Peluang kerja di Singapura

5 golongan tidak sesuai rebut peluang kerja di Singapura

Tahun 2017 semakin mencabar. Lebih-lebih lagi buat golongan yang bekerja makan gaji. Terpaksa berhempas pulas mencari pendapatan tambahan dek kerana kos sara hidup yang semakin meningkat. Bertungkus lumus mencari kerjaya separuh masa semata-mata untuk mencari pendapatan kedua. Ada juga yang berhijrah ke negara lain membanting tulang. Sebagai contoh, mencari peluang kerja di Singapura

Untuk pengetahuan, ramai juga dikalangan belia negara ini sudah mula beralih angin mencari peluang pekerjaan di luar Malaysia contohnya bekerja di Australia, berhijrah bekerja di UK. Tidak kurang juga mencari peluang kerja di Singapura. Memandangkan nilai matawang di Singapura yang sentiasa lebih kukuh berbanding matawang Malaysia, rakyat Malaysia sudah nampak keperluan pasaran untuk bekerja di Singapura.

Tidak semua golongan dari rakyat Malaysia yang sesuai untuk mencari peluang kerja di Singapura. Ini adalah disebabkan banyak faktor seperti budaya, status warganegara dan suasana politik negara Singapura.

Jadi disini, saya akan terangkan 5 golongan tidak sesuai kerja di Singapura. Sebagai panduan dan persediaan bagi memilih kerjaya yang paling sesuai. Jom baca perkongsian ini.

  1. MANJA – Jika anda tidak pandai untuk berdikari dan sentiasa mengharapkan bantuan dari orang lain, anda sememangnya tidak layak untuk berkuli di Singapura. Hidup merantau dinegara orang memerlukan kekuatan semangat serta mampu untuk hidup sendiri.
  2. TIDAK SABAR DAN TIDAK TAHAN TEKANAN – Bekerja di Singapura memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Telah saya katakan tadi, negara Singapura berbeza budaya serta budaya kerja mereka. Tambahan pula, status anda sebagai pendatang mencari rezeki di bumi Singapura. Sudah tentu majikan warga Singapura lebih tegas melayan anda untuk menyelesaikan segala tugas yang diberikan. Jadi, tahap kesabaran anda amat perlu untuk membolehkan anda terus cekal dalam mencari rezeki di Singapura.
  3. TIDAK MENEPATI WAKTU – Jika anda merasakan dengan bekerja di Singapura sama seperti anda berkuli di Malaysia, boleh masuk kerja sesuka hati, keluar dari pejabat sesuka hati, bersenang lenang sewaktu bekerja, baik anda lupakan impian anda untuk bekerja di Singapura. Lain Padang, lain belalang. Sebetulnya, anda kena batulkan niat anda untuk mencari rezeki yang benar-benar halal di Singapura.
  4. BLACKLISTED – Jika anda anda membuat pinjaman PTPTN dan telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia kerana tidak menyelesaikan bayaran pinjaman, anda sememangnya tidak dapat melepasi sempadan Malaysia untuk ke Singapura. Seeloknya, sebelum anda memasang niat untuk ke Singapura, anda buat semakan nama anda di mana-mana pejabat imigresen yang berdekatan.
  5. WARGA SABAH & SARAWAK DIBAWAH UMUR 35 TAHUN – Ini adalah peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Ministry Of Manpower , Singapura (MOM) sejak tahun 2012.

Mencari rezeki membanting tulang sebagai seorang pekerja makan gaji perlu ada keinginan yang tinggi untuk berjaya dalam kepakaran yang ada. Jika bekerja sambil lewa, hanya tunggu gaji masuk tetapi tidak produktif, adalah lebih baik untuk bekerja sahaja di Malaysia mencari peluang yang benar-benar sesuai. Bak kata pepatah

Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Sekian perkongsian saya kali ini.

Jika anda amat berminat untuk menimba pengalaman mencari peluang kerja di Singapura, anda boleh dapatkan ebook kerja di Singapura dari awek cun ini. Beliau adalah seorang perunding kerjaya dan pernah membanting tulang bekerja di Singapura.

Segala maklumat berkaitan peluang pekerjaan di Singapura telah beliau rangkumkan dalam bentuk ebook. Amat sesuai untuk dibaca oleh golongan siswazah dan lepasan graduan yang sedang mencari peluang pekerjaan. Anda boleh pergi ke pautan yang saya berikan dibawah untuk preview ebook kerjaya di Singapura.

JOM BACA PREVIUW EBOOK KERJA SINGAPURA

 

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge