Income Pertama sebagai Pemandu Uber

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Pertama sekali saya mohon maaf sekiranya entri ini terdetik di dalam hati anda untuk mengatakan yang saya sebenarnya nak menunjuk-nunjuk dengan jumlah yang saya peroleh sebagai pemandu UBER. Niat saya bukan untuk menunjuk- nunjuk. Tidak ada unsur RIAK dan TAKBUR. Cuma mahu berkongsi pengalaman saya ini sebagai pemandu UBER sepenuh masa sekarang ni.

Semenjak saya berhenti kerja atas masalah kesihatan dan kewangan, saya cuba mencari peluang pekerjaan yang lain. Wang simpanan yang ada tidak cukup untuk menampung liabiliti yang saya ada dalam tempoh terdekat. Temuduga dah merata ceruk pergi tapi masih hampa. Ada kawan saya yang tunjukkan peluang ini kepada saya. Cuma dia wark-warkan secara viral di media sosial dan internet.

Saya bermula menjadi pemandu UBER sepenuh masa pada 7 September 2011 selepas semua dokumen telah disahkan oleh pihak UBER. Saya terjun terus tanpa tunjuk ajar dari kawan saya. Saya belajar sendiri menggunakan aplikasi UBER Partner. Pengalaman dipersoal oleh Rider UBER akan harga yang tidak masuk akal, semua saya jawab sendiri. Orang kata hati kering terjun dalam gaung.

Disebabkan saya terdesak, saya kena langgar dinding dulu untuk dapatkan rezeki. Bukan mudah nak dapatkan RM dari orang lain yang anda tidak kenal. Dalam UBER anda boleh buat macam tu. Tidak ada istilah “pow” tau. Semua wang yang anda terima adalah atas khidmat penghantaran yang anda berikan kepada Rider UBER.

Alhamdulillah sampai masa ini saya bertahan untuk memandu dengan UBER. Isteri tersayang pun izinkan. Isteri mana yang tak terkejut kalau suami dia kerja sebagai Driver. ye kan…. UBER ni, anda sendiri yang buat. Kalau anda rajin, anda pulun sehabis mungkin. Insyaallah, rezeki anda hari tu mungkin lebih daripada yang anda dapat sewaktu anda bekerja makan gaji.

Rutin harian saya sekarang ni, keluar hantar anak dan isteri diwaktu pagi, sarapan sikit dan terus memandu dengan UBER. disebelah petang sebelum pukul 5 petang, saya dah terpacak di sekolah agama anak saya untuk ambil dan bawa mereka pulang. Malam sudah ada dirumah bersama keluarga. Ada sedikit kelonggaran masa bersama keluarga sekarang ni.

Pada anda yang nak cari pendapatan sampingan, ada kereta sendiri, boleh cuba memandu sebagai pemandu UBER.

Pergi sahaja ke link ini untuk daftar. Sediakan dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan, Lesen memandu dan Insuran kereta anda.

Daftar di link ini

DAFTAR SEBAGAI PEMANDU UBER

Sekarang pendaftaran sebagai UBER partner adalah PERCUMA sekarang ni. Jangan nanti uber caj pulak baru nak daftar, nanti putih mata.

6 Comments

  1. MohdRahmat89 31/08/2017
  2. Sobri Mansor 02/01/2017
  3. Sobri Mansor 02/01/2017
  4. imnajmi 31/12/2016
  5. Cik Itah 25/09/2016
  6. raihanah 25/09/2016

Add Comment

CommentLuv badge

Minisite Builder dan Affiliate Platform tanpa yuran bulanan. Dapatkan SEKARANG!!!Di SINI