Abang Bukan Ayahanda

Sobri Mansor

Salam sejahtera…

Terima kasih kerana bertandang ke blog ini. Juga jutaan ucapan “TOCEY” kerana sudi meninggalkan komen anda di setiap entri post yang telah saya karang. Saya faham yang anda tinggalkan jejak untuk saya ziarah semula laman blog anda.

Pada yang baru pertama kali bertandang di blog ini, saya ucapakan salam perkenalan. Buat anda yang sentiasa berulang alik berkunjung di laman blog peribadi saya ini, saya hargai masa anda membaca setiap cerita serta perkongsian saya disini.

Seperti yang sedia maklum, sejarah saya dengan blog tidaklah sehebat mana. Saya mula berblog dari tahun 2011. Waktu itu, saya bermula dengan menggunakan platform wordpress self hosted. Domain yang saya gunakan waktu itu menggunakan nama saya sendiri sobrimansor.com. Disebabkan ada sedikit masalah teknikal dengan pihak hosting dan masalah akses tanpa kebenaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, blog saya cuma bertahan selama 4 tahun sahaja sehingga 2015

Saya senyap selama hampir setahun tanpa sebarang berita dari dunia maya. Cuma aktif dengan media sosial facebook sahaja. Setelah di jentik hati oleh sahabat blogger lain beri semangat untuk kembali berblog, di awal tahun 2016 maka saya aktif semula dengan menggunakan nama domain atas nama saya sendiri sobrimansor.net.

Kali ini saya tidak terus menggunakan wordpress self hosted. Saya gunakan platform blogspot sebagai platform untuk saya bangun semula sebagai blogger tepian. Pengalaman lama mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam menulis di blog. Saya cuba ambil mood untuk menulis dengan gaya penulisan lebih sederhana. Saya belajar menyesuaikan diri dengan platform blogger sebagai medium penulisan maya.

Akhirnya selama hampir setahun saya dengan blogspot, keyakinan sudah ada, saya beranikan diri untuk beralih kembali menggunakan wordpress self hosted. Saya menggunakan hosting dari Malaysia. Alhamdulillah support dan bantuan teknikal bila saya ditimpa masalah amat tidak mengecewakan.

Begitulah serba sedikit sejarah saya dalam arena blogging ini. Terima kasih kepada geng Best Blogger Network yang sentiasa memberi bantuan dan galakan kepada saya untuk terus kekal aktif di dunia maya ini. Semoga anda senang dengan segala pendapat yang saya sampaikan dalam penulisan saya disini ya.