5 tips penting yang wajib kita buat untuk dapatkan 1000 follower pertama yang aktif di Instagram

5 Tips Penting untuk dapatkan 1000 Follower pertama di Instagram

Hai kalian.

Sedar tak sedar, kita sudah menghampiri ke penghujung tahun 2019. Masuk ke suku tahun keempat tahun ini.

Ok lah.

Sekarang ini Instagram sudah semakin kehadapan dengan pelbagai fungsi terkini. Pantang larang dalam bersosial di paltform media sosial ini pun semakin hari semakin ketat.

Kita tidak boleh sewenang-wenangnya buat aktiviti yang melanggar syarat yang pihak Instagram tetapkan. Kejap saja mereka akan blok akaun kita.

Dalam post ini saya cuba bantu kalian untuk terangkan dengan lebih mendalam tentang cara untuk dapatkan 1000 follower pertama di Instagram yang sedang aktif bersosial.

Jika kalian masih baru dan sedang mencari jalan untuk tingkatkan jumlah follower, kalian wajib baca artikel ini. Sebab ini adalah pengalaman yang saya sendiri buat.

Tanpa gunakan robot FOLLOWER.

Tanpa guna server Auto Follow

Tanpa guna software atau apps.

Semuanya saya guna secara manual sahaja.

Ok Jom teruskan bacaan dibawah ini.

Kalian boleh ke posting ini untuk dapatkan info terkini kerja di Singapura

Pertama: Follow senarai contact yang ada di dalam smartphone kalian

Senarai contact yang ada di dalam smartphone adalah lubuk follower pertama yang kalian boleh dapatkan terlebih dahulu. Kawan rapat, kawan tempat kerja, kawan sekolah, kawan satu taman perumahan. Semua ini mungkin memiliki akaun Instagram mereka sendiri.

Mustahil kalau takde kan.

Kalian pergi ke menu Setting dan picit menu Follow and Invite Friends. Aplikasi Instagram akan senaraikan kesemua senarai contact dalam telefon kalian yang memiliki akaun Instagram.

Tekan saja butang Follow All. Insyaallah matlamat kalian untuk dapatkan 1000 follower pertama di Instagram ini berjaya

Kedua: Optimumkan penggunaan username dan juga name di profail Instagram kalian.

Ini agak tricky sikit sebab ianya berkait rapat dengan Instagram SEO.

Jika kalian memiliki Instagram dengan tujuan hanya mahu bersosial sesama rakan, kalian letak sahaja dibahagian “username” dan “name” nama kalian sendiri. 

Sebagai contoh, Saya gunakan nama saya Sobri Mansor sebagai username dan nama penuh saya Ahmad Sobri Mansor di bahagian “name”.

Bagi pemilik bisnes, sebolehnya letakkan perkataan yang prospek mahu cari diruangan search.

Jika kalian menjual shampu hitamkan rambut, mungkin kalian boleh letakkan kata kunci “hitamkan rambut” samada pada username atau name. Letak salah satu katakunci ini. Jika di username sudah diletakkan kata kunci ini, maka dibahagian name kalian cuba letakkan perkataan lain yang membolehkan prospek mencari kalian.

Contoh:

Jika di username sudah diletakkan hitamkan rambut, di bahagian name pula cuba letakkan katakunci lain seperti lebat, hilangkan uban, kembali hitam berkilat atau yang seumpamanya.

Faham kan?

Kena faham. 1000 follower pertama di Instagram yang kalian mahu dapatkan ini bukan hanya dari kalangan teman rapat saja. Ianya perlu dari audiens yang yang kalian belum kenal melalui audiens yang sedang mencari info melalui katakunci yang kalian letakkan di ruangan username dan juga name.

Ketiga: Susunan posting

Susunan posting di timeline kita memainkan peranan penting untuk tarik audiens agar mereka rasa rugi untuk tidak menekan butang following profail kita.

Seperti yang saya lakukan di Instagram personal saya sendiri, posting yang saya muatnaik di timeline saya selangselikan antara gambar dan quote berbentuk tulisan. Saya konsisten menggunakan font yang sama apabila memuatnaik posting quote ini.

Apabila ianya dibuat secara konsisten berselang seli, ia nampak seperti susunan batu marmar di dalam rumah. 

Ini dipanggil susunan berbentuk TILE.

Ada juga susunan jenis lain yang kalian boleh dapati di Instagram. Kena buat sedikit research. Saya pun masih mencari untuk kreatifkan lagi timeline Instagram saya ni. hehe

Keempat: Jangan lupa guna Hashtag dalam posting

Buat pengetahuan kalian, Instagram membenarkan untuk kita masukkan maksimum 30 jenis hashtag dalam satu posting.

Terpulang kepada kita sendiri untuk untuk letakkan hashtag tersebut samada di dalam ayat atau kumpulkan kesemua hastag tersebut dan letakkan di akhir posting.

Kebiasaan yang saya buat, saya kumpulkan kesemua 30 hashtag yang sesuai dengan posting saya dan letakkan di penghujung posting.

Antara sebab kita letakan semaksimum mungkin hashtag adalah bagi membolehkan posting kita itu dilihat oleh audiens yang follow hashtag yang kita gunakan.

Hashtag ini juga berperanan sebagai pintu masuk orang luar ke laman profaile Instagram kita. Secara logiknya, ia juga akan meningkatkan jumlah reach ke profail kita.

Boleh klik disini untuk kalian belajar cara meroket jualan secara konsisten di Instagram

Kelima: Pemilihan warna yang sama untuk setiap posting

Trend sekarang

Audiens lebih suka untuk skrol konten di Instagram yang memiliki ciri-ciri unik dan mesra mata. Maksud mesra mata ini apabila mereka masuk ke profail kita dan skroll setiap posting dari atas ke bawah, mata mereka ini rasa tidak jemu untuk terus skrol lagi dan lagi sehingga ke posting terakhir.

Bukan senang nak buat benda ni. Tapi jika kita praktikkan satu perkara ini, Insyaallah ianya akan membantu kita kelak.

Kita konsisten menggunakan tema warna yang sama bagi setiap konten yang kita muatnaik.

Bila sebut saja tema warna, maksudnya kita sebagai pemilik Instagram yang baru nak up ini kena tau apps yang sesuai untuk edit gambar dan boleh jadikan konten gambar kita seakan sama saja.

Ianya disebut sebagai preset. Ada juga disebut sebagai template.

Terpulang.

Saya kerap gunakan Adobe Lightroom Mobile dan memilih preset yang sama dalam memuatnaik konten di Instagram.

Jenis saya, saya takkan muatnaik konten waktu itu. Saya aakan ambil sedikit masa untuk saya buat sesi editing. Bila dah puas hati, baru saya akan muatnaik beserta caption.

Ini serba sedikit perkongsian yang kalian boleh terus amal dan buat untuk naikkan jumlah follower dengan cepat.

Tapi kalian kena ingat. Marketing di Instagram kena konsisten buat dan buat. Ianya tidak boleh jadi Buat dan tinggal. Kita yang kena selalu hidupkan akaun Instagram kita.

Yang penting konsisten dalam memuatnaik posting.

Semoga membantu dan selamat mencuba semua.

Add Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.