Ada apa dengan blog Sobri Mansor

Baru berkelapangan menulis entri sementara menunggu anak-anak balik dari sekolah. Sengaja aku cuba google blog ini ternyata masih berlum berjaya menempatkan diri dalam enjin carian. banyak perkara yang perlu aku tambah baik dari segi nilai entri yang aku hasilkan. Buat masa sekarang, aku masih lagi menuntut ilmu dengan membaca entri-entri tutotial dari blogger tempatan dan dari seberang.
Ada apa dengan blog Sobri Mansor?

Sewaktu aku bertekad untuk berhijrah dari WordPress self hosted kepada platform blogger ni, aku dah tanam impian untuk tingkatkan nilai setiap entri yang aku hasilkan. Permulaan ini, aku masih lagi belajar cara-cara menghasilkan entri yang sentiasa dibaca oleh pengunjung sepertimana blogger ini buat terhadap blog dia. memang aku kagum dengan tekad dan usaha beliau. Semoga usaha aku ini akan membuahkan hasil suatu hari nanti. Doakan untuk aku berjaya ye.
Langkah pertama untuk aku tingkatkan kualiti blog ini, aku telah memilih template blogger dari blog Kunci Dunia. Asalnya, blog ini telah dibuat penambahbaikan dari tempalate asal kang Mousir. sesuai dengan warna theme Biru laut yang memang kena dengan citarasa dan warna kesukaan aku. Boleh klik pada link di atas untuk lihat toturial bermanfaat serta template percuma yang aku pasti akan buat anda puas hati. 
Langkah seterusnya selepas ini adalah untuk daftar blog ini di google analytics. Tutorial cara-cara mendaftar blog di Google Analytics telah siap aku khatam separuh. Separuh lagi adalah usaha dan ikhtiar aku untuk olah fungsi yang tersedia ada dalam Google Analytics tu. Pada aku, Google Analytics amat penting bagi tujuan analisis trafik yang datang dan keluar dari blog.
Ada banyak lagi projek lain untuk aku tingkatkan lagi blog ini agar mesra alam dengan rakan blogger lain. Aku tidak kisah akan kritikan dari rakan-rakan blogger lain. Membina atau menjatuhkan, terpulang pada isi hati masing-masing. Jenis aku berfikiran terbuka, terima atau tadah kritikan dari semua. Janji blog ini akan kekal bersemadi di alam maya.

Lepas ini kena bergegas hantar anak ke Kelas Fardhu A’in pulak. Rutin sampingan aku membantu isteri yang sibuk dipejabat. Tak salah kalau suami bertungkus lumus menguruskan anak-anak. baru la isteri terlajak sayang… 

12 Comments

  1. Anil Wanina 11/02/2016
  2. Hanafi Abdullah 25/01/2016
  3. Sobri Mansor 18/01/2016
  4. Sobri Mansor 18/01/2016
  5. Sobri Mansor 18/01/2016
  6. Sobri Mansor 18/01/2016
  7. Raihanah Ahmad 18/01/2016
  8. Nurul Farhana 18/01/2016
  9. Hisham Mohamad 18/01/2016
  10. Sobri Mansor 12/01/2016
  11. Raihanah Ahmad 12/01/2016

Add Comment

CommentLuv badge

Minisite Builder dan Affiliate Platform tanpa yuran bulanan. Dapatkan SEKARANG!!!Di SINI