Entri terakhir di tahun 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera….
Sudah agak lama saya tidak menulis di blog ini. Terasa janggal untuk jari jemari ini menaip semula setelah hampir 4 bulan tidak menaip. Hanya sibuk memusing stereng kereta sahaja dalam 4 bulan ini. Sedar tak sedar, sudah ke penghujung tahun 2016. Sesuai dengan tajuk entri terakhir di tahun 2016
Domain blog ini baru sahaja renew seminggu lepas. Sepatutnya 3 Disember 2016 saya kena renew. Dalam tempoh hampir sebulan jugak domain blog ini ke laut akibat kecuaian saya sendiri. Tidak peka dengan domain saya sendiri. Boleh baca entri pertama saya dibawah ini.

Entri pertama dengan blog ini

Sudah alang-alang saya menaip disini, saya nak kongsi serba sedikit azam dan matlamat saya di tahun 2017 dalam arena blogging ni. Harapan saya agar matlamat saya ini tercapai separuh. 50% pun sudah mencukupi dan membuatkan hati saya puas.

  1. Saya sudah setahun berblogging menggunakan domain ini. Sebelum ini saya menggunakan domain dot com tetapi atas disebabkan ada masalah dengan syarikat penyedia hosting yang lama, blog saya berkubur. Ditambah pula dengan status “Ayam sejuk” dalam menulis pada waktu itu membuatkan saya pejam terus mata dari arena blogging. Harapan saya moga domain ini terus berkekalan di mata Google. 
  2. Saya sudah mula untuk mengumpul data email dari stranger dalam mempromosikan projek email marketing. Menggunakan autoresponder Gresponsive. Video promosi telah saya upload di Youtube. Data pelanggan sedikit demi sedikit bertambah setiap hari. Platform percuma sahaja saya gunakan. Lambat sikit. Tapi takpe, janji database pelanggan kian bertambah.
  3. Azam saya ditahun 2016 banyak yang saya belum capai. Sebenarnya matlamat saya paling utama dalam arena blogging ini adalah untuk menjadikan blog peribadi saya ini sebagai sumber pendapatan kedua. Yang pasti sumber pendapatan kedua itu bukan dari adsense tetapi khusus kepada affiliates, email marketing dan juga job riview.
Tahun depan, anak teruna dan dara saya masing-masing sudah masuk ke tahun 3 dan tahun 2. Anak teruna saya dah selamat berkhatan awal awal Disember tempoh hari. Sudah boleh pergi ke surau berjemaah sebaris dengan orang dewasa sekarang. 
Sekarang ni, saya cuba penuhkan masa terluang saya dengan menulis entri di blog ini. Harap setiap entri yang saya kongsikan itu dapat memberi info berguna dan sudah pastinya bukan dari cerita yang direka-reka dan dibuat-buat. Apatah lagi plagiat. 
Saya sudah letakkan tab untuk senarai bloglist yang patut diserbu untuk tahun 2017. Dapat bantu rakan-rakan blogger lain dalam menaikkan kredibiliti blog di mata robot enjin carian. Nanti saya wara-warakan di FB profail saya nanti.
Itu sahaja untuk entri terakhir di tahun 2016. Semoga berjumpa di tahun hadapan. 

2 Comments

  1. Sobri Mansor 10/01/2017
  2. titan 10/01/2017

Add Comment

CommentLuv badge

Minisite Builder dan Affiliate Platform tanpa yuran bulanan. Dapatkan SEKARANG!!!Di SINI