfiqa.com
- https://messarah.blogspot.com
- https://adna2029.blogspot.my
- http://sobrimansor.net
- http://www.ajumohit.com
- http://www.ciktom.com
- http://www.sensasi2020.com
- http://www.pokucu.com
- https://mrhanafi.com
- https://www.dianarashid.com
- https://www.nurzariniismail.com
- http://nozimirrah.blogspot.my
- http://topseofriendly.blogspot.com
SYABAS DAN TAHNIAH SEKALI LAGI SAYA UCAPKAN
tahniah semua pemenang
Boleh baca entri terkini Raihanah…Kisah Benar End Stage Kidney Failure Survivor!
Tahniah dan terima kasih kerana sudi menyertaj contest seo ni…
Jangan lupa tuntut hadiah yang berjaya dimenangi..
Boleh baca entri terkini anuar…Sumbangan amal sebanyak RM26,226.00 telah berjaya dikumpul setakat ini sejak dilancarkan pada 2 Jun 2018
Tahniah buat semua pemenang dan tahniah juga buat Sobri yang berkongsi sedikit tentang tip bagaimana ak letak kefudukan artikel di page 1.
Boleh baca entri terkini Kamil Salleh…Tips Memilih Pakej Fotografi Perkahwinan Terbaik
tahniah juga..
betul Onlanjer masuk agak lewat.. habis semua dia potong. One day dapat kumpul ramai2 dan buat knowledge sharing memang best ni.
Betul tu. Cadangan yang bagus untuk berkumpul dan sharing.