DIY buat pizza dari dapur rumah sendiri

Malam ni, aku bertukar menjadi seorang Masterchef bertaraf “dapur rumah setinggan”. Entah kenapa semenjak dua menjak ni, nak merasa makan pizza hasil dari tangan sendiri. Disebabkan hari ini, aku seharian bertungkus lumus mengecat pagar rumah, dengan perut memang kelaparan, aku terus cadang menu DIY pizza dari dapur rumah.
Sebenarnya, 5 tahun lepas aku ada sikit pengalaman bekerja sebagai pembuat pizza di Dominos. Jadi tahulah serba sedikit berkaitan cara nak buat pizza ni. Pertama kena buat dow dulu. Nak buat dow tak susah. Janji guna tepung gandum. Jangan pula guna tepung ubi. Nanti boleh jadi gam. hahaha
Bila dow dah siap, kena lenyek-lenyek supaya ianya jadi leper. Lama tak buat skill uli dow buat pizza ni. Janji ada rupa pizza sudah. Pizza sos aku guna spageti sos yang aku beli di pasaraya Mydin. Topping aku letak peperoni ayam dan isi ketam. Mozarella Cheese kena ada. Sebab Mozarella cheese ni la yang bagi pizza tu nampak sedap. Tambahan bila potong pizza ada nampak macam cheese melendut terliuk lentok bila kita tarik. hehehe.
Dapat la aku siapkan 2 keping DIY pizza dari dapur sendiri untuk anak-anak. Sudah jimat RM30 kalau beli di Dominos. Air Coca Cola beli sendiri. hehehe. Walaupun rasanya tak original macam Pizza Hut atau Dominos, janji perut boleh terima yang aku dan anak-anak makan ni namanya Pizza. 
kan… kan…
Next DIY dari dapur pulak, nak buat Oglio Olio spageti plak. Ala… macam yang ada kat Secret Recipe tu.
Ni permintaan sayang aku yang sorang lagi. 

Untung la dapat merasa air tangan suami yang suka duduk didapur ni. Harapnya bertambahlah rasa sayang dan cinta. wakaka

10 Comments

  1. apk Bondowoso 08/04/2016
  2. Jueliza Jamani 02/03/2016
  3. Anil Wanina 11/02/2016
  4. Sobri Mansor 12/01/2016
  5. Sobri Mansor 12/01/2016
  6. Raihanah Ahmad 06/01/2016
  7. Sobri Mansor 06/01/2016
  8. aRz MoHa 06/01/2016

Add Comment

CommentLuv badge

Minisite Builder dan Affiliate Platform tanpa yuran bulanan. Dapatkan SEKARANG!!!Di SINI