Blog, Perniagaan dan Sosial Media

Assalamualaikum…..
Salam sejahtera….
Entri terakhir di penghujung bulan Ogos, bulan kemerdekaan bagi tanah tumpah darahku….
Entri saya kali ini lebih menjurus kepada halatuju saya selepas ini untuk 5 tahun yang akan datang. Samada memilih kerjaya blogging semata-mata atau guna teknik “SERAMPANG DUA MATA” dalam memajukan diri dan keluarga. 
Semua orang tahu akan keupayaan sesebuah blog dalam penjenamaan di media internet khususnya media sosial. Kalau nak diikutkan, blog adalah salah satu cabang medial sosial juga selain Facebook, Twitter dan lain-lain.
Berapa lama kita sudah ada blog?
1 tahun? 2 tahun? 5 tahun? 10 tahun?
Memang bagus dan dikategorikan sebagai “Maju ke Hadapan” sebab kita ada inisiatif untuk orang lebih kenal dan rapat dengan kita. Dengan blog, satu dunia boleh tahu apa yang kita buat, aktiviti seharian kita dan kandungan penulisan kita. 
Itu adalah satu kelebihan yang ada pada Blog. Tidak disangkal lagi. Saya tak mahu cerita panjang lebar perihal Blog ni, 
Sebab saya juga pendatang baru dalam dunia blog. Jatuh bangun saya sebelum ini dengan blog tak ramai yang tahu. 
Itu biasa….
Dan saya cuba bangun dari jatuh saya sekarang, Alhamdulillah, saya dah duduk antara dua sujud sekarang ni. Masih lagi mencari jalan untuk bangun berdiri teguh menggenggam erat kejayaan yang bakal dikecapi suatu hari nanti.
Blog yang anda ziarah dan baca sekarang ini masih lagi bernyawa. Cuma kadang-kadang agar sunyi dengan entri yang bermanfaat. Janji saya dulu, saya nak penuhkan blog ini dengan entri berilmiah. Insyaallah akan saya kotakan janji tersebut Cuma masa yang saya perlukan. Sambil saya berusaha untuk berdiri teguh, sambil itu saya kongsikan setiap kenangan saya kepada anda. Untuk dijadikan tauladan dan ilmu buat anda.
Perniagaan?
Yup, Saya sedang berniaga sekarang ini. Secara online. Menjual produk kesihatan. Fokus hanya di media sosial INSTAGRAM dan FACEBOOK PAGES. Alhamdulilah, baru sebulan akaun INSTAGRAM saya aktif, sudah berjaya mendapat “INSTAGRAM FOR BUSINESS”. Bukan saya yang create sendiri ikut jalan belakang. Instagram yang offer saya untuk upgrade ke BUSINESS ACCOUNT. Alhamdulillah berjaya.
Betapa pentingnya media sosial untuk seseorang itu maju kehadapan. Saya tak nafikan. Jika kita gunakan media sosial dengan cara yang betul, kita mampu untuk pulih sepenuhnya dari kegagalan sebelum ini. 
Dengan niat,
Berusaha untuk berubah agar menjadi lebih baik dari sebelum ini. Cuma hati kena kental disaat kita jatuh terduduk. 
Nanti saya akan update kesemua akaun media sosial saya yang terkini. Agar mudah untuk anda dan saya berkongsi cerita dan maklumat terbaru.
.
.
Berjumpa lagi.

2 Comments

  1. Karlisa Halim 25/06/2017

Add Comment

CommentLuv badge

Minisite Builder dan Affiliate Platform tanpa yuran bulanan. Dapatkan SEKARANG!!!Di SINI