Duit RM3000 hangus gara-gara forex

Bismillah….

Sebenarnya dah lama aku nak cerita bab trade forex ni dalam blog ini

Bukan bertujuan nak menjatuhkan mana-mana pihak

Tapi….

Sebagai pedoman dan pengajaran buat semua umat Malaysia agar lebih berhati-hati dalam mencari sumber pendapatan kedua di internet

Memang…

Forex bukan tempat untuk anda main.

Forex bukan tempat untuk kaut untung berlipat ganda bila sekali trade.

Forex bukan kena duduk diam dapat duit, goyang kaki duit jatuh dari langit atau terus masuk berduyun-duyun dalam akaun bank.

Forex kalau anda tak tahu teknik dan gaya market, memang ke laut la jawabnya.

Sama macam kes rakan lama aku ni. Aku pernah kongsi dengan dia cara untuk berniaga dalam Forex.

Dia senyum sinis. Katanya tak perlu tahu pasal nak berniaga bagai. Dia ada team yang tolong trade akaun Forex dia.

Aku sapu bahu dia macam Bapak tengah nasihat anak.

“Nanti kalau duit RM3000 hangus entah kemana, carilah aku balik ye.”

Masin juga mulut aku,

4 bulan sahaja bertahan, sekali kawan aku whatsapp secara personal yang dia rugi (LOSS) semua modal yang dibawa masuk dalam akaun Forex.

Sebenarnya, berniaga Forex  kena mahir dulu dari semua segi. Paling penting, tahap emosi kita waktu lihat market sedang bergerak pantas.

Kena belajar dan cari dulu guru-guru Forex yang berpengalaman yang boleh sumbang ilmu berkaitan forex.

Harus diingat,

Forex tidak menjanjikan anda kaya raya dalam tempoh setahun selepas jadi trader Forex.

Semua tu tidak datang dalam sekelip mata. Mesti kena langgar dinding dahulu untuk tahu betapa peritnya sakit.

Jadi, nasihat aku seorang Forex trader level ikan bilis ni, jangan cepat kelabu mata dengan tawaran dari mereka yang tidak dikenali untuk pelawa masuk skim forex.

Nasihat jujur dari aku.

Belajar trade Forex sendiri, Kalau tidak tahu cara dan teknik trade Forex, carilah guru untuk belajar. Malaysia ni ramai guru-guru forex yang “underground” boleh ajar. Tapi kena sumbang sedikit bayaran ┬ábergantung kepada servis yang mereka tawarkan.

Nak lagi mudah. Anda cari mamat ni kalau serius nak belajar selok belok berkaitan Forex.

Aku dah belajar 2 tahun lepas. Alhamdulillah, nampak hasil. Lepas untuk tampung komitmen bulanan aku setiap bulan hasil dari teknik yang mamat ini ajarkan.

Biar untung berdikit-dikit tapi hasilnya kita nampak. Dari rugi berkepuk-kepuk, kepala pun jadi runsing.

Boleh tanya –> mamat ni untuk dapatkan ilmu berkaitan trade Forex

Berniaga Forex kena banyakkan bersabar. Jangan cepat cair dengan tawaran dari scammer Forex yang menjanjikan untung berpuluh ribu. Cerita bab pengalaman bertahun-tahun dalam bidang Forex ni. Cerita dapat untung je pada semua mangsa. Cerita yang rugi bila trade Forex takde pulak kan.

Semoga tabah dalam menerima segala dugaan dan cabaran dalam Forex ni. Sabar itu separuh daripada iman.

2 Comments

  1. Sobri Mansor 13/05/2016
  2. Hanafi Abdullah 13/05/2016

Add Comment

CommentLuv badge

Minisite Builder dan Affiliate Platform tanpa yuran bulanan. Dapatkan SEKARANG!!!Di SINI