Blog review

Blogretis bukan calang-calang blog

Aku sedikit terkejut….
Belum tahap sampai terkejut beruk….
Manakan tidak…
Post aku di Facebook ada juga orang kongsikan pada blog diorang. hehehehe. 
Terima kasih kepada +Bro Framestone kerana sudi kongsikan post FB aku tu. Blogretis.com memang ada dalam senarai blog yang memang kerap aku skodeng. Walaupun tuan punya blog tu tak berapa nak hensem, tapi aku tetap selute dengan otai blogger merangkap tukang masak Bro Char koey tiaw ni. AKu tengok pada cara penulisan bukan pada rupa paras. 
Macam orang putih Jawa cakap “Dont Judge A Book By Its Cover”.


Sebagai pendatang baru dalam dunia blog, aku nampak yang blogretis.com ini buka peluang kepada blogger baru dan lama untuk sama-sama bersaing dengan berkongsi entri pilihan.

Blogger baru nak up macam aku ni memang perlu tunjuk ajar dari blogger lama. Baru perjalanan blog tampak ikut peredaran zaman. Dengan berbekalkan sedikit pengalaman ciput sebagai tukang masak tidak bertauliah didapur rumah aku sendiri dan sebagai seorang Bapak yang perasan hensem, aku boleh kongsikan pengalaman aku pada blog aku ni. Mana tahu, dapat lagi entri aku masuk dekat blogretis.com lagi.
Ok…
Akhir kata, sebelum aku tutup entri ini dan berlalu pergi, jom sama-sama kita berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T moga-moga rakan-rakan blogger kita sentiasa dalam keadaan sihat, dilimpahkan rezeki berlipat ganda dan dipermudahkan segala urusan duniawi. 
Semoga kita sama-sama beroleh keberkatan.
Salam Jumaat penghulu segala hari

Bapak pesan: Berkawan biar ramai, Berkasih jangan sorang. hehehehe

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge