Tips dan Panduan

5 cara buat duit dengan mudah secara online atau offline

5 cara buat duit dengan mudah. Ramai yang berpusu-pusu nak cari duit lebih untuk tambah pendapatan. Mana tidaknya. Dizaman sekarang ini, semuanya perlukan duit. Orang kata, celik sahaja mata, pasti duit yang keluar dulu. Jadi, ramai yang ambil pelung cari duit tambahan untuk tampung kos sara hidup. Lebih-lebih lagi yang duduk dikawasan bandar. Semuanya perlukan duit untuk bayar sewa rumah, bayar pinjaman bank, bayar bil elektrik, bil pembentungan dan macam-macam lagi.

Dalam entri kali ini, saya cuba kongsikan 7 tips cara buat duit dengan mudah yang anda boleh lakukan. Mungkin anda boleh lakukan hanya dari rumah, melalui Laptop anda atau melalui smartphone anda. Ada diantara tips yang saya kongsikan ini yang saya pernah buat sendiri. Saya pun nak juga buat duit sama macam anda jugak. Kahkah.

Jom baca perkongsian saya kali ini.Semoga dapat membantu anda nanti ya.

 

1. Buat duit dengan mudah sebagai pemandu Uber.

Tips ini saya pernah buat setahun yang lepas. Jadi pemandu UBER. Waktu itu, saya berhenti kerja disebabkan ada sedikit masalah. Nak cari kerja lain masa tu, kena hantar resume, tunggu panggilan temuduga. Itupun belum tentu dapat. Jadi, sementara tunggu rezeki kerja baru, saya ambil keputusan buat duit sebagai pemandu Uber.

Nak daftar waktu tu memang senang sangat. Ada kereta, I/C dan kereta, jalan terus. Hari ini, esoknya terus dapat email dari Uber Malaysia bagitau akaun saya berjaya didaftarkan. Tak perlu tunggu lama.

Memandu Uber boleh dapat tunai hari-hari. Pelanggan yang bayar menggunakan kad kredit atau debit, duit tu akan dapat pada minggu berikutnya. Paling lewat hari Rabu setiap minggu. Ambil penumpang di kawasan yang banyak permintaan. Waktu itu, permintaan dari penumpang lebih banyak berbandimg pemandu Uber. Jadi tak menang tangan.

Keluar memandu selepas hantar isteri dan anak-anak ke sekolah dan berhenti seawal pukul 5.30 petang sudah boleh dapat tunai dalam RM250 ke RM300 sehari. Bersih boleh la dapat dalam RM200 sehari. Memang lumayan juga waktu tu.

Itu setahun yang lepas punya cerita la.

Sekarang sudah banyak beza. Uber makin ketatkan pendaftaran. Banyak kes yang tak sedap didengar terjadi baik penumpang dan juga pemandu Uber. Walaupun kerajaan umpama beri lampu hijau kepada mereka yang nak buat duit dengan mudah sebagai pemandu Uber, makin banyak kerenah dan masalah yang timbul dan pihak Uber perlu kawal agar tidak menjejaskan imej dan jenama mereka. Memudahkan cerita, risiko anda atas jalanraya dan setiap masalah yang timbul samada dari pihak anda atau dari pihak penumpang Uber, anda kena tanggung sendiri.

Seronok tu memang seronok bila memandu Uber. Dapat duit cash lagi. Tapi kena pandai buat kira-kira. Kalau tak, memang tak berbaloi duit yang dapat dengan kos harian dan kos selenggara kenderaan.

Ada berani nak mencuba untuk memandu Uber? Daftar sebagai pemandu Uber disini dan mula buat duit SEKARANG

 

2. Buat duit dengan mudah sebagai pemandu Grab.

Ini satu lagi tempat untuk anda buat duit mudah. Sama konsep macam Uber jugak. Cuma bendera lain-lain. Uber bendera hitam. Grab bendera hijau. Konsep sama. Ambil booking penumpang melalui aplikasi. Apa yang membezakan adalah cara aplikasi ini berfungsi.

Ada saya ceritakan tentang peluang buat duit sebagai pemandu Grabcar di entri sebelum ini. Platform Grabcar berbeza sama sekali dengan platform Uber. Caj dari Grabcar bergantung kepada purata jarak perjalanan. Sebagai contoh, untuk satu KM perjalanan, Grabcar mengenakan caj sebanyak Rm1.30 untuk tempahan Grabcar biasa.

Berbeza dengan Uber, caj dari Uber adalah bergantung kepada jumlah per KM dan masa yang diambil untuk satu perjalanan. Contoh, untuk 1KM, Uber mengenakan caj 0.60 untuk 1KM dan 0.50 perminit. Jadi, harga tambang Uber adalah tidak tetap, bergantung kepada keadaan trafik. Jika trafik sesak dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi, maka harga tambang Uber lebih tinggi dari biasa.

Berbanding Grab, harga sudah tertakluk kepada jarak perjalanan yang ditunjukkan sewaktu anda buat tempahan. Kalau anda sangkut dalam trafik jam atau perjalanan lancar, anda tetap bayar jumlah yang tertera sewaktu anda membuat tempahan Grab. Cuma pemandu Grab sahaja yang akan rasa sugul bila tempuh jem ni. Mana tidaknya, buang masa dan buang minyak. Tapi harga serupa itu juga. Kahkah.

Sapa suruh jadi pemandu Grab kan.

Tengok sini cara-cara untuk jadi pemandu Grab dibawah kelolaan saya.

 

3. Buat duit dengan mudah dengan NiagaFB.

Mesti anda pelik sebab tak tau apa itu NiagaFb. Saya ada terangkan panjang lebar tentang peluang buat duit mudah dengan niagaFB ini di entri saya sebelum ini. Mungkin masih ramai yang belum tau cara untuk berbisnes dengan konsep free marketing. Dalam NiagaFB ini diterangkan secara panjang lebar untuk kita mencari prospek yang lebih targeted tanpa perlu buat iklan di Facebook Ads.

Saya baru tahu satu trik yang ditunjukkan dalam Ebook NiagaFb tentang cara untuk kita add rakan yang minat dengan produk yang kita jual. Contoh saya jual “baby Wrapper”, saya add rakan yang minat dengan produk baby yang sedang mencari produk Baby Wrapper. Senang dan mudah. Bila sudah add, kita boleh letak rakan tersebut ke dalam list yang kita tetapkan sebagai prospek produk yang kita jual.

Menarik bukan. Saya baru tau teknik ini.

Dalam NiagaFB, anda boleh applykan ilmu yang diajar untuk promosikan NiagaFB. Pembayaran komisyen bergantung kepada jumlah jualan dan ada pemberian bonus “matching”. Macam MLM pun ada. Tapi tak kisah. Sebab Owner produk NiagaFB adalah orang yang dikenali iaitu Saudara Boon Lee yang memang dah terkenal dalam dunia  email marketing iaitu Emelmatik.

Boleh mula buat duit sekarang dengan NiagaFb dengan klik link ini

 

4. Buat duit mudah dengan menulis blog.

Menulis blog ni memerlukan sedikit komitmen masa. Kena konsisten menulis artikel yang anda rasakan boleh menyumbang kepada pendapatan sampingan. Kadang-kadang orang akan kata bohong la tulis artikel di blog boleh mendatang wang. Sebenarnya memang benar. Kena dengan gaya dan caranya.

Jika anda tanya soalan untuk buat duit dengan blog seperti otai-otai blogger di Malaysia ni, mereka ada cara tersendiri untuk jana pendapatan dengan blog mereka sendiri. Google Adsense, pengiklanan blog, semuanya hanya dihujung jari mereka sahaja. Kalau tak percaya, boleh terjah blogger Otai Masih Berbisa ini, makin tua makin menjadi. Lihat cara beliau buat duit dengan blog beliau sendiri.

Ada juga blogger yang menyediakan panduan untuk bina blog dengan platform wordpress dan ajar cara untuk dapatkan trafik yang benar-benar inginkan produk yang dijual di blog. Panduan tersebut adalah hasil pengalaman blogger itu sendiri bergelumang dengan susah senang dalam arena blogging.

Boleh jengah laman blog blogger tersebut untuk lihat panduan yang dimaksudkan.

 

5. Buat duit mudah dengan Facebook Personal Profail

Sekarang ini, nak jalankan iklan di Facebook Ads sudah semakin sengit untuk tingkatkan sales. Kena ambil kira banyak perkara. Kadar tukaran USD dah semakin tinggi menyebabkan kos iklan FbAds semakin tinggi. Perubahan algorithm Facebook juga menjadi faktor kepada pengguna Facebook Ads seperti membakar duit akibat dari kurang pengalaman dalam menjalankan iklan di FbAds.

Akibatnya, iklan tak boleh nak konvert kepada jualan. Kos iklan mencecah ratusan ringgit tapi jualan kurang daripada kos iklan. Akhirnya pengamal FbAds lari gulung tikar dan cari medium pemasaran lain.

Jadi,

Mereka guna pula medium Facebook personal profail untuk buat pengiklanan. Tapi bukan pengiklanan yang semberono. Asyik buat hard selling je. Menjalankan bisnes di profail facebook memerlukan cara dan etika yang betul. Supaya tidak dikecam dan dibenci rakan Fb yang lain.

Anda boleh lihat dan follow akaun facebook personal dibawah untuk kaji cara mereka melakukan proses yang dinamakan ‘PERSONAL BRANDING” untuk produk mereka sendiri. Majoriti yang saya follow akaun facebook dibawah tidak pernah sekali mereka melakukan promosi yang bagi rakan-rakan rasa menyampah. Rata-rata semuanya rasa senang dan teruja dengan copywriting mereka.

Jom saya kongsikan nama mereka di bawah ini. Anda boleh set sebagai “SEE FIRST” untuk akaun Facebook mereka ini.

  1. Puan Ainon Mohd – Chairman at PTS Media Group Sdn Bhd
  2. Khairul Hakimin Muhammad – Rahsia Bapa Viral Kebangsaan
  3. Cikgu June Garang Ya Rabbi
  4. Tuan Norizan Sharif
  5. Kak Nora Azmin yang perasan Isabelle – Kahkah

Anda tengok dan nilai sendiri wall dikalangan mereka ini. Tidak satu pun post mereka yang menjual. Semuanya bercerita tentang perjalanan bisnes masing-masing, perkongsian susah senang membangunkan perniagaan dan kadang-kadang diselit dengan kisah lucu ragam kehidupan.

membina PERSONAL BRANDING di Facebook memerlukan disiplin tinggi.Mereka ini sudah bertahun-tahun berkongsi info bisnes mereka di personal wall facebook. Boleh dikatakan setiap post mereka boleh dijadikan buku. Bukan calang-calang orang mereka ini. Jadi anda boleh menurun setiap ilmu yang mereka kongsi ini sedikit demi sedikit di wall fb mereka ni.

 

Begitulah serba sedikit perkongsian cara buat duit dengan mudah. Trend zaman sekarang, bukan lagi market mencari kita. Kita perlu cari market dan cuba control market. Tidak dapat banyak, sikit pun jadi. Rezeki Allah itu luas. Yang penting, rezeki yang Allah beri, kita jangan tamak.

Sebab Orang tamak selalu rugi.

Selamat mencuba

17 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Lelaki Ini Bongkarkan RAHSIA bina PERSONAL BRANDING di FacebookDi SINI
+ +