berhenti merokok, menghisap rokok, perokok tegar, tabiat merokok

3 Cara paling kejam untuk berhenti merokok

Bismillah….
Diam tak diam, dah hampir 13 tahun aku bebas dari gelaran PEROKOK TEGAR. Sekarang ini, nafsu aku tak kisah bila nampak rokok depan mata. Kalau kawan-kawan suakan rokok depan aku, dengan pantas aku menolak. Hebat tak…

Bukan senang sebenarnya nak dapat tahap macam tu. Boleh kawal nafsu bila berhadapan dengan perokok terutamanya rakan-rakan sekerja. Ada banyak ranjau yang aku tempoh sewaktu aku nekad untuk berhenti merokok suatu ketika dulu. Azabnya, hati ini sahaja yang tahu.
Ada kawan sekolej waktu aku belajar dulu pernah minta nasihat dari aku cara nak berhenti merokok. Aku cuba kongsikan tips dengan kawan aku tapi keputusan memang kelaut. Bertahan 2 minggu sahaja kawan aku tu tidak menghisap rokok. Alasan sebab tak tahan dengan godaan rakan-rakan lain. Bukan hak aku nak marah dia. Tapi ayat yang aku bagi tepi telinga dia memang menusuk kalbu jugak.

“Takpe bro, kalau ko hisap rokok balik, asap rokok yang ko sedut tu bukan masuk dalam paru-paru aku pun. Paru-paru yang hitam legam nanti paru-paru ko, bukan paru-paru aku”

Cerita ini adalah cerita 10 tahun lepas. Cerita setelah aku bebas dari jadi penagih rokok. Maksudnya, selepas 3 tahun aku buang dalam-dalam tabiat merokok dari diri aku. Kawan-kawan lama aku semua cuba nak korek rahsia. Teknik nak taktik apa yang aku pakai sampai boleh jadi sosial smoker.
Jangan risau, entri ini aku cuba kongsi 3 cara paling kejam untuk berhenti merokok. Entri ini aku tuju kan khas kepada anda yang:
  • Bajet lari sebab harga rokok dah mahal. Untuk pengetahuan, harga rokok sekotak sekarang bersamaan dengan sepinggan nasi campur di kedai MAMAK. Itu termasuk dengan air.
  • Memang berniat dalam hati untuk kurangkan tabiat merokok. Berhenti merokok secara mendadak adalah lebih merbahaya. Kurangkan aktiviti merokok terlebih dahulu.
  • Nak pikat awek cantik, bertudung dan solehah. Rata-rata awek zaman sekarang memang suka dengan lelaki yang tidak merokok. Alasan diorang, lelaki yang tidak merokok itu pengemas, kacak, sentiasa berbau wangi, gigi tak kuning, hahaha. Tak percaya. korang tengok aje aku. Kacak ke tak? kih kih kih…..
  • Nak simpan duit dengan niat nak berjimat cermat. Mesti rakan-rakan perokok korang suatu ketika dulu akan tanya nanti berapa banyak duit yang korang simpan bila dah berhenti merokok. Cukup ke untuk beli sebijik Volkwagen Golf GTI? Boleh tahan juga ayat kawan-kawan lama kita ni kan. Takpe, aku bantu untuk jawab soalan tu nanti.

Bersedia…..

Jom Baca 3 cara paling kejam untuk berhenti merokok. Semoga anda yang sedang membaca entri ini akan cuba amalkan tips yang aku kongsikan ini sebaik mungkin.

PERINGATAN!!!!!!

Aku tidak bertanggungjawab keatas sebarang perkara yang berlaku akibat dari anda mengamalkan segala tips kejam berhenti merokok ini. Dengan kata lain anda kena bertanggungjawab sendiri.

Jom baca 3 Cara paling kejam untuk berhenti merokok:


Cara berhenti merokok paling kejam yang pertama

Tanam niat yang utuh dalam hati untuk kurangkan merokok. Aku faham, ranjau permulaan bagi perokok tegar untuk berhenti adalah nak memulakan aktiviti seharian tanpa rokok. Memang janggal sangat-sangat. Ibaratnya seperti tak jumpa awek seiminggu 3 kali. Serupa juga dengan keadaan rokok tiada di celah tangan. Apa yang aku buat 13 tahun lepas permulaan aku untuk berhenti merokok adalah, aku tanam niat aku dalam-dalam dalam tempoh 6 bulan dari sekarang, aku nak bebas dari merokok. Setiap hari selepas bangun dari tidur, sebelum mandi, aku sebut dalam hati “Hari ini aku tak nak merokok”. Aku ulang 4-5 kali. Selepas itu, baru aku masuk bilik air untuk mandi dan teruskan aktiviti seharian.

Kenapa mesti buat perkara diatas apabila bangun dari tidur? Sudah menjadi lumrah, apabila badan dapat beristirehat, minda sudah kembali refresh, setiap perbuatan kita yang pertama dalam seharian akan menjadi titik tolak untuk kita terus maju ke hadapan. Sebagai umat islam, sebelum melakukan sebarang aktiviti, kita mesti mulakan aktiviti kita dengan NIAT. Dalam isu anda yang nak berhenti merokok, mulakan niat anda dengan “Niat aku hari ini adalah nak kurangkan aktiviti merokok dari 7 batang rokok sehari kepada 5 batang rokok sehari”. Biar target kita itu relevan. Jangan berhenti merokok terus. Merbahaya. Imun badan kita tak sekuat mana. Takut nanti nak berhenti merokok tak menjadi, badan pulak yang dapat demam.

Ingat…..

Niat terlebih dahulu untuk kurangkan aktiviti merokok. Jangan niat acuh tak acuh. sebab nanti result pun sama acuh tak acuh juga. Nanti kawan-kawan kondem korang juga yang dapat malu.

Cara berhenti merokok paling kejam yang kedua

Selepas Niat, mesti kena usaha untuk kurangkan aktiviti merokok. Cara ini mungkin kena keluarkan sedikit kos dari poket anda. Apa yang aku buat 13 tahun lepas, aku tukar minda sedar aku dari merokok kepada hisap gula-gula Hacks.

Apa yang perlu dibuat adalah, anda beli gula-gula HACKS seberapa banyak yang anda mampu. Seboleh-bolehnya buat stok supaya bekalan gula-gula HACKS tidak terputus. Sebelum keluar bekerja atau kemana-mana, simpan gula-gula HACKS dalam poket baju, beg sandang atau tempat yang selamat dan senang untuk anda capai di saat anda teringat akan batang rokok.

13 tahun lepas, kemana sahaja aku pergi, aku akan pastikan dalam poket baju atau seluar aku mesti ada 5 atau 6 biji gula-gula HACKS. Bila aku teringat rokok, aku terus kemam gula-gula hacks. Teringat je rokok, aku kemam lagi. Teringat lagi, aku kemam lagi. Aku buat perkara ini sampai jadi tabiat. Bukan untuk berpanjangan tetapi untuk sementara waktu untuk tubuh badan kita dapat perbetulkan kembali supaya tidak teringat dengan rokok.

Pengalam aku yang lepas, aku bercumbu-cumbuan dengan gula-gula HACKS ini dalam tempoh 3 minggu. Selepas itu, aku kurangkan kemam gula-gula HACKS ini sedikit demi sedikit. dari 6 biji sehari kepada 5 biji seterusnya 4 biji, seterusnya 3 biji dan sampai habis. Dalam masa yang sama, aku banyakkan minum air kosong supaya badan aku sentiasa segar bugar. Ada kala aku ambil air minuman dicampur limau nipis atau limau kasturi. Ada pakar perubatan pesan kepada aku, limau membantu untuk singkirkan tar yang melekas pada salur pernafasan kita. Aku amalkan dulu dan alhamdulillah memang ada kesan.

Boleh ikut dan amalkan cara yang aku sendiri buat seperti di atas. Insyaallah, kalau anda buat, pasti akan ada perubahan.

Cara berhenti merokok paling kejam yang ketiga

Beri amaran awal kepada rakan-rakan bahawa anda dalam proses berhenti merokok. Kadan-kadang, rakan-rakan kita yang merokok memang jadi punca utama untuk anda kembali kepada tabiat lama merokok. Aku dulu pun sama macam tu. Nak kata Syaitan pun, memang ye jugak. Tapi takkan kita nak marah kawan-kawan kita kan. Sebagai langkah benteng pertahanan awal, anda beri peringatan menusuk kalbu pada rakan-rakan sosial smoker anda yang anda nak berhenti merokok. Aku bagi sikit skrip ayat di bawah untuk anda bagi hati diorang tersentuh untuk hormat anda dalam tempoh singkat. Supaya diorang faham situasi anda.

Anda copy paste bulat-bulat ayat dibawah ni:

Aku sekarang nak jadi orang baik, berkarisma. Tengah proses pemulihan hati taknak merokok macam korang sekarang ni. Jadi mintak jasa baik kawan-kawan perokok depan aku sekarang untuk halakan hembusan asap korang ke tempat lain agar paru-paru bersih aku tidak turut sama sedut asap rokok korang tu. Kalau korang buat juga hembus asap rokok depan aku, aku balah je tak nak kawan korang.

Korang jangan risau kehilangan kawan sebab ayat pedas atas tu. Sekejap je kawan anda hilang. Nanti pasti diorang akan cari dan duduk semeja dengan korang balik.

Jadi kena cekalkan hati untuk jadi tegas. Sebab anda sendiri yang nak berubah. Bukan kawan-kawan merokok anda. Kalau aku jadi kawan anda, aku akan hormat niat kawan aku untuk berhenti merokok. Cuba untuk ikut permintaan baik kawan kita. Kawan sekeliling yang ada berdekatan adalah untuk membantu, bukan untuk tarik kita ke arah perkara yang tidak baik.

Jadi, pesan awal-awal pada rakan-rakan kita yang terdekat. Kalau diorang merokok, pesan dengan cara berhemah terlebih dahulu. Kalau dah 3 kali kita pesan tapi diorang memang tak faham bahasa, baru kasi ayat menusuk kalbu sikit. Kalau diorang tak faham juga, korang tunjai laju-laju otak kanan diorang bagi faham. hehehehe…. Ini jangan buat tau. Nanti tak pasal-pasal kena Akta Rahsia Rasmi plak. kih kih kih kih…

Jadi setakat itu dulu, perkongsian aku tentang 3 cara paling kejam untuk berhenti merokok. Baca dan cuba amalkan. Tapi jangan salahkan aku kalau korang kembali hisap rokok semula. Sebab hati korang tak kental macam hati aku.

hati aku kuat dan taf. hati korang macam ikan bilis. Cepat kecut dengan dugaan dan cabaran.

hehehehe.

Ada lagi nak tau tips berhenti merokok yang paling menusuk kalbu,

Tengok dekat link sebelah ni –>¬†http://goo.gl/66Y7yY

Semoga korang hadam dan dapat bantu selamatkan duit poket anda.

Wallahu A’lam

Sekian.

4 Comments

  1. Kalau nak berhenti tu, hati kena kental. Kalau hisap vape, memang takkan berhentilah jawabnya. Sebab bibir tu memang dah biasa dengan ada benda menepek hisap asap dan keluar berkepul-kepul.

  2. Fuhhh memang kejammm bro hehehe.. kawan saya bajet hisap vape nak ganti rokok katanya… slow2 sudahnya ketagih vape pulak takleh henti haiiyaaaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge