advertorial, KLIA Transit

Jadual Perjalanan dan Harga Tiket KLIA Ekspres dan KLIA Transit

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda. 
Semenjak saya mula menjejakkan kaki ke bangunan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk membanting tulang mencari rezeki sebagai staf disini, saya banyak bergantung harap dengan perjalanan ERL. Sebab memikirkan menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres, lebih menjimatkan berbanding saya membawa kereta ke tempat kerja. Kalau nak merempit dengan motosikal, rasa saya bila saya bertolak pagi, berkemungkinan petang nanti saya akan sampai depan mesin perakam waktu. Sebab motosikal saya berkuasa kura-kura.
Umum, mungkin sudah maklum dengan KLIA Ekspres ini. Hanya satu-satunya perkhidmatan awam yang menghubungkan bandar Kuala Lumpur terus ke KLIA2. Pengguna boleh memilih samada menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres atau KLIA Transit. Ada perbezaan antara dua perkhidmatan ini. KLIA Ekspres bergerak terus dari KL Sentral terus ke KLIA2 manakala KLIA Transit berhenti di setiap hentian untuk menurun serta mengambil penumpang.
Sejak dari mula saya menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres ini, ianya memudahkan pengguna dari pusat bandar Kuala Lumpur untuk terus ke lapangan terbang KLIA. Perjalanan dari KL Sentral terus ke KLIA2 hanya mengambil masa 33 minit. Saya menggunakan KLIA Transit setiap hari dari Stesyen Salak Tinggi dan turun ke Bandar Tasik Selatan.

Jadual Perjalanan KLIA Ekspres dan KLIA Transit

Jadual perjalanan KLIA Ekspres dan KLIA Transit boleh anda lihat dan muat turun disini

Amat mudah dan menyenangkan. Anda boleh simpan Jadual Perjalanan tersebut sebagai rujukan anda dimasa akan datang. Disebabkan setiap hari saya menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres, saya sudah dapat hafal perjalanan keretapi laju ini setiap hari. Saya sudah hafal dengan jadual perjalanan ERL ini. Jadi tidak perlu risau sebab sudah menjadi kebiasaan.

Bagaimana pula dengan harga tiket KLIA Ekspress dan KLIA Transit ini?

Ada beza. Harga tiket untuk KLIA Ekspres berlainan. Saya tunjukkan dibawah. Sebagai rujukan anda sebelum membeli tiket. Perjalanan sehala atau dua hala bergantung kepada keperluan anda.

Harga untuk tambang bagi perjalanan perkhidmatan KLIA Transit adalah seperti gambar dibawah:

Jika anda lihat harga tambang dari Stesen Salak Tinggi ke Bandar Tasik Selatan adalah RM12.40. Saya perlu belanjakan tambang pergi balik sebanyak RM24.80. Itu sehari. Dalam tempoh sebulan saya bekerja 23 hari. Jadi jumlah tambang harian yang perlu saya keluarkan adalah:

23hari x RM24.80 = RM570.40

Banyak tu….

Bila saya fikir dan buat kira-kira dengan akauntan saya puan suri, saya ambil keputusan untuk beli KLIA Transit Travelcards untuk penjimatan. Saya jimat hampir separuh harga. Cuma kena keluarkan modal untuk beli travelcard.

Bulan pertama, dikenakan bayaran untuk kad sebanyak RM10. Bulan seterusnya harga kad mengikut harga seperti dalam jadual. 
Saya memilih untuk menggunakan perkhidmatan KLIA EKSPRESS kerana memandangka ianya lebih mudah dan cepat jika dibandingkan dengan saya membawa kereta setiap hari. Harga pasaran petrol di Malaysia yang tidak menentu, naik dan turun membuatkan saya lebih cenderong memilih perkhidmatan awam sebagai perantara saya untuk keluar bekerja. Saya tidak perlu mengambil masa yang lama untuk ke Terminal Bersepadu Selatan, cuma perlukan 20 minit sahaja dari stesyen Salak TInggi. Berbanding masa saya memandu yang belum tentu saya boleh sampai dalam masa yang cepat.
Jika anda memiliki tepefon pintar Android atau Iphone, boleh muatturun aplikasi KLIA Ekspres untuk segala info tentang jadual perjalanan, Harga tambang dan macam-macam lagi. 
Amat berguna bukan.
Sekian.

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge