Harga Tiket KLIA Transit dan KLIA Ekpress beserta jadual perjalanan harian

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda.

Harga tiket KLIA Transit. Semenjak saya mula menjejakkan kaki ke bangunan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk membanting tulang mencari rezeki sebagai staf disini, saya banyak bergantung harap dengan perjalanan trian KLIA Express. Sebab memikirkan menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres, lebih menjimatkan berbanding saya membawa kereta ke tempat kerja. Kalau nak merempit dengan motosikal, rasa saya bila saya bertolak pagi, berkemungkinan petang nanti saya akan sampai depan mesin perakam waktu. Sebab motosikal saya berkuasa kura-kura. Kahkah

Umum, mungkin sudah maklum dengan perkhidmatan KLIA Ekspres ini. Hanya satu-satunya perkhidmatan awam yang menghubungkan bandar Kuala Lumpur terus ke KLIA2. Dulunya cuma perjalanan ke KLIA sahaja. Disebabkan KLIA2 sudah mula beroperasi, maka pihak KLIA Ekspres menyediakan sebuah stesen khas untuk menurunkan penumpang di KLIA2. Pengguna boleh memilih samada menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres atau KLIA Transit. Ada perbezaan antara dua perkhidmatan ini. KLIA Ekspres bergerak terus dari stesen KL Sentral terus ke KLIA2 manakala KLIA Transit berhenti di setiap hentian untuk menurun serta mengambil penumpang.

Sejak dari mula saya menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres ini, ianya memudahkan pengguna dari pusat bandar Kuala Lumpur untuk terus ke lapangan terbang KLIA. Perjalanan dari KL Sentral terus ke KLIA2 hanya mengambil masa 33 minit. Saya menggunakan KLIA Transit setiap hari dari Stesyen Salak Tinggi dan turun di stesen Bandar Tasik Selatan.

Jadual Perjalanan KLIA Ekspres dan KLIA Transit

Jadual ERL perjalanan KLIA Ekspres dan KLIA Transit boleh anda lihat dan muat turun disini.

Atau anda boleh muatturun Aplikasi KLIA Ekspres di peranti mudah alih Android dan juga IOS untuk dapatkan jadual perjalanan dan herga tambang.

Amat mudah dan menyenangkan. Anda boleh simpan Jadual Perjalanan tersebut sebagai rujukan anda dimasa akan datang. Disebabkan setiap hari saya menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres, saya sudah hafal perjalanan keretapi laju ini setiap hari. Saya sudah hafal dengan jadual perjalanan ERL ini. Jadi tidak perlu risau sebab sudah menjadi kebiasaan.

Bagaimana pula dengan harga tiket KLIA Transit dan KLIA Ekspres ini?

Ada beza. Harga tiket untuk KLIA Ekspres berlainan. Saya tunjukkan dibawah. Sebagai rujukan anda sebelum membeli tiket. Perjalanan sehala atau dua hala bergantung kepada keperluan anda. 

harga tiket klia ekspres

Harga tiket KLIA Transit pula adalah seperti gambar dibawah:

 

harga tiket klia transit
Jika anda lihat harga tambang dari Stesen Salak Tinggi ke Bandar Tasik Selatan adalah RM12.40. Saya perlu belanjakan tambang pergi balik sebanyak RM24.80. Itu sehari. Dalam tempoh sebulan saya bekerja 23 hari. Jadi jumlah tambang harian yang perlu saya keluarkan adalah:

23hari x RM24.80 = RM570.40

Banyak tu….

Bila saya fikir dan buat kira-kira dengan akauntan saya puan suri, saya ambil keputusan untuk beli KLIA Transit Travelcards untuk penjimatan. Saya jimat hampir separuh harga. Cuma kena keluarkan modal untuk beli travelcard.

KLIA transit travelcards
KLIA transit travelcards

Bulan pertama, dikenakan bayaran untuk kad sebanyak RM10. Bulan seterusnya harga kad mengikut harga seperti dalam jadual. Saya memilih untuk menggunakan perkhidmatan KLIA EKSPRES kerana memandangka ianya lebih mudah dan cepat jika dibandingkan dengan saya membawa kereta setiap hari. Harga pasaran petrol di Malaysia yang tidak menentu, naik dan turun membuatkan saya lebih cenderong memilih perkhidmatan awam sebagai perantara saya untuk keluar bekerja.

Saya tidak perlu mengambil masa yang lama untuk ke Terminal Bersepadu Selatan, cuma perlukan 20 minit sahaja dari stesyen Salak Tinggi. Berbanding masa saya memandu yang belum tentu saya boleh sampai dalam masa yang cepat.

Jika anda memiliki tepefon pintar Android atau Iphone, boleh muatturun aplikasi KLIA Ekspres untuk segala info tentang jadual perjalanan, Harga tambang dan macam-macam lagi.

Amat berguna bukan.

Sekian.

5 Comments

  1. raihanah 12/01/2017
  2. Sobri Mansor 10/01/2017
  3. Sobri Mansor 10/01/2017
  4. titan 10/01/2017

Add Comment

CommentLuv badge

Minisite Builder dan Affiliate Platform tanpa yuran bulanan. Dapatkan SEKARANG!!!Di SINI