Buat Duit sebagai Pemandu Grabcar Malaysia

PEMANDU GRABCAR MALAYSIA

 

Buat duit sebagai pemandu Grabcar Malaysia.

 

Mungkin masih ramai yang belum sedar atau tahu tentang Grabcar. Dahulunya lebih dikenali dengan nama MyTeksi.

 

Aplikasi tempahan teksi paling efisyen di Malaysia diawal tahun 2016. Saya sempat menggunakan aplikasi MyTeksi sekali sahaja.

 

Itupun waktu tu saya buat tempahan untuk adik ipar saya yang terdesak nak balik kampung.

Untuk pengetahuan, saya adalah seorang Pemandu Uber dan dalam masa yang sama, saya juga merupakan seorang pemandu Grabcar Malaysia.

Uishhhhhh…..

 

Boleh ke pemandu Uber jadi pemandu Grabcar? Tidak menyalahi undang-undang ke?

hmmmmm….

 

Soalan yang bagus untuk saya kongsikan dalam entri ini. Saya yang bertanya bagi pihak anda, saya juga yang menjawab bagi pihak anda juga.

 

Saya ceritakan habis-habisan dalam entri ini. Anda nak kongsikan apa yang saya tulis ini kepada orang lain, itu terpulang kepada anda.

 

Janji,

 

saya sampaikan apa yang perlu sebagai maklumat tambahan untuk anda semua. Chill

 

Sebenarnya

 

Tidak mendatangkan sebarang masalah kepada sesiapa pun untuk daftar 2 aplikasi berbeza samada UBER dan GRABCAR.

 

Sama seperti saya, saya daftar sebagai Pemandu UBER seawalnya kerana merasakan UBER adalah lebih mendatangkan lebih manfaat kepada pemandu.

 

Itu pada awal UBER beroperasi. Terlalu mudah untuk setiap pemandu UBER menerima insentif tambahan dari setiap trip yang telah selesai.

 

Nak baca entri saya dapat komisen dari UBER?

 

Macam biasa, itu adalah marketing strategy.

 

Permulaan untuk tarik perhatian pengguna aplikasi UBER untuk bertukar baju sebagai  Pemandu UBER. Dijanjikan insentif mengikut jam.

 

Saya dah lakukan dan memang berbaloi. Boleh balik awal seawal 5 petang. Cuma buat trip paling dekat. Sekitar Cyberjaya sahaja. Boleh cecah 150 sehari.

 

Itu secara tunai dan tidak termasuk bayaran secara penolakan dari kad kredit.

 

Saya cerita ni tahun lepas tau…

 

Antara bulan Julai dan Ogos 2016, UBER sudah tidak menawarkan insentif kepada pemandu. Cuma fokus kepada SURGING dengan minima 1.1x dikawasan yang mempunyai banyak permintaan (demand).

 

Buat pemandu yang fokus kepada kejar insentif, terus merudum pendapatan dari UBER. Terpaksa kerja kuat untuk dapatkan income yang sama seperti sebelumnya. Keluar awal pagi, pulang sesudah maghrib.

 

Pemandu UBER baru pun semakin hari semakin bertambah. Demand pun Sedang-sedang aje. Kalau yang buat UBER sepenuh masa, garu kepala sudahnya.

 

Berbeza dengan Grabcar. Grabcar masih lagi menawarkan insentif kepada setiap pemandu yang selesaikan setiap trip. Orang kata, insentif yang diberikan itu sebagai bonus. Tunai dari pelanggan pun dapat, Insentif dari pihak Grabcar pun dapat.

 

2 sumber yang sama tapi berbeza. Sudah ramai pemandu UBER yang berhijrah menjadi Pemandu Grabcar. Alasan, Grabcar lebih mesra melayan kerenah pemandu.

 

Pada saya, alang-alang nak buat duit dengan kereta peribadi anda, daftar sahaja kedua-dua aplikasi UBER dan GRABCAR. Anda cuba rasa pengalaman driver Grabcar Malaysia. Jika anda bosan dengan memandu UBER, anda boleh bertukar kepada Grabcar.

 

Tapi kena tahu serba sedikit tentang cara nak dapatkan income besar dengan hanya membuat perjalanan yang sikit. Badan pun tak letih dan kereta kita pun boleh jimat penggunaan petrol.

 

Nak bermula sebagai pemandu UBER tidak memerlukan modal selain belanja petrol sahaja. Kalau anda ada wang saku cuma lepas untuk belanja petrol, jangan risau. Anda boleh mula memandu tanpa wang saku. hehehe.

 

Saya bermula memandu UBER dengan modal petrol RM20 sahaja. Bila pelanggan buat bayaran kepada saya, saya seawalnya memohon maaf dan beritahu yang saya tidak sediakan wang tukar. Janji mereka faham situasi anda.

 

Berbeza dengan Grabcar, anda perlu buat tambah nilai ke dalam ewallet akaun Grabcar terlebih dahulu. Minima RM10. Grabcar akan berikan RM30 percuma untuk anda mulakan perjalanan mengambil penumpang.

 

Daripada RM30, anda cuma boleh gunakan RM15 sahaja. RM15 baki sebagai jumlah baki minimum sebagai syarat.

 

Pendapatan driver grabcar Malaysia buat masa sekarang memang berbaloi. Sewaktu harga minyak dibawah paras RM2.00 seliter, cuma dengan modal RM20 untuk petrol, anda boleh kayuh ambil booking dari pengguna aplikasi Grab sejauh 200KM.

 

Itu pengalaman pengiraan saya sepanjang saya memandu dengan Perodua Alza. Bergantung kepada cara pemanduan. Saya memandu biasa-biasa sahaja. Orang kata slow and steady. Kahkah.

 

Jika anda yang tiba-tiba jengah ke post ini mencari maklumat tentang syarat kereta Grabcar Malaysia, ini saya terangkan dalam bentuk point dibawah.

  • Kereta anda meti didaftarkan bermula dari tahun 2008 ke atas. Kereta yang didaftarkan sebelum tahun 2008 perlu melalui proses pemeriksaan kenderaan dari pihak Grabcar.
  • Kenderaan MPV turut boleh didaftarkan. Tahun didaftarkan masih sama. Setelah didaftar, anda secara automatik akan dikategorikan sebagai pemandu Grabcar 6 Seater.

 

Ada juga pemandu Grabcar yang sanggup sewa kenderaan dari syarikat pihak ketiga untuk mengambil penumpang. Bayaran secara mingguan. Pada saya, banyak kekurangan berbanding kelebihan.

 

Jika memandu dengan aplikasi Grab atau Uber ni, sebaiknya menadu dengan kenderaan sendiri. Usah pinjam atau sewa. Sebabnya, anda sendiri akan merasa penat anda memandu tidak berbaloi dengan apa yang anda terima.

 

Nak tahu cara menjadi driver Grabcar?

 

Amat mudah. Cuma dengan hanya 3 langkah, anda sudah boleh menjadi driver Grabcar.

 

Pertama: Anda mendaftar di >> daftar diver Grabcar ini.

 

Anda isi seperti biasa. Di step “How did you hear about Grab”, anda perlu pilih menu “Referral from Driver”. Masukkan nama saya Ahmad Sobri Mansor dan referral ID saya: 491413. Saya tunjukkan screenshoot gambar seperti dibawah.

 

Cara menjadi driver grabcar

 

Kedua: Selesai daftar, anda perlu ikut latihan latihan online tentang penggunaan aplikasi Grabcar Driver serta jawab sedikit kuiz. Jangan risau, senang aje. Anda boleh tonton latihan online melalui smartphone anda di mana-mana sahaja.

 

Ketiga: Setelah selesai latihan online, anda perlu bawa dokumen seperti Kad pengenalan, lesen memandu serta cover note insuran yang tertera nama anda ke mana-mana kiosk Grab yang berdekatan. Boleh rujuk link senarai kiosk Grabcar ini

 

Keputusan pendaftaran anda akan diberikan pada yang waktu yang sama. Pihak Grab akan aktifkan aplikasi smartphone anda.

 

Mudah saja bukan untuk menjadi driver Grabcar. Semoga dengan penerangan panjang saya ini akan memudahkan anda untuk mendaftar bersama-sama Grab. 

 

Bukan senang nak senang. Kena belajar erti susah dulu. Baru akan datang kesenangan .

 

kan

13 Comments

  1. Kelimen Empari 31/05/2017
  2. ~...apih...~ 31/05/2017
  3. INI Sr Resources 02/05/2017
  4. Lynn 01/04/2017
  5. Lynn 01/04/2017
  6. nazreen wai 25/03/2017
  7. dedauncomel.com 09/03/2017
  8. KHAIRUL AMRAN 09/02/2017
  9. titan 07/02/2017
  10. Hanafi Abdullah 28/01/2017
  11. idzwa kamaruddin 25/01/2017
  12. Cik Itah 23/01/2017
  13. raihanah 23/01/2017

Add Comment

CommentLuv badge

Minisite Builder dan Affiliate Platform tanpa yuran bulanan. Dapatkan SEKARANG!!!Di SINI