Tips dan Panduan

Apa itu Customer Avatar

Assalamualaikum…..

Sekarang ini, konsep perniagaan yang sedah berjalan sudah banyak berubah. Si penjual masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk berniaga. Sudah pasti medium paling sinonim adalah jualan secara online. Banyak sebab musabab yang menjadikan konsep jualan sudah beralih arah kepada medium atas talian kerana lebih menjimatkan kos operasi disamping dapat mencari lebih ramai bakal pelanggan dari dalam dan luar negara.
Mungkin anda yang membaca entri ini sudah bergelar peniaga atas talian sudah mempunyai jualan yang mencecah ribuan ringgit sebulan. TAHNIAH dan SYABAS aku ucapkan. Sesungguhnya bukan mudah untuk memiliki nilai jualan sebanyak itu pada setiap bulan.
Bagaimana pula dengan anda yang sudah berniaga lama tetapi masih lagi tidak mempunyai pelanggan tetap yang sering menempah produk anda? 
 
Sudah tentu moral kita semakin hari semakin layu disebabkan produk yang kita jual tidak mendapat sambutan di medium online.
Jangan salah anggap…..
Sebenarnya apa jua produk yang kita jual pasti ada pelanggan yang mahu mencuba. Cuma kita tidak tahu cara-cara terperinci untuk kita kenal dengan pelanggan tersebut. Penyelesaiannya adalah dengan kita membuat satu “Customer Avatar”.
 
Apa itu Customer Avatar?
 
Aku beri definisi dengan cara mudah sahaja.
Customer Avatar adalah satu profail terperinci tentang pelanggan sasaran anda. Contoh profail terperinci Customer Avatar yang kita kaji adalah seperti Jantina, Agama, Minat, tempat tinggal, sukan dan sebagainya. Setelah anda selesai membuat Customer Avatar anda, anda boleh gunakannya untuk tujuan seperti:
 
  • Memasarkan produk anda dengan lebih targeted serta menyimpan sebagai niche
  • Mempertajamkan skil pemasaran anda
  • Menarik lebih ramai pelanggan yang benar-benar targeted dengan membeli produk anda kerana jika tersalah pelanggan boleh menyebabkan jualan produk anda tidak berhasil
  • Mengelak daripada berlakunya pembaziran masa terhadap pelanggan yang tidak fokus untuk membeli produk anda

Untuk membayangkan bakal prospek dalam menjadikan ianya sebagai Customer Avatar, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil. Boleh cuba download checklist dalam proses menyediakan Customer Avatar tersebut disini.

Ada seorang Internet Marketer Malaysia ini telah berkongsi satu produk video tutorial yang mana harga produk video tersebut jauh lebih murah berbanding produk-produk video tutorial lain. Waktu aku beli produk ini, Ianya berharga cuma RM17. Tetapi sekarang harga video ini meningkat naik setiap minggu. Waktu entri ini aku tulis, harga produk sudah hampir mencecah ke RM50.

Jadi kepada anda yang mahu memulakan jualan secara online, patut dapatkan produk ini terlebih dahulu untuk anda kenal dengan bakal pelanggan anda. Pada aku, memang berbaloi.

Boleh dapatkan video produk tersebut disini.

Tidak ada link affiliate jika anda klik pada link diatas. Sebabnya, aku promote produk ini sebab memang berbaloi untuk aku dan anda yang ada plan buat bisnes online.

Serius memang aku tipu…..

Produk Likemethod akan ajar kita step by step untuk kita kenal bakal pelanggan dari sekecil-kecil zarah sehingga ke status bapak gajah. Ya…. benar sekali….

Tak percaya…..

Sekali lagi aku beritahu, dapatkan LikeMethod sekarang sebab harga makin naik setiap minggu.

Sekian….

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge