Tips dan Panduan

IFTTT aplikasi paling ohsem untuk semua Blogger

Assalamualaikum semua….
Hari ini aku cuma nak kongsi satu aplikasi paling ohsem untuk semua Blogger. Aku dah cuba aplikasi ini selama sebulan dan ternyata memang membantu untuk aku link setiap entri ke semua laman sosial media seperti Facebook, Instagram, Twitter dan macam-macam lagi. Aplikasi ini dipanggil IFTTT. Boleh klik pada link untuk anda daftar terlebih dahulu sebelum anda gunakan kesemua fungsi yang ada.
Sebenarnya aplikasi IFTTT ini memudahkan skop kerja kita terutama dalam aktiviti website dan juga blog. Bukan setakat memudahkan penulisan kita tetapi turut memudahkan aktiviti kerja seharian kita. Jom aku tunjukkan serba sedikit apa yang ada dalam aplikasi ini.
Setakat ini aplikasi IFTTT mempunyai pautan sebanyak 272 channel lain seperti Facebook, Instagram, BMW, ESPN, Tumblr dan banyak lagi. Aku tak boleh nak senarai 272 channel tu disini. hehehe. Apa yang perlu adalah kita daftarkan diri kita dengan channel tertentu sahaja bersesuaian dengan aktiviti dan kerjaya kita sebagai blogger. Sebagai contoh, aku membuat pautan bagi akaun media sosial yang aku ada. Paling penting anda daftarkan url blog anda dengan IFTTT. 
Jika anda perasan, pada ikon blogger diatas telah menunjukkan blog aku telah “connected”. Anda boleh daftarkan platform blog anda di dalam aplikasi ini. Sebagai tips dan cadangan aku, daftar kesemua laman sosial yang anda miliki dalam aplikasi ini. Setelah selesai kesemua pautan, anda boleh cipta resepi bagi automasikan setiap aktiviti update entri blog anda di semua laman media sosial.
Setelah selesai, langkah seterusnya adalah cipta resepi untuk pautan blog anda ke semua laman sosial. Cuma klik pada menu “My Recipes” dan klik pada butang “Create a Recipe”


Jika dilihat pada gambar diatas, anda boleh nampak resipi yang saya gunakan sekarang. Sebgai maksud, setiap kali aku muatnaik gambar di akaun Instagram aku, aplikasi IFTTT secara automatik akan update link ke akaun Facebook pages blog ini. Best kan. Anda boleh cipta seberapa banyak resepi yang anda mahu. jangan lupa motif anda dengan aplikasi IFTTT ini, automasikan aplikasi IFTTT ini agar setiap entri blog anda disebarkan keseluruh akaun media sosial anda. Boleh lihat gambar yang aku cuba printscreen resipi yang telah aku cipta.
Sebanarnya, aplikasi IFTTT ini tidak terhad kepada akaun blogger sahaja. Anda kena kreatif untuk automasikan akaun media sosial anda agar sentiasa update melalui satu platform sahaja. Jadi, ianya memudahkan kerja anda apabila selesai menulis blog. 
Buat masa ini anda boleh muatturun aplikasi IFTTT melalui google play store. Cara dan konsep sama. Pada aku, lebih mudah dengan menggunakan aplikasi ini pada smartphone anda.
boleh klik pada link ini untuk download apps ini dan terus buat.

Pesan Bapak: “Teknologi yang ada adalah untuk memudahkan cara. Jangan kedekut dalam berkongsi ilmu. Insyaallah pasti berkat.”

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge