5 Perkara yang anda wajib tahu tentang Grabcar

Apa itu grabcar malaysia. Saya tidak putus-putus bercerita tentang Grab, satu aplikasi perkongsian kereta antara yang terpopular di Malaysia ni. Pastilah kan, sebab saya adalah seorang Pemandu Grabcar yang paling hensem lagi macho di sekitar Lembah Klang ini, hehehe…

Kalau dahulu, bila sebut pasal Grab ni, pasti dalam kepala kita dah terbayang seorang pemandu teksi lanjut umur sampai di depan kita dengan memandu teksi yang bakal nak diturun enjin lagi sebulan.

Baca cerita saya tentang Buat Duit Dengan Grabcar

Ataupun,

Anda pasti akan terbayang keadaan teksi yang tidak selesa, berbau cagu dan sebagainya. Tidak semua kenderaan teksi yang berkeadaan tidak terurus seperti yang saya bayangkan. Ada juga teksi yang kemas luar dan dalaman. Seperti teksi “baru koyak plastik”. Walaupun sudah 3 tahun mencari rezeki di atas jalanraya.

 

apa itu grabcar malaysia

Serupa juga dengan kereta Grabcar ni. Tengok dari luar, nampak kotor semacam. Tapi bila masuk dalam, terasa duduk atas kerusi urut “Rest n Go” tu. Tapi kalau dapat kereta Grab yang kebersihan tidak terurus luar dan dalam, anda pasti rasa menyesal dengan nilai tambang yang anda perlu bayar. Walaupun rata-rata ramai yang tahu yang Grabcar adalah antara aplikasi tempahan kereta termurah di Malaysia ini selain UBER.

Jadi, di entri ini saya sebagai pemandu Grabcar yang hensem ini akan kongsikan dengan anda 5 Perkara yang anda wajib tahu tentang Grabcar. Agar anda tidak keliru dengan servis yang ditawarkan. Tidak perlu ucapkan terima kasih kepada saya atas informasi ini.

1) Grab cuma bertapak di 6 buah negara sahaja

Jika anda nak tahu, Grabcar ni tidak fokuskan perkhidmatan kepada semua negara seperti UBER. Grab cuma bertapak di 6 buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesi, Filipina, Thailand dan Vietnam. Kesemua negara ini pula adalah negara yang menganggotai ASEAN. Perasan tak? Saya pun baru perasan.

Negara yang menawarkan perkhidmatan Grabcar

2) Grab menawarkan 3 jenis perkhidmatan di Malaysia

Kalau di Malaysia ni, Grab ada menyediakan 3 jenis perkhidmatan kepada pelanggan iaitu MyTeksi, Grabcar dan Grabhitch. Berbanding dengan negara lain seperti Indonesia, perkhidmatan Grab meluas bukan sahaja menggunakan kerata bahkan turut disediakan motosikal untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Tidak percaya, biar gambar yang berbicara. 

Di Malaysia, sudah ada terdengar desas desus yang ada satu aplikasi yang menyediakan perkhidmatan mirip Grabike. Sampaikan SPAD sudah mula turun padang membuat pemantauan.


3) Kadar Tambang GRAB adalah tetap.

Benar dan tepat sekali. Kadar tambang yang dikenakan GRAB adalah tetap. Jika anda membuat tempahan menerusi aplikasi GRAB, anda sudah boleh tahu kadar tambang yang dikenakan oleh GRAB dan bakal diberi kepada pemandu GRAB. Tidak ada unsur penipuan.

Melainkann jika anda mendapati pemandu melakukan penipuan terhadap harga tambang, anda boleh terus menghubungi talian hotline GRAB iaitu 1300-80-5858.

4) Grab menawarkan pelan insentif kepada Pemandu Grab

Pelan insentif yang ditawarkan Grab memang mampu buat sesetengah pemandu tersenyum gembira. Insentih yang diberikan hanya tertumpu di kawasan-kawasan yang terdapat permintaan tinggi dari pelanggan. Insentif pula bergantung kepada jam pemandu tersebut online aplikasi Grab dan sedang menerima tempahan pelanggan.

Semenjak dari mula saya memandu Grab, saya tidak pernah terfikir untuk mendapatkan insentif dari pihak Grab. Tak terkejar saya untuk ikut syarat-syarat dari Grab agar layak menerima insentif. Lagipun, saya perlu ke kawasan yang sibuk dan telah ditetapkan oleh Grab untuk dapatkan insentif. Jadi lebih baik saya fokus di kawasan sekitar kediaman saya sahaja. Janji target saya untuk dapatkan tunai dari pelanggan setiap hari tercapai.

5) Aplikasi Grab menyediakan STAR RATING terhadap GRABCAR DRIVER

Dalam Grab, setiap kali pelanggan telah selesai sampai ke destinasi dan sudah membuat bayaran, pelanggan perlu membuat STAR RATING. Anda berikan undian bintang kepada pemandu Grab yang telah membawa anda. Pemberian bintang ini adalah berupa tahap kepuasan anda sebagai penumpang di atas layanan serta cara pemanduan pemandu Grab.

Berbeza dengan UBER, pemberian STAR Rating adalah secara dua hala. Pemandu UBER boleh beri bintang kepada penumpang dan penumpang juga turut boleh memberi bintang kepada pemandu UBER. Nampak bahawa UBER mengamalkan konsep dua hala dalam perkhidmatan UBER.

Jadi, itulah serba sedikit cerita saya tentang 5 Perkara Wajib Yang Anda Perlu Tahu Tentang GRAB ni. Cerita saya dari pengalaman saya sendiri memandu GRAB dan dalam masa yang sama saya juga memandu UBER. Tidak menjadi kesalahan untuk memandu dengan kedua-dua aplikasi ini. Tengok keadaan. Jika salah satu memberi pulangan yang sedikit lumayan pada hari itu, saya terus gunakan. Jika sebaliknya, saya online dengan aplikasi lain.

Tak tau cara nak daftar sebagai Pemandu Grab sebab takut nanti anda terkontang kanting sorang-sorang sebab tiada ilmu atau pengalaman?

Hmmmm….. Abang Grab sedia membantu. Picit link dibawah ni.

Daftar sebagai Pemandu Grab dan terus buat duit

Semoga memberi input berguna dari semua cerita saya ini. Jangan takut-takut menggunakan perkihdmatan GRAB. Insyaallah pasti SELAMAT.

Sekian

5 Comments

  1. Ikhwan 24/07/2017
  2. Ikhwan 24/07/2017
  3. raihanah 09/03/2017
  4. Sobri Mansor 27/02/2017
  5. Noriza Abdul Rahman 27/02/2017

Add Comment

CommentLuv badge

Minisite Builder dan Affiliate Platform tanpa yuran bulanan. Dapatkan SEKARANG!!!Di SINI