apa itu sembelit

5 Sebab Utama Punca Sembelit

Selama saya berniaga secara atas talian ni dengan buat promosi Produk Mesra Jamban ini di media sosial, banyak yang saya belajar dari masalah-masalah pelanggan saya. Kebanyakannya masih tidak ambil peduli punca sembelit terjadi.Jadi saya kongsikan rumusan hasil dari pertanyaan saya kepada pelanggan yang pernah amalkan minum Greenfit.

5 Sebab Utama Punca Sembelit

1) Kurang aktiviti bersenam

Kebanyakan dari kita bila sudah meningkat umur, sudah berkahwin dan mempunyai cahayamata, kita dah ada sikit sifat malas untuk bersenam. Itu tidak dinafikan. Saya pun sama. Adakala saya abaikan diri saya sendiri untuk melakukan aktiviti senaman ringan. Bangun pagi, terus capai tuala dan mandi. Sedangkan amalan orang tuan-tua zaman dulu, bila bangun dari tidur, terus buat aktiviti regangan. Bengkokkan badan, lipat lengan, macam-macam lagi senaman regangan. Dah keluar peluh, baru masuk ke bilik air untu mandi dan bersolat.

Amalan kesihatan yang sepatutnya untuk membolehkan usus bertindakbalas setelah semalaman berehat adalah apabila selepas bangun dari tidur, terus sahaja minum segelas air kosong. Ini membantu organ usus kembali beroperasi seterusnya organ pembuangan seperti pundi kencing.

Bila aktiviti senaman semakin kurang, ianya akan memberi kesan kepada organ dalaman kita. Juga boleh jadi satu faktor punca sembelit. Paling kita nampak kesannya adalah berat dan susuk tubuh badan semakin bertambah. Badan semakin berisi. Perut semakin membuncit. Nampak kan.

2) Postur waktu membuang yang salah

Dulu bila saya duduk dikampung, saya paling tidak gemar bila masuk ke dalam jamban. Sebab terpaksa mencangkung. Alasannya, nanti kaki cepat penat dan cepat kebas. Tapi sebenarnya postur mencangkung adalah postur paling bagus dalam membuang. Mungkin anda sudah banyak menemui artikel tentang kedudukan postur mencangkung sewaktu membuang. Berbeza dengan kedudukan duduk di dalam tandas yang menyediakan tandas duduk.

Jadi, nak ubah kembali kepada kedudukan mencangkung sewaktu membuang, takkan kita nak robohkan tandas duduk yang sedia ada. Ada alat yang perlu anda beli untuk membolehkan anda dalam postur mencangkung di tandas duduk. Boleh buat carian di Google untuk keterangan lanjut.

3) Kurang makan buahan-buahan yang tinggi serat

Buah betik, Pisang adalah 2 jenis buah buahan yang tinggi serat. Biasalah, bila hidup di bandar ni, semua benda kena beli. Buah tempatan pun kena beli di kedai runcit atau pasaraya. Bila dah melibatkan duit ni, alamatnya memang takde la kita nak membeli buah betik dan pisang ni hari-hari. Melainkan kalau duduk di kampung. Nak buah betik, petik aje dekat tepi rumah. Nak buah Pisang, tebang aje pisang dekat kebun. Setandan bawak balik. Sampai muntah makan pisang.

4) Postur duduk yang terlalu lama

Kita kerja setiap hari, banyak duduk dari berdiri. Bergerak ke sana kemari. Ada penghawa dingin lagi. Duduk berjam-jam depan komputer menaip kerja itu ini. Langsung kita tidak sedar yang kita dalam postur duduk lebih dari sejam. Sepatutnya kena bergerak lepas duduk terlalu lama.

Tulang Pinggul manusia perlukan pergerakan untuk membolehkan organ kolon bergerak aktif menggerak dan menyingkirkan najis ke saluran pembuangan najis. Kalau kita kurang bergerak, bagaimana bahan buangan nak bergerak lancar.

5) Mengamalkan pemakanan tidak seimbang

Kita orang Malaysia ni, bedal aje semua jenis makanan. Janji kenyang. Nafsu makan melampau mampu menjejaskan kesihatan kita. Bila dah makan melebihi had yang diperlukan badan, berat badan bertambah.Tulang badan dah tak mampu untuk tampung berat otot badan yang semakin membesar. Akibatnya, usus tak boleh nak berfungsi dengan lebih efisien. Jadilah golongan Obesiti. Bila makan, kita ambil banyak, tapi bila nak membuang, sikit aja yang keluar. Secho’et bak kata orang Kedah.

Buat anda yang sudah berusaha keras untuk pulihkan kembali masalah SEMBELIT yang tidak kunjung tiba selesainya, apa kata saya cadangkan anda guna Greenfit – Produk Mesra Jamban. Bagus untuk anda yang ada masalah seperti di bawah ni:

  • SEMBELIT
  • BUASIR
  • OBESITI
  • PERUT BUNCIT / PERUT BOROI
  • IBU SELEPAS BERSALIN YANG ADA SEMBELIT

Anda minum Greenfit, Insyaallah masalah SEMBELIT yang anda alami selesai. Sebab Greenfit ni memang tinggi khasiat fiber. Kandungan fiber ini akan merangsang organ usus dan kolon untuk singkirkan najis dari kolon anda tanpa perlu dipaksa.

Boleh lihat Produk Greenfit di sini

Pengalaman pelanggan yang sudah mencuba Greenfit, rata-rata mengatakan yang selepas minum Greenfit, pembuangan mereka lancar. Perut pun rasa selesa. Ditambah pula dengan rasa Greenfit yang sedap. Tidak ada rasa loya bila minum. Ibarat kata, kita sedang menikmati Jus Epal yang dicampur dengan ais.

Jika anda mengalami salah satu masalah di atas, boleh hubungi saya terus. Saya berikan pautan untuk hubungi saya cara untuk buat tempahan produk Greenfit ni. Anda bebas untuk bertanya sebarang soalan tentang produk Greenfit ni. Saya sedia menjawab.

Saya faham. Sebelum membeli, mesti kita nak tanya tentang produk, cara guna, kesannya kepada badan dan juga harga. Saya cuba jawab segala pertanyaan anda sebaik mungkin. Janji anda puas hati dengan apa yang saya berikan kepada anda.

Ini link untuk terus menghubungi saya –> http://tanyagreenfit.wasap.my

Sekian dulu ulasan saya tentang 5 Sebab Utama Punca Sembelit.

Sekian. Jumpa lagi.

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge