Aku nak tiru resume kau boleh?

Resume mohon kerja. Ini satu masalah buat semua bakal pencari kerja.

Lebih-lebih lagi buat graduan-graduan yang baru menamatkan pengajian dari unversiti awam dan swasta.

Mana tidak.

Tamat sahaja semester akhir, dalam kepala dah mula fikir nak cari kerja. Nak mintak kerja kena ada resume.

 

Nak ada resume kena buat resume yang cantik dan menarik. Kena pulak cari contoh surat permohonan kerja di internet sebagai panduan.

 

Macam mana nak buat resume ni?

 

Alah. Apa susah. Senior kan ada. Kawan kan anda. Pinjam aje resume diorang. Lepas tu tiru. Tukar apa yang patut. Senang kan hidup kau. Meniru tak habis-habis.

Ini silapnya kau graduan baru nak up minta kerja ni. Buat resume pun tiru. Dah la exam pun kadang-kadang kau tiru jugak. Bezakan contoh resume mereka yang sudah ada pengalaman kerja dengan contoh resume fresh graduate

Hehehe. Jangan marah ye bakal graduan. Yang terasa tu sori la ye. Sebab kau pernah buatkan. Yang tak terasa tu, sure korang memang jujur buat resume ikut kreativiti dan kepandaian kau sendiri.

Nak buat resume mohon kerja ni ikutkan tidak la susah. Tak macam dulu. Nak dapatkan contoh resume yang menarik memang payah. Google pun belum tentu dapat.

Buat carian di internet pun belum tentu ada contoh resume mohon kerja bahasa melayu. Semuanya dalam format Bahasa Inggeris.

Jadi buat la perlahan-perlahan. Ambil contoh resume dari berlainan senior.Cedok sikit-sikit. 

 

Bukan tiru bulat-bulat resume mohon kerja dari senior di kolej atau universiti. Itu dulu la.

Zaman sekarang ni, info dan maklumat bukan di hujung jari lagi. Info hanya skrol aje. Pasti jumpa. Taip sahaja resume mohon kerja. Pasti akan dapat contoh resume yang boleh anda gunakan sebagai contoh.

Tapi,

Itupun masih lagi malas nak buat. Kalau dapat contoh tu, terus tiru bulat-bulat. Lepas tu, hantar ke mana-mana syarikat. Sudah tentu Bahagian Sumber Manusia yang terima resume anda.

Ada beratus resume yang mereka terima. Mereka baca dan belek satu persatu resume anda dan yang lain-lain. Sekali, resume anda itu sama dengan resume orang lain yang sama hantar di syarikat berkenaan.

Resume anda dan orang tersebut terus dicampak ke dalam tong sampah.

Sebab?

 

Tiru la. Tiru sebijik-sebijik resume. Plagiat bulat-bulat. Pasti la syarikat itu marah.

Reka satu resume yang benar-benar buat orang tertawan sebenarnya tidak sukar. Anda cuma perlu tahu pengisian yang patut ada dalam resume anda.

Penerangan setiap inci tentang diri anda kena jelas. Pengalaman kerja sebolehnya ditulis terang-terang.

Saya terangkan serba sedikit info penting yang wajib anda buat bila anda mula buat resume cara anda sendiri.

Ingat, kreatif itu nombor 2. Yang penting, maklumat tentang diri anda kena jelas. Resume anda pula tampak kemas.

 

Alah.

Hensem dan jelita macam anda la.

Ok.

 

Jom saya terangkan sekarang.

  • Keterangan diri (Personal detail) – Ini bahagian paling penting. Ianya dikategorikan sebagai paling utama. Anda perlu letakkan gambar, nama penuh, alamat, nombor telefon serta alamat email. Supaya orang kenal anda untuk buat pertama kali. Gambar sebolehnya biar dalam keadaan formal dan nampak kemas.

 

  • Rumusan (Summary) – Bahagian ini anda ceritakan serba sedikit tentang tujuan anda untuk memohon kerja di syarikat berkenaan. Rungkaikan seringkas mungkin. Kaitkan rumusan itu dengan kemahiran yang anda ada. Objektif dan tahun pengalaman anda bekerja boleh dimasukkan sedikit dalam bahagian ini. Jangan terlalu menonjol.

 

  • Latar belakang pengajian anda (Education Background) – Jika anda fresh graduate, boleh masukkan tahap pengajian anda samada di matrikulasi sehingga peringkat SPM. Buat anda yang sudah ada pengalaman kerja, cukup untuk masukkan tahap pengajian di peringkat Ijazah, Diploma hingga sijil kemahiran.

 

  • Pengalaman kerja (Employment History) – Susun mengikut urutan. Kebiasaan, dari pengalaman pekerjaan anda sekarang sehingga awal anda memasuki bidang pekerjaan. Jangan lupa masukkan tahun, nama jawatan, nama syarikat serta definisi kerja yang anda lakukan. Ini membantu bakal majikan baru anda lebih yakin dengan anda.

 

  • Hobi dan minat (Hobby & Interest) – Anda boleh sahaja untuk tidak memasukkan bahagian ini dalam resume anda. Terpulang. Kebiasaan, mereka tidak pandang sangat pada bahagian ini. Hanya untuk memberitahu kepada bakal majikan tentang minat anda. Mungkin boleh dimasukkan di dalam kelab sukan dan rekriasi bila sudah diterima bekerja nanti.

 

  • Kemahiran profesional (Profesional Skill) – Ini paling penting. Bahagian untuk anda tonjolkan segala kemahiran yang anda pendam dalam otak anda. Senaraikan segalanya. Jangan selindung-selindung. Ini bahagian untuk anda show-off. Letakkan setiap kemahiran anda itu sebagai BEGINNER, INTERMEDIATE, ADVANCE atau EXPERT. Sebolehnya biarlah EXPERT kan. Kahkah

 

  • Bahasa (Language) – Memohon kerja di sektor swasta memerlukan anda memiliki kemahiran berbahasa lebih daripada 2 jenis. Jika anda memiliki kemahiran berbahasa selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, masukkan sahaja. Ini satu kelebihan buat anda nanti.

 

  • Rujukan (Reference) – Rujukan ini terdiri dari orang yang amat mengenali anda selain ahli keluarga dan rakan. Anda boleh letakkan ketua ditempat kerja lama anda sebagai rujukan. Ini penting buat majikan untuk mendapatkan kepastian tentang diri anda.

 

Saya sudah berikan isi yang perlu ada dalam resume. Tapi template resume pula yang menjadi masalah. Biasanya orang tidak tiru isi. Tapi orang tiru template resume tersebut.

Mana nak dapatkan template resume menarik dan kemas?

Mudah sebenarnya.

Anda buka Microsoft Word, sudah ada template resume untuk anda gunakan.

 

Jika anda nak lain dari yang lain, boleh reka template resume anda sendiri menggunakan Microsoft Publisher. Google sahaja channel Youtube untuk dapatkan tutorial cara buat template resume yang menarik.

Nak lagi senang dan mudah, anda boleh tengok di <Rahsia Resume Kerja> untuk dapatkan banyak tips paling berkesan untuk siap resume anda dengan kemas, menarik dan kebabom.

 

Silap-silap nanti, orang akan tiru resume pula resume anda bulat-bulat. Especially kau bebudak graduan baru nak up mintak kerja la. Kahkah.

Jangan marah ya graduan baru. Kalau kau marah, maksudnya kau pernah buat la tu.

 

Kan. kan.

 

Lepas siapkan resume anda tu, boleh la try cari peluang kerja di Singapura pula. Pastikan resume anda dalam Bahasa Inggeris. Kalau Bahasa Malaysia, kompom kena campak dalam tong sampah. kahkah

 

Semoga sedikit info ini berguna buat anda. Saya dulu pun macam anda juga. Belasah aje karang resume panjang-panjang. Takde siapa pun yang pandang.

Sekian.

 

18 Comments

  1. Zurainny Ismail 15/08/2017
    • Sobri Mansor 17/08/2017
  2. titan 07/08/2017
  3. Ira 06/08/2017
  4. Mohd 31/07/2017
  5. zool 30/07/2017
  6. siti hazreen 30/07/2017
  7. mrhanafi 25/07/2017
  8. Anuar 24/07/2017
  9. Syakilla Azam 24/07/2017

Add Comment

CommentLuv badge

Minisite Builder dan Affiliate Platform tanpa yuran bulanan. Dapatkan SEKARANG!!!Di SINI