Tips dan Panduan

Cara pautan akaun Tabung Haji melalui akaun Maybank

Berkesempatan nak kongsi tips untuk semua rakyat Malaysia yang memiliki akaun Tabung Haji.

Buat pengetahuan semua, anda boleh (link) pautan akaun Tabung Haji melalui akaun Maybank. Sebab aku memang sudah ada akaun Maybank. Jadi kebetulan aku sedang buat penyelenggaraan mesin di Tesco Kajang, tiba-tiba datang ilham untuk kongsi tips ini. Semoga membantu

Tips ini untuk memudahkan pemilik akaun Tabung Haji untuk buat pemeriksaan terhadap akaun Tabung Haji seperti:

  1. Membuat pertanyaan Baki,  
  2. Pemindahan wang dari akaun simpanan dan akaun semasa ke akaun Tabung Haji
  3. Pengeluaran wang tunai dari akaun Tabung Haji


Langkah Pertama:

Masukkan kad ATM Maybank atau Kad Debit Maybank anda dan masukkan pin. Kemudian pilih menu “TABUNG HAJI”


Langkah Kedua:

Pilih menu Daftar “Akaun TH ke ATM kad
Cara pautan akaun Tabung Haji melalui akaun Maybank
Langkah ketiga:
Skrin akan minta anda masukkan nombor akaun Tabung Haji. Boleh rujuk pada buku akaun Tabung Haji. Sudah isi dan semak, tekan butang “Ya” untuk ke skrin berikutnya.
Cara pautan akaun Tabung Haji melalui akaun Maybank

Langkah keempat:

Skrin akan minta anda untuk masukkan no siri buku akaun Tabung Haji.

Cara pautan akaun Tabung Haji melalui akaun Maybank
Tidak pasti nombor siri buku Akaun Tabung Haji? Nombor siri tersebut dicetak di penjuru atas sebelah kan. Gambar nombor siri buku akaun Tabung Haji adalah seperti dibawah
Cara pautan akaun Tabung Haji melalui akaun Maybank
Langkah kelima:
Anda perlu semak semula nombor akaun Tabung haji yang telah anda masukkan beserta nombor siri buku akaun Tabung Haji. Jika pasti, tekan butang “Ya” untuk proses seterusnya.
Cara pautan akaun Tabung Haji melalui akaun Maybank
Langkah ke-6:
Jika skrin kembali ke menu utama, anda perlu pilih semula menu Tabung Haji dan pilih menu pertanyaan baki. Ini untuk pastikan yang akaun Tabung Haji anda telah dipaut dengan akaun Maybank anda. Jika ada paparan baki akaun Tabung Haji, anda telah berjaya.
Tahniah….
Cara pautan akaun Tabung Haji melalui akaun Maybank
Tidak susah untuk membuat pautan akaun tabung haji melalui akaun Maybank anda. Boleh beri tunjuk ajar kepada kedua orang tua kita. Selepas ini tidak perlu beratur panjang menunggu giliran untuk membuat pengeluaran wang atau proses deposit wang di kaunter Tabung Haji.
Makluman, setakat ini, cuma Maybank (MBB), Bank Rakyat (BKR) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menyediakan kemudahan pautan ke akaun Tabung Haji. Cara pautan akaun Tabung Haji adalah berlainan bagi setiap bank. Jika ada masa dan ketika, aku cuba kongsikan cara-caranya.
Sekian. 
Ta… ta…….

34 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge